Friday, April 18, 2008

Berniaga melalui laman web

_______________________
Ramai usahawan bertanya kepada saya kenapa laman web mereka gagal berfungsi sebagai rangkaian pemasaran online mereka. Dikesempatan ini ingin saya kongsi sedikit tips untuk manfaat kita bersama.

Tetapkan Objektif & Kumpulan Sasar

Kehadiran Internet banyak mengubah kehidupan manusia. Usahawan masakini berlumba-lumba mempunyai laman web sendiri sehingga mengambil ringan tentang objektif pembangunan dan kumpulan pelawat sasaran laman web tersebut.

Soalan-soalan yang perlu diambil perhatian dalam merangka objektif sebelum pembinaan laman web dijalankan adalah seperti berikut:-
a) Apakah fungsi sebenar laman web yang dibangunkan itu? Adakah ia sebagai tempat untuk menjual produk secara terus?
b) atau sebagai platform untuk mengumpul prospek bagi menjual produk/servis kemudian?
c) Siapakah kumpulan pelawat sasaran?

Jawapan yang berikan haruslah tepat kerana ini akan menjadi 'blueprint' laman web anda.

Kepentingan Page Utama(Home Page / Landing Site)

Hampir 99.9% usahawan kecil dan sederhana menjadikan laman web sebagai versi eletronik company profile mereka. Kebiasaannya, page utama dipenuhi dengan animasi 'flash', latarbelakang syarikat dan sedikit maklumat mengenai produk/servis. Ini merupakan satu kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku.

Tujuan utama pelawat mengunjungi laman web adalah untuk mengetahui apakah penyelesaian yang boleh berikan kepada masalah mereka. Page utama hendaklah dipenuhi dengan promosi dan tawaran-tawaran produk/servis yang boleh membantu mereka.

Majoriti pelawat mengambil perhatian selama "10 saat" ketika pertama kali memasuki sesuatu laman web. Page utama memainkan peranan penting untuk menarik pelawat supaya terus meneroka.

Kekurangan Unsur Pemasaran Interaktif

Sekiranya anda berpeluang melawat pelbagai laman web masakini, anda pasti dapat melihat 90% daripadanya kaku tidak mempunyai unsur pemasaran interaktif.

Interaktif disini bermaksud mempamerkan "link" yang mempunyai kata kerja aktif bagi mewujudkan perasaan ingin tahu yang bertujuan untuk menggalakkan pelawat terus melayari dan mengelakkan timbul perasaan bosan.

Contoh-contoh "link" interaktif adalah seperti:-
a) "Untuk keterangan lanjut, sila klik disini"
b) "Bertindak sekarang untuk mendapatkan potongan harga menarik"
c) "Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah kewangan anda"

Perkataan-perkataan yang hendak digunakan haruslah menonjolkan benefit yang boleh digunapakai oleh pelawat untuk menyelesaikan masalah mereka. Ini akan menarik pelawat untuk menjana tindakan susulan.

Kesimpulan

Laman web anda adalah imej perniagaan anda di dunia cyber. Pamerkan yang terbaik untuk pelawat anda seperti mana anda menjaga imej anda di dunia nyata.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments: