Friday, April 18, 2008

Hukum Jualan Langsung

Hukum pendapatan daripada perniagaan jualan langsung adalah halal. Kebanyakan perniagaan kini bergerak melalui iklan. Barangan keperluan harian tidak perlu diiklankan seperti beras dan gula. Barangan yang baru perlu mendapat penerangan yang jelas.

Untuk memulakan perniagaan carilah syarikat yang teguh. Jangan cari perniagaan yang hangat-hangat tahi ayam. Baru satu tahun buka sudah tutup. Promoter sudah banyak habis masa dan modal. Ini buang masa. Oleh itu pilihlah syarikat yang paling teguh.

Walaubagaimana pun, mengambil hasil dari titik peloh orang lain adalah HARAM hukumnya. Kalau jual sendiri dan dapat untung itu adalah HALAL.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments: