Monday, March 30, 2009

Perpaduan Menurut Islam

Oleh: Ahmad Farid Wajdie B. Mahmud

Telah menjadi fitrah atau tabiat semulajadi manusia inginkan perpaduan tidak kira apa kaum atau bangsa mereka.Tiada manusia dari apa kaum atau bangsa sekali pun yang sukakan perpecahan. Lebih-lebih lagi kalau perpecahan itu membawa kepada permusuhan dan seterusnya kepada perbalahan, pergaduhan dan peperangan.
Kalau berlaku pergaduhan dan peperangan, manusia akan jadi susah. Susah dalam mencari rezeki, tidak aman dalam perjalanan, tidak dapat tidur, tidak dapat rehat, sentiasa sahaja bimbang, takut rosak harta benda ataupun terkorban nyawa. Kalau masih hidup pun selepas peperangan, mungkin akan cacat anggota. Dengan demikian, akan terhalang untuk mencari kekayaan, untuk membangun dan untuk membuat kemajuan.
Bila berlaku peperangan, manusia hilang kebebasan. Manusia hidup dalam ketakutan. Jiwa manusia tertekan. Mereka jadi keluh-kesah dan gelisah. Kesan dan risiko peperangan sangat besar dan sangat buruk. Mungkin kesan buruknya terpaksa ditanggung oleh beberapa generasi yang akan datang.
Oleh itu, perpecahan adalah musuh kepada manusia. Sebab itu manusia tidak mahu dan tidak suka kepada perpecahan. Fitrah semulajadi manusia inginkan kehidupan yang aman damai kerana di situlah letaknya kebahagiaan dan keharmonian yang diidamkan oleh semua manusia tidak kira apa etnik dan bangsanya. Justeru itulah manusia sangat ingin kepada perpaduan.

Manusia itu makhluk yang bermasyarakat
Adalah juga menjadi fitrah semulajadi manusia suka bergaul, bermasyarakat, bertemu dan berjumpa antara satu sama lain. Di antara sebabnya ialah:
1. Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Apabila bersendiri, terasa sepi dan kosong. Apabila bertemu dan bergaul, manusia dapat berbual antara satu sama lain. Fikiran dan hati akan rasa terisi dan jiwa akan terhibur.
2. Untuk mendapatkan kesemua keperluan hidup, walaupun yang asas, manusia tidak mampu mengusahakan kesemuanya secara bersendirian. Mesti ada bantuan orang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung.
3. Manusia tidak boleh terlepas dari berbagai-bagai ujian hidup seperti sakit, miskin, ditimpa bencana alam, kematian dan sebagainya. Manusia memerlukan bantuan orang lain dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
4. Watak dan tabiat semulajadi manusia sering mengundang seteru dan musuh. Untuk menolak kejahatan musuh, manusia perlu kepada kawan atau pihak-pihak yang dapat menolong.
5. Kerana adanya rangsangan dan tarikan di antara lelaki dan perempuan maka timbul perlu memerlukan di antara satu sama lain. Maka berlakulah perkahwinan dan pertemuan di antara dua keluarga.
6. Manusia juga ingin membangun dan maju. Maka mereka wujudkanlah perniagaan dan perdagangan. justeru itu maka lahirlah perhubungan di antara majikan dan pekerja. Majikan perlukan pekerja kerana tenaga dan kemahiran mereka dan pekerja pula perlukan majikan untuk mendapat saraan dan gaji.
7. Tabiat semulajadi manusia inginkan ilmu. Maka lahirlah perhubungan di antara guru dan murid yang saling perlu-memerlukan.
8. Sudah menjadi tabiat semulajadi orang yang pandai dan kuat ingin menjadi pemimpin. Orang yang lemah pula ingin dilindungi oleh orang yang kuat. Maka lahirlah perhubungan di antara pemimpin dan pengikut yang sama-sama saling perlu-memerlukan.
Setelah diteliti perkara-perkara di atas, nyata dan jelas sekali kepada kita bahawa dalam kehidupan ini, manusia memerlukan satu sama lain. Manusia perlu sandar menyandar, bertolong-bantu dan bekerjasama. Kalau tidak, manusia tidak boleh hidup. Sama ada suka atau tidak, manusia terpaksa hidup begitu. Kalau fitrahnya tidak mendorong, keadaan dan realiti hidup akan memaksa manusia memerlukan satu sama lain.

Mengapa perpaduan itu penting bagi manusia
Setelah kita buktikan melalui kajian dan pengalaman hidup kita bahawa manusia itu terpaksa hidup saling perlu memerlukan di antara satu sama lain, maka logiknya manusia itu mesti bersatu-padu dan mesti berusaha untuk mencapai perpaduan. Barulah manusia tidak akan bergaduh, tidak akan berkrisis, tidak akan berdengki, tidak akan bermusuh-musuhan, tidak akan jatuh menjatuhkan dan tidak akan berperang sesama sendiri. Manusia akan saling hormat menghormati dan berkasih sayang. Dengan itu, manusia akan mudah mengendalikan urusan hidup dan mudah memenuhi keperluan satu sama lain. Namun realitinya tidak begitu. Manusia sentiasa sahaja berpecah-belah dan bermusuhan, sekalipun di dalam satu etnik dan di dalam satu rumpun bangsa yang sama.

Mengapa manusia sukar mencapai perpaduan
Walaupun manusia itu satu sama lain perlu sandar menyandar, lengkap melengkapi dan saling perlu memerlukan, tetapi mereka payah untuk bersatu dan berpadu. Ini kerana dalam diri manusia itu ada nafsu. Nafsu itu sangat jahat. Di antara sifatnya ialah tamak dan mementingkan diri. Kehendak dan keperluannya tidak terbatas dan tidak bertepi. Di samping nafsu, ada pula syaitan yang sentiasa mendorong manusia bermusuh-musuhan di antara satu sama lain.

Nafsu itu, dalam hendak mencapai kehendaknya, dia tidak kira halal atau haram, buruk atau baik, yang boleh atau yang tidak boleh. Dia akan gunakan apa juga cara sama ada dengan memerah tenaga orang secara tidak patut, memfitnah orang, memburuk-burukkan orang, mengambil hak orang, menindas, menekan atau menghina orang. Oleh yang demikian, di dalam manusia itu saling perlu memerlukan, mereka berpecah-belah. Di dalam mereka saling bertolong bantu, mereka bersenget hati. Di dalam mereka saling sandar menyandar, mereka ada kepentingan diri. Di dalam mereka bergotong-royong, ada pengkhianatan. Di dalam perkongsian, ada penipuan. Di dalam satu keluarga, satu jemaah, satu parti, satu kaum dan satu bangsa, ada jatuh-menjatuh dan khianat mengkhianati.

Rahsia Perpaduan
Bersatu dan berpadu bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menyatu-padukan ahli-ahli sebuah keluarga atau rumahtangga pun amat sulit, inikan pula hendak menyatu-padukan satu bangsa dalam sebuah negara. Perpaduan tidak semestinya berlaku secara atomatis dalam sesuatu rumpun bangsa atau keturunan atau satu-satu etnik atau berdasarkan keturunan sedarah sedaging atau kerana satu tempat lahir atau satu ideologi atau kerana berada dalam sebuah parti atau jemaah yang sama.

Perpaduan pula ada beberapa peringkat dan kategori seperti di bawah:

1. Perpaduan fizikal iaitu perpaduan yang bersifat luaran semata-mata. Ertinya ia tidak diikat oleh akal atau jiwa tetapi hanya oleh keperluan semasa atau desakan-desakan hidup yang tidak dapat atau payah untuk dielakkan. Diwujudkan perpaduan lahir atau fizikal ini dengan tujuan untuk menjaga nama baik atau supaya tidak dipulaukan orang. Atau untuk mengelak tanggapan negatif masyarakat sekampung, masyarakat setempat, masyarakat dalam satu-satu parti atau satu-satu negara. Atau supaya jangan dimusuhi oleh orang ramai. Untuk tujuan ini maka manusia bergaul dan bertemu dalam kerja-kerja gotong-royong, di dalam majlis membaca ikrar, dalam majlis kenduri-kendara di surau atau di rumah-rumah, dalam majlis menguruskan kematian, dalam mesyuarat kampung atau mesyuarat sekolah di mana anak-anak mereka belajar atau dalam pertemuan penduduk setempat untuk membincangkan masalah bersama atau jenayah yang sangat menyusahkan dan menggugat keselamatan umum yang mereka pun sama-sama merasa takut.

Semua bentuk perpaduan yang disebut di atas dinamakan perpaduan fizikal. Ia diikat oleh faktor-faktor luaran atau oleh desakan-desakan dan keperluan-keperluan semasa. la tidak diikat oleh faktor-faktor dalaman seperti akal atau fikiran dan jiwa. Perpaduan seperti ini sangat longgar. Ikatannya tidak kuat dan tidak teguh. Ikatan seperti ini tidak mampu untuk menghindarkan sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, jahat sangka, khianat, mengadu domba, sombong, riyak, cari nama, glamour, pemarah, tamak dan lain-lain lagi. Ertinya perpaduan seperti ini sentiasa terdedah kepada keretakan dan perpecahan kerana sifat-sifat mazmumah seperti yang disebut tadi sebenarnya adalah pemecah dan perosak perpaduan, kesatuan dan persaudaraan.

Perpaduan fizikal seperti ini tidak boleh diharapkan. Perpaduan fizikal adalah reput dan rapuh. Ia ibarat buih di laut. Buih di laut, walaupun menggunung besarnya, tidak kuat dan tidak padu. Bila-bila sahaja boleh pecah. Angin, ombak dan sampah sarap sahaja pun sudah cukup untuk memecahkannya. Belum lagi ianya dilanda oleh kapal-kapal besar atau ribut taufan yang kuat. Lebih-lebih lagilah ia akan berkecai, terbarai dan terburai.
Perpaduan fizikal tidak mempunyai ikatan dalaman yang teguh. Mengikut Islam, ia belum lagi boleh dikatakan perpaduan kerana ia berlaku disebabkan oleh desakan dan keadaan-keadaan luaran yang memaksa dan bukan diikat oleh akal atau fikiran atau jiwa yang satu.

2. Perpaduan fikiran iaitu perpaduan yang diikat oleh satu pendapat atau satu pandangan. Biasanya perpaduan seperti ini berlaku dalam sebuah masyarakat setempat atau dalam satu-satu puak atau jemaah atau dalam satu-satu bangsa di dalam sebuah negara. Biasanya juga ia melibatkan sesuatu projek, sesuatu perkara atau sesuatu isu sahaja. Walaupun pandangan dan pendapat yang sama itu diikat oleh faktor dalaman iaitu oleh akal fikiran, namun perkara yang disepakati itu adalah di dalam hal-hal luaran yang bersifat keduniaan. Kemudian pula, ia adalah berbentuk keperluan-keperluan semasa. Di masa-masa di mana perkara, projek atau isu itu tidak diperlukan lagi, maka ikatan itu akan terungkai dengan sendirinya. Ini termasuklah perpaduan dalam satu ideologi atau fahaman.

Ikatan akal atau fikiran seperti ini juga tidak dapat membuang sifat-sifat mazmumah di dalam diri manusia seperti hasad dengki, khianat, tamak, pemarah, bakhil, pendendam, jahat sangka, mengumpat, memfitnah, mengata, menghina dan lain-lain lagi. Walhal sifat-sifat mazmumah inilah yang memecah-belahkan manusia walaupun manusia sudah boleh bersatu pendapat, bersatu pandangan dan bersatu ideologi dalam sesuatu perkara.
Oleh itu, perpaduan akal atau fikiran atau ikatan ideologi juga tidak kukuh dan tidak teguh. Ia juga boleh diibaratkan sebagai buih di laut. Nampak menggunung tetapi ia rapuh. Nampak hebat tetapi tidak kuat. Sampah sarap sahaja pun boleh memecahkannya. Betapalah gelombang besar atau kapal besar yang melanda.

Justeru itu, Islam belum boleh menerima perpaduan akal atau fikiran atau perpaduan ideologi ini sebagai satu bentuk perpaduan bagi umat Islam.

3. Perpaduan keyakinan laitu perpaduan yang diikat oleh satu keyakinan yang benar dan mutlak yang bersifat kekal abadi. Satu bentuk perpaduan yang tidak akan berkesudahan sampai mati dan yang kekal abadi. Ikatan yang diikat oleh iman yang dihayati oleh jiwa atau hati dan bukan setakat iman secara fikiran semata-mata. Ia melibatkan iman dan keyakinan kepada Allah Taala dan kepada rukun-rukun iman yang lain yang wajib diimami secara penghayatan. Ia juga diikat oleh syariat, iaitu peraturan-peraturan dan disiplin-disiplin kehidupan yang telah disampaikan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya yang terkandung di dalam Al Quran dan yang termaktub di dalam Sunnah Rasul seperti yang disebut di dalam firman-Nya: "Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali-tali Allah (syariat Allah / agama Islam / Al Quran dan Sunnah) dan janganlah kamu semua berpecah-belah (Iaitu berpecah-belah dari beriman dan dari syariat-Nya). " (Ali Imran : 103)
Dari ayat ini, ada beberapa perkara yang dapat kita faham.
Di antaranya:
- Beriman dengan Allah Taala (diikat oleh iman atau aqidah).
- Beriman juga dengan syariat Allah (diikat oleh syariat Allah Taala di dalam semua hal dan aspek kehidupan seperti kehidupan berkeluarga, bermasyarakat, dalam soal pendidikan, politik, ekonomi, pentadbiran, perjuangan dan kenegaraan. Syariat Allah Taala menjadi pengatur dan pendisiplin dalam semua hal).
- Jangan berpecah-belah dalam iman dan syariat-Nya. Dalam erti kata yang lain, jangan beriman dengan sesetengah hukum-hukum yang Allah turunkan dan ragu dengan sesetengahnya pula. Begitu juga, sesetengah syariat-Nya seperti solat, zakat, puasa dan haji kita amalkan tetapi dalam berkeluarga, bermasyarakat, berekonomi, berpendidikan, berpolitik, berpentadbiran, bernegara dan lain-lain, kita bersyariatkan akal kita atau kita bersyariatkan ideologi ataupun pragmatisme. Kita tolak syariat Tuhan. Semua ini masih hasil ciptaan akal fikiran manusia dan bukan syariat daripada Al Quran dan Sunnah yang datang dari Allah Taala yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Di sini, baru kita faham bahawa kalau umat Islam ingin bersatu dan berpadu secara kuat dan teguh, maka hendaklah umat Islam ini diikat di antara satu sama lain dengan ikatan iman dan aqidah dan juga dengan syariat Allah Taala secara global dan secara total. Kalau berlaku sebaliknya, maka akan terjadilah pecah-belah.
Apabila umat Islam kesemuanya diikat oleh satu iman atau aqidah dan juga oleh undang-undang dan perlembagaan Allah Taala di dalam seluruh aspek kehidupan, maka umat Islam sebenarnya telah bersatu dan berpadu. Inilah dia bentuk perpaduan yang kuat dan teguh yang diterima bagi umat Islam. Kita mesti usahakan dan perjuangkan perpaduan yang seperti ini. Kalau kita perjuangkan perpaduan yang selain daripada ini, ertinya kita hanya memperjuangkan perpaduan buih di laut.

Apabila perpaduan tidak diikat oleh iman dan syariat

Umat Islam di seluruh dunia tidak akan bersatu dan berpadu kalau satu sama lain tidak diikat oleh satu aqidah dan satu syariat. Ajaran Islam yang mengatakan begitu. Tidak perlulah kita berbahas dan bertegang leher dan mengatakan bahawa umat Islam boleh juga bersatu dan berpadu tanpa kesatuan iman atau aqidah dan tanpa kesatuan syariat.
Yang jelasnya, umat Islam tidak akan bersatu dan berpadu atas dasar ekonomi, ideologi ataupun isme-isme yang lain. Ini kerana ekonomi, ideologi dan isme tidak ada elemen pembendung perpecahan. Dalam erti kata yang lain, tidak ada apa-apa dalam ekonomi, ideologi atau isme yang boleh membendung sifat-sifat mazmumah yang sangat memecah-belahkan manusia kerana di dalam ajaran ideologi atau isme atau jelasnya, di dalam semua ajaran hasil dari teori akal fikiran manusia, tidak ada ajaran takutkan Allah, takutkan Neraka atau cintakan Allah. Kalau manusia sudah tidak takutkan Tuhan dan Neraka-Nya, apalagi kah yang boleh membendung dan menghalang manusia daripada melakukan kejahatan lahir dan batin yang boleh memecah-belahkan kehidupan manusia, yang boleh merenggangkan persaudaraan dan yang boleh menghancurkan perpaduan dan persatuan di kalangan umat.
Oleh itu, maka jelaslah bahawa ajaran ideologi atau teori akal fikiran manusia tidak akan boleh mencetuskan perpaduan di kalangan umat Islam kerana ikatannya tidak ada. Kalaupun dikatakan ada, ia adalah ikatan yang sangat lemah dan rapuh. Justeru itu, di dalam sesuatu jemaah atau parti atau sesebuah negara sekalipun, umat Islam tidak akan boleh bersatu dan berpadu kalau ikatan perpaduannya hanya setakat ajaran ideologi atau ajaran teori akal fikiran manusia. Bahkan, di dalam sesebuah parti Islam sekalipun, kalau iman tidak benar-benar dihayati dan kalau syariat Islam berjalan secara longgar di kalangan ahli-ahlinya, ia juga tidak akan melahirkan perpaduan yang kuat dan kukuh di kalangan ahli-ahli parti berkenaan.

Perpaduan adalah ikatan jiwa

Selepas kita bahaskan tentang soal perpaduan ini, fahamlah kita bahawa perpaduan di kalangan umat Islam itu adalah berasaskan ikatan jiwa yang satu aqidah dan satu iman yang benar-benar dihayati oleh setiap jiwa orang Islam. la bukan sekadar aqidah atau iman yang berdasarkan akal fikiran semata-mata tetapi ia adalah aqidah atau iman yang benar-benar dapat mencetuskan cinta kepada Allah Taala atau yang benar-benar dapat mencetuskan rasa takut dan gerun dengan Allah Taala serta diikat pula oleh syariat Islam sebagai peraturan dan disiplin kehidupan.

Apabila ikatan jiwa atau perpaduan yang asas ini wujud dengan kuat dan teguh, maka perpaduan yang lain seperti perpaduan fizikal atau perpaduan fikiran akan memperindahkan lagi perpaduan tersebut dan membuatkannya bertambah lengkap dan kemas. Akan tetapi kalau perpaduan yang asas ini tidak wujud ataupun lemah, perpaduan fizikal dan fikiran tidak mempunyai apa-apa makna dan tidak akan menambahkan apa-apa kepada perpaduan umat Islam.

Ikatan jiwa yang ditunjangi oleh aqidah dan iman dan yang dihayati ini amat teguh kerana ikatannya berkait terus dengan Allah Taala yang bersifat kekal abadi. Ikatan jiwa yang sama-sama terhubung dengan Allah ini tidak reput dan tidak rapuh. la tidak bersifat dengan sifat yang baharu atau bersifat dengan sifat makhluk yang banyak mempunyai kelemahan. Siapa yang bersandar dengan makhluk pasti lemah dan siapa yang bersandar terus dengan Allah Taala pasti kuat dan teguh.

Ikatan jiwa di kalangan umat Islam diikat oleh aqidah atau iman yang satu. Itulah dia yang dikatakan kesatuan atau perpaduan jiwa. Perpaduan jiwa dengan Tuhan tidak ada kepentingan dunia. Oleh itu penyakit pecah-belah tidak akan wujud kerana penyakit pecah-belah hanya akan hidup subur jika ada kepentingan dunia. Apabila penyakit pecah-belah tidak wujud, maka perpaduan umat Islam akan selamat dari bahaya pecah-belah kerana yang memecah-belahkan manusia itu ialah dunia dan mata bendanya dan nafsu yang rakus yang tidak terkawal.

Kalau jiwa sudah terpaut dengan dunia dan mata bendanya, akan timbul penyakit tamak, bakhil, rebut merebut dan saing menyaing. Kemudian akan datang hasad dengki, sakit-sakit hati, marah, dendam berdendam, fitnah memfitnah dan umpat mengumpat. Lahirlah budaya nafsi-nafsi dan pecahlah umat.
Perpaduan aqidah atau perpaduan iman ertinya sama-sama cintakan Allah atau sama-sama takutkan Allah. Walaupun semua manusia sama-sama cinta atau takutkan Allah Taala, namun Allah itu tidak jadi rebutan dan tidak berlaku sebarang persaingan. Makin masing-masing kuat cinta atau takutnya kepada Allah, semakin kuat masing-masing bersatu dan berpadu. Cuma orang-orang yang tidak beriman atau orang-orang yang sudah lemah iman mereka sahaja yang akan merasa tidak senang. Dari mereka ini sahajalah lahir hasad dengki terhadap orang-orang yang kuat cinta dan takutnya kepada Allah.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Erti Sebuah Perkahwinan

Oleh: Ahmad Hakimi B Ali

PENDAHULUAN
Kehidupan berkeluarga merupakan kurniaan besar Allah untuk hamba-Nya yang beriman. Berkeluarga menjadikan seseorang itu jelas bacaannya terhadap realiti sebuah kehidupan. Sebelum perubahan besar diimpikan dalam sebuah masyarakat, Negara dan dunia, kehidupan berkeluarga akan mengasah hikmah kebijaksanaan pejuang itu belajar berseni dengan manusia.
AKU TERIMA NIKAHNYA adalah rakaman pengalaman sebenar penulis iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam membina damai sebuah kehidupan berumah tangga. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Penulis mengajak kita untuk memberi dalam perkahwinan kerana akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.
Penulis juga mengajak mereka yang bakal mendirikan rumah tangga supaya lebih memahami pasangan masing-masing kerana soal perkahwinan ini adalah sesuatu yang berat dan tanggungjawab yang dipikul juga lebih besar. Para remaja juga dinasihatkan supaya mengawal nafsu amarah dan tidak melakukan maksiat sebelum mereka berkahwin kerana kesan yang bakal dihadapi amat berat di samping dosa yang mereka tanggung.
Diolah dalam gaya santai dan pendekatan bercerita, dengan dialog-dialog biasa yang merencahi kehidupan sekitar dunia rumah tanggga, buku ini menjanjikan pengalaman membaca yang mengasyikkan. Atas sebab-sebab berikut mengapa saya berminat untuk menulis esei yang bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA ini….
Semoga esei ini dapat dihayati dan dimanfaatkan oleh para pembaca sekalian.


ERTI SEBUAH PERKAHWINAN.
“ Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai…. “
Buku ini menceritakan mengenai penulis berkongsi pengalaman hidupnya yang menemui jodoh melalui “ orang tengah “. Kali pertama penulis bersua muka dengan bakal isteri saya ialah di hadapan ibu serta bapanya. Di bawah adalah contoh dialog yang di alami diri penulis sendiri.
“ Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. Macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah di temui? Ia terlalu ganjil untuk zaman ini. Di hadapan kedua ibu bapa, kami bertemu buat pertama kali.
Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang pertunangan saya dengan seorang “ bakal doktor ” amat terkejut.
“ Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?” tanya seorang rakan saya.
“ Nabi sallallahu 'alaihi wassalam lagi sibuk dari saya. Isteri baginda lebih sibuk dari seorang doktor. Tapi rumah tangga mereka adalah yang paling bahagia. Tentu ada formulanya!” saya menjawab dengan selamba. Mudah sahaja jawapan saya itu. Namun saya memang sentiasa memikirkan tentangnya.
Cabaran yang terpaksa ditempuhi penulis amat besar. Perkara ini turut di kongsi penulis yang mengatakan seperti berikut.
“Cabaran pertama ialah soal harga diri. Melalui didikan Islam yang kami terima dalam kuliah, tamrin, usrah dan bacaan buku, perkahwinan antara seorang ustaz dengan seorang doktor tidak pernah dianggap tidak sekufu. Apa yang penting, kedua-duanya saling berpegang kepada nilai-nilai Islam.”
“Cabaran kedua ialah soal komitmen kerja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan berumah tangga adalah sesuatu yang yang amat mencabar bagi seorang doktor. Khususnya di peringkat housemanship. Seorang suami kepada seorang doktor akan lebih banyak ditinggalkan kerana jadual on call yang tidak berperikemanusiaan. Bayangkan seorang doktor yang baru memulakan kerjayanya di sebuah hospital, masuk kerja pada jam 8 pagi pada hari Isnin dan pulang jam 5 petang, malah kadang-kadang terlajak hingga ke jam 8 malam. ”
Bagaimanapun, penulis tetap bersyukur di atas ketentuan ilahi. Ini diluahkan oleh penulis di dalam ayatnya yang berikut.
“ Saya bersyukur. Ketika saya membuat keputusan untuk berumah tangga dengan seorang doktor, apa yang saya fikirkan ialah peluang saya untuk berbuat kebajikan. Saya gembira membayangkan betapa saya dapat mendidik isteri dengan pengetahuan agama Islam.

TUJUAN BERUMAH TANGGA

Selain itu, buku ini juga menceritakan secara ringkas dan padat namun mencakupi keseluruhan aspek tujuan kita mendirikan rumah tangga. Penulis memulakan penceritaan tentang prinsip hidupnya yang amat penting iaitu, “ ERTI HIDUP PADA MEMBERI”. Penulis menekankan beliau mahu berumah tangga bukan untuk menerima, sebaliknya mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu ialah peranan suami di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya si suami menerima apa-apa kebaikan daripada isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekalipun kebaikan itu. Penulis sempat berkongsi pesanan yang beliau terima daripada seorang rakannya.
“ Dalam berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka, selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai, ” kata Kak Naz dan Abang Rosli semasa menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga. Nasihat itu saya pegang hingga hari ini.”

ERTI KEBAHAGIAAN
Seterusnya, penulis turut berkongsi pula pengalamannya menerima SMS daripada seorang pelajar yang pernah mengikuti kursus yang beliau kendalikan.
Katanya, ” Ustaz mempunyai masa yang amat terhad bersama keluarga. Jadi, apa erti kebahagian dalam hidup Ustaz?
Saya termenung. Kebetulan semasa itu saya sedang out station di Labuan. Berikut ialah jawapan saya kepadanya:
“ Kebahagian rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya ialah kualiti. Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung, tetapi masing-masing menghadap TV, tidak berkomunikasi. Ustaz sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk bersama isteri dan anak-anak, digunakan sebaik mungkin untuk benar-benar bersama. Lihatlah Ismail ' alaihissalam. Sering ditinggalkan bapanya. Tetapi Ismail tidak pernah memusuhi bapanya, Ibrahim. Mereka bertemu kerana Allah, mereka berpisah kerana Allah.”


NASIHAT UNTUK REMAJA

Penulis kemudiannya sempat menasihati para remaja zaman ini yang semakin parah dengan maksiat dan sosial. Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani menderhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan ? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya….

Penulis menyatakan kepada adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat “ ringan-ringan ” sebelum berumah tangga akan menghadapi kesannya pada masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumah tangga, si suami akan terfikir, “ Jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaaan yang sama. Akhirnya rumah tangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang, pasti berbalas tuduh-menuduh.

Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia, sebelum hukuman akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumah tangga diselubungi prasangka? Itulah neraka dunia balasan zina, sebelum neraka akhirat yang maha seksa lagi duka.

Namun bagi adik- adik yang mempunyai kesedaran Islam, cara mareka 'menjaga hukum Allah', penting untuk dipandu. Bukan apa, 'cara mereka' kadang- kadang menimbulkan kehairanan kepada saya. Syariat manakah yang mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar muslimat supaya bercakap seperti ' warden penjara ' ketika berurusan dengan muslimin, semata- mata kerana mahu menghayati kehendak syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah.

BATAS HUBUNGAN SEMASA BERTUNANG
Biarpun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah. Penting bagi pasangan yang bertunang untuk saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya tentang perancangan- perancangan… Ada panggilan telefon mungkin sekadar beberapa minit. Ada panggilan telefon mungkin perlu hingga satu jam.
Tetapi bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah, maka selesaikan perbincangan dengan cara baik agar tidak berlebih-lebihan dan mencetus dosa.
Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan. Nabi s.a.w. sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan ) tentang perkahwinan.”
(Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair )

Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun, ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup…. Selama-lamanya sampai mati.

Penulis kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada bekas tunangnya yang bersama- sama saling berusaha menjaga diri selama tempoh mereka diikat dengan janji. Kepada bekas tunangnya yang kini telahpun menjadi isteri… dan dengan tiga cahaya mata kurniaan Allah, semoga Allah mengekalkan rumah tangga kita dalam redha dan bahagia, hingga ke akhir usia. Amin…


JANGAN BERKAHWIN SEKADAR UNTUK MENDAPATKAN SIJIL HALAL.
Penulis mengingatkan para remaja agar tidak memberikan alasan, ” Saya kena kahwin segera Ustaz, takut terjebak ke benda- benda yang haram ”. Seorang di Southamptan, seorang lagi di Dublin…. tiba-tiba memberi alasan takut 'terzina'???
Itu pun, penulis masih berasa tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk mendapatkan Sijil Halal! Kahwin kerana takut zina, seolah-olah itu sahaja yang yang ada di mindanya tentang makna perkahwinan. Jangan buktikan yang jati dirimu selemah itu. Jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak- peranda hidupmu, di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak-anak???
JANGAN BERKAHWIN TANPA PERSETUJUAN DAN PENGETAHUAN IBU BAPA.
Ruang untuk membelakangkan ibu bapa itu memang ada. Baik lelaki mahupun yang perempuan. Malah bagi si lelaki, hukum fiqh tidak pun meminta dirinya mendapatkan persetujuan ibu bapa. Tetapi perkahwinan bukan sekadar soal hukum fiqh, bukan sekadar sah tidak sah akad yang dihenjut.
Restu ibu bapa…. Lebih besar dan agung dari segala motivasi dan rawatan kaunseling yang ada di alam maya ini. Maka janganlah sekali-kali disingkirkan restu ibu bapa daripada sebuah perkahwinan yang dibina. Itu soal restu.
Pasangan yang berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa juga harus beringat, bahawa kalian adalah darah daging mereka. Tanpa diberitahu, seorang bapa apatah lagi seorang ibu, begitu mudah untuk merasakan sesuatu tentang anak mereka. Alangkan sakit selsema pun boleh meresahkan mereka di hujung benua, apatah lagi jika si anak yang begitu tergamak berkahwin dengan membelakangkan kedua ibu bapa.

Jika anda tetap berada dalam suatu keadaan yang hanya perkahwinan jalan penyelesaiannya, maka bawalah berbincang dengan baik. Buktikan yang anda sudah cukup dewasa untuk berumah tangga dengan mengambil langkah berdiskusi dengan ibu bapa secara dewasa, atau mungkin juga dengan meminta bantuan orang tengah yang boleh membantu kepada rundingan.
Dan sudah tentu di satu sudut yang lain, ibu bapa juga haruslah tidak terlalu mengikat perasaan hingga tidak rasional. Berusahalah mempertimbangkan dengan baik keadaan anak-anak dan membuat keputusan untuk kebaikan anak-anak itu yang hidup mereka penuh cabaran itu.

Jujurnya, penulis melihat kebanyakan mereka yang berkahwin semasa belajar dapat mengekalkan prestasi pengajian, malah ada yang bertambah cemerlang. Hanya segelintir yang kecundang.

SYARIATULLAH
Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, mesti berusaha melengkapkan dirinya tentang pengetahuan berkaitan hukum-hakam yang sebelum ini mungkin kurang diberi perhatian. Khususnya bagi calon suami, anda bakal menjadi pengemudi rumah tangga.
Hukum-hakam tentang munakahat, jangan diabaikan. Bermula dari hal-hal yang berkaitan dengan akad nikah dan cerai fasakh serta lafaz takliq yang wujud dalam sistem nikah Malaysia. Selain itu, hukum-hakam berkaitan orang perempuan juga perlu ditambah.
Malah baik juga ditambah pengetahuan tentang perkara yang sedikit advance seperti hukum-hakam tentang kehamilan. Hukum ke atas seorang perempuan andai berlaku keguguran pada awal tempoh mengandung dan selepas tempoh mengandung, beza antara nifas dan istihadah dalam soal ini, adalah antara isu yang perlu diambil perhatian.


SUNNATULLAH
Terutamanya bagi pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga ketika masih belajar, keperluan untuk berbincang secara jelas tentang perancangan berkeluarga mesti dilakukan. Tanggungjawab utamanya ialah pada si lelaki.
“ Mungkin bakal isteri tidak berani menimbulkan hal ini. Takut nanti ditempelak suami bahawa si isteri mahu menolak rezeki dan sebagainya. Maka suamilah yang sebaiknya mengusahakan perbincangan.”

Penulis sempat menyatakan rasa kesal dan sedih melihat pelajar yang berkahwin, terutamanya semasa belajar, apabila mereka dikejutkan dengan berita kehamilan isteri dalam keadaan tidak mempunyai kesediaan mental, lantas mencetus pelbagai masalah seperti stress dan kemurungan.

HUBUNGAN SUAMI – ISTERI
Suami dan isteri adalah dua insan yang sangat perlu untuk saling memahami. Faham secara empathy dan cuba meletakkan diri di pihak pasangan. Apabila isteri meluahkan pandangan, mengadu serta berleter tentang sesuatu perkara, amat perlu untuk seorang suami faham, bahawa tindakan itu selalunya bukanlah bertujuan untuk meminta pandangan dan idea kita ke arah penyelesaian. Sesekali ya, tetapi lazimnya tidak.
Maka, janganlah pula suami terlalu cepat atau asyik mencadangkan penyelesaian. Masalah-masalah itu sering boleh selesai hanya dengan kesediaan suami untuk menyayangi, atau dalam bahasa mudah…memujuk.
Namun ketahuilah wahai sang isteri, bahawa ia bukanlah suatu yang mudah bagi seorang lelaki. Makhluk yang gersang emosi dan kaya logik itu.
Manakala bagi sang isteri, fahamilah jua bahawa suami berfikir dengan cara yang berbeza. Keputusannya banyak oleh pertimbangan akal, sesuai dengan bahu dan tangannya yang berat memikul tanggungjawab. Apabila suami bertanya, dia mahukan pandangan. Dia mudah rimas jika ruang berbincang diisi dengan esakan, tangisan dan bukannya buah fikiran.
BELAJARLAH UNTUK SALING MEMAHAMI
Penulis menyatakan penghargaan kepada buku Men Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray kerana ia mengajar beliau dan isteri untuk saling faham-memahami. Pelajaran dari 2 planet ini juga mendidik penulis untuk memberi ruang kepada rasional dan emosi masing-masing berfungsi dengan baik, sesuai dengan peranan dan tangungjawab yang diberi ilahi.
MERAIKAN PERBEZAAN
Akhir sekali, penulis menyatakan keyakinannya jika setiap insan menghargai keunikan biri masing- masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, hidup kita akan seimbang. Penulis juga menyuruh pembaca membaca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus agar kita dapat belajar untuk saling memahami.

“Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki.” (Al-Hadith)


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Penciptaan Serangga

Oleh: Ahmad Hakimi B Ali

Serangga adalah antara makhluk ciptaan Allah s.w.t. dan dapat kita lihat ianya di dunia ini sebagai satu kumpulan haiwan yang terbesar dengan kepelbagaian yang tinggi. Lebih 75% daripada semua jenis atau spesies haiwan adalah kumpulan serangga, sama ada yang masih wujud kini ataupun yang telah pupus. Kita juga kerap menyaksikan satu-satu jenis serangga itu sangat banyak bilangan spesiesnya.

Seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Dan demikianlah pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlain-lain jenis dan warnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan tukut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang beriman. Sesunggguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.” (Surah Fatir : 28)

Kepelbagaian serangga ajaib dan mengkagumkan membuat kita merasa rendah diri terhadap Maha Penciptaannya, Allah s.w.t. Kita melihat serangga-serangga, ada yang kecil dan ada yang besar, ada yang bersegi dan ada yang bulat, ada yang licin dan ada yang berbulu atau berduri, dan ada yang berwarna-warni dan ada yang memiliki satu warna sahaja.

Terdapat pelbagai saiz serangga, ada kecil dan ada yang besar. Malah, terdapat serangga yang mempunyai saiz yang sangat kecil yang hanya dapat di lihat rupa bentuknya dengan bantuan kanta pembesar atau mikroskop. Keindahan warna-warna yang menyaluti tubuh serangga bukan sahaja kerana adanya kandungan pigmen warna tetapi warna-warna terserlah akibat biasan-biasan cahaya pada permukaan tubuh. Warna-warna itu indah dan menyejukkan mata yang melihatnya.

Terdapat serangga-serangga dengan warna-warna tubuh yang menyerupai warna latar yang membolehkannya terlindung dari di lihat oleh musuh-musuhnya. Struktur duri pada tubuh serangga walaupun kelihatan menggerunkan dan menakutkan, tetapi ia tersusun dalam suatu binaan dan simetri yang indah dan menakjubkan. Begitu juga, siapa yang tidak terpesona melihat kehebatan serangga yang sedang terbang melayang-layang, menurun dan menaik terapung-apung di udara, menari-nari berpasangan dan sebagainya.

Penciptaan serangga dan lain-lain haiwan atau makhluk dialam ini adalah sebagai penyaksian atau tanda kewujudan dan kebesaran Allah s.w.t di samping sebagai sumber-sumber rezeki dan ilmu pengetahuan yang harus diterokai. Penciptaan berlaku dengan kehendak dan kuasa Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. bermaksud :

“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu : “Jadilah engkau”. Maka ia terus menjadi.” (Surah Yaasiin : 82)

Allah itu Maha Besar, Maha Pencipta dan tidak ada kuasa yang dapat menyaingi dan mengatasiNya. Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menjelaskan bahawa apa yang diseur selain daripada Allah itu tidak mempunyai apa-apa kuasa dan upaya untuk mencipta seekor nyamuk atau lalat, atau yang lebih kecil daripada itu. Bahkan, jika berhimpun para cerdik pandai biologi sekalipun, mereka tidak akan berkemampuan untuk mencipta satu hayat pun. Maka hendaklah lahir pengakuan dan rendah diri terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah s.w.t.

Penciptaan serangga, seperti juga penciptaan lain-lain makhluk mempunyai kepentingan dan hikmahnya tersendiri. Memandangkan begitu banyak terdapat serangga di muka bumi ini maka jelaslah begitu banyak hikmahnya, tetepi kita tidak tahu. Ilmu pengetahuan manusia kini dan juga akan datang tidak akan selesai meneroka dan menimba keluasan dan kedalaman ilmu Allah tersebut. Setakat ini manusia baru dapat meneroka kepentingan beberapa jenis serangga yang secara langsung berhubung dengan kehidupan manusia. Itu pun masih banyak lagi yang belum diketahui.

Serangga mempunyai kepentingan dalam kehidupan planet Bumi ini. Masing-masing jenis serangga yang diciptakan itu ada peranannya yang khusus. Kita hanya mengetahui peranan beberapa jenis serangga. Ilmu pengetahuan manusia kini masih belum dapat meneroka dan mengetahui secara lebih terperinci peranan daripada setiap jenis serangga.

Al-Quran menjelaskan bahawa setiap makhluk yang Allah ciptakan itu adalah tidak sia-sia kerana penciptaan atau kewujudannya mempunyai haq (hikmah) yang tersendiri.

Firman Allah s.w.t. bermaksud : “Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang layak dan berkhidmat. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (Surah al-Ankabut : 44)

Kewujudan serangga di muka bumi ini sangat penting bagi keseimbangan dan kelangsungan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. Kepentingan serangga kepada haiwan dan tumbuhan dapat dirasai oleh manusia secara langsung ataupun tidak langsung kerana kehidupan manusia bergantung pada haiwan dan tumbuhan. Manusia memerlukan haiwan dan tumbuhan sebagai sumber-sumber makanan, pakaian, bahan bakar, perubatan dan tempat tinggal.

Serangga merupakan sumber makanan utama kepada sejumlah besar haiwan-haiwan seperti burung, kelawar, beruang, tenggiling, reptilian, amfibia, ikan dan juga serangga itu sendiri. Ketiadaan serangga sudah pastilah haiwan-haiwan ini tidak dapat hidup dan seterusnya akan mati kelaparan. Beberapa jenis haiwan yang hidup dengan memakan serangga memberi kepentingan secara langsung pula kepada manusia, seperti ikan. Ataupun secara tidak langsung di mana haiwan pemakan serangga itu hidup dengan memangsakan beberapa serangga yang menimbulkan masalah-masalah kesihatan dan pertanian.

Serangga berperanan utama dalam kebanyakan pedebungaan tumbuh-tumbuhan, termasuklah tanaman pertanian. Pendebungaan ialah suatu proses pemindahan debunga jantan ke bunga betina bagi berlakunya persenyawaan. Hasil dari proses persenyawaan ialah pembetukan biji dan buah. Tidak ada biji maka tidak ada kelangsungan zuriat atau kewujudan bagi tumbuhan yang bergantung kapada serangga untuk proses pendebungaan. Jika tidak ada tumbuhan maka tidak ada makanan bagi lain-lain haiwan yang memakan tumbuhan. Jika tidak ada biji dan buah pastilah tidak ada sumber makanan untuk manusia dan haiwan. Tanpa tumbuhan hutan atau tanaman pertanian bagaimana mungkin manusia dapat hidup. Kepada manusia, tumbuhan membekalkan makanan, pakaian, perumahan, dan bahan-bahan ubatan. Penciptaan serangga adalah sebagai suatu cabaran dan ujian daripada Allah s.w.t. kepada manusia untuk berfikir bagi memperkembang dan memanfaat kekayaan ilmu Allah. Penerokaan ilmu mengenai serangga sebenarnya akan memaparkan hikmah penciptaan serangga. Penyelidikan-penyelidikan mengenai serangga telah banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan hayat atau biologi keseluruhannya.

NYAMUK

Apa dia nyamuk?.
Nyamuk adalah sejenis serangga yang mempunyai satu pasang sayap. Alat mulut nyamuk mnyerupai paruh yang tajam digunakan untuk menghisap makanan iaitu darah haiwan atau manusia, dan juga cairan tumbuh-tumbuhan. Hanya nyamuk dewasa betina menghisap darah, yang diperlukan bagi proses perkembangan telur. Nyamuk dewasa jantan tidak menghisap darah, tetapi hanya memakan cairan tumbuh-tumbuhan iaitu manisan atau cairan buah yang membusuk.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih rendah daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya) iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka, dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata : “Apakah maksud Allah membuat perbandinagn dengan ini?” (Jawabnya) : Tuhan akan menjadikan banyak banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya : dan Tuhan akan menjadikannya sesat sebab perbandingan itu malainkan orang-orang yang fasik.”
(Surah al-Baqarah : 26)

Pengungkapan nyamuk dalam maksud firman Allah s.w.t. di atas merupakan penyaksian kepada kekuasaan Allah yang kepadaNya kita wajib percaya. Tidak ada kuasa lain yang dapat mencipta makhluk sebesar nyamuk atau yang lebih rendah atau lebih kecil daripada itu, ataupun yang lebh besar daripada itu, selain daripada Allah, Pencipta alam semesta.

Nyamuk belum dewasa atau jentik-jentik mendiami habitat air, hidup dengan memakan mikroorganisma-mikroorganisma seperti alga dan bacteria. Sejarah perkembangan hidup nyamuk bermula dari telur, kemudian menetas menjadi jentik-jentik, seterusnya bertukar kepada bentuk pupa yang merupakan suatu tahap untuk persiapan bagi menjelma kapada nyamuk dewasa. Nyamuk dewasa yang baru keluar dengan memecah kulit pupa akan berehat sebentar di permukaan air sementara tubuh menjadi agak keras. Kemudian ia mula terbang mencari makanan dan membiak.

Di seluruh dunia terdapat bermacam-macam jenis nyamuk yang mempunyai pelbagai kelakuan dan menghuni pelbagai habitat. Misalnya ada nyamuk keluar pada waktu siang, senja, dan malam hari; ad a nyamuk membiak di anak sungai, paya, dan sebarang takungan air; ada nyamuk yang membiak di tempat terbuka dan ada yang membiak di tempat teduh; selanjutnya ada nyamuk yang suka memakan darah haiwan, ada yang menyukai darah manusia juga ada yang memakan darah siapa sahaja yang ditemuinya apabila ia lapar.

Dilaporkan terdapat lebih kurang 2500 spesies nyamuk di seluruh dunia, yang mewakili beberapa genus. Genus-genus nyamuk yang utama dan terlibat dalam pelbagai jenis penyakit terpenting bagi manusia juga terdapat di Malaysia, iaitu nyamuk-nyamuk daripada genus Aedes, Anopheles, Culex, dan Mansonia.

Nyamuk dan Kesihatan

Sebagaimana yang kita semua ketahui nyamuk kerap dikaitkan dengan kesihatan manusia. Pelbagai jenis penyakit utama manusia dikaitkan dengan nyamuk. Sebenarnya nyamuk itu sendiri tidak menyebabkan penyakit kepada manusia dan jumlah darah yang diambilnya adalah sangat sedikit sekali untuk menjejaskan kesihatan seseorang. Paling tidak seseorang itu akan merasa gatal atau jika seseorang itu bersifat alah ia akan mendapati tubuhnya penuh dengan bengkak merah.

Tetapi yang bahayanya ialah kerana beberapa jenis nyamuk adalah vektor atau pembawa mikroorganisma atau parasit yang menyebabkan sesuatu penyakit. Pertalian antara suatu mikroorganisma dengan suatu nyamuk vektor adalah rapat sebagai yang dicerminkan oleh kesuaian hidup mikroorganisma tersebut dalam tubuh nyamuk di mana nyamuk tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan. Misalnya mikroorganisma atau parasit malaria (Plasmodium falcifarum), hidup di dalam tubuh nyamuk, menjalani perkembangan dan pembiakan di dalam usus dan dalam dinding usus kemudian di dalam kelenjar air liur, sebelum disuntik atau dipindahkan kepada manusia serta haiwan-haiwan lain yang menjadi mangsanya. Nyamuk vektor adalah terdiri daripada beberapa jenis iaitu nyamuk vektor malaria, nyamuk vektor denggi, nyamuk vektor untut, nyamuk vektor “Yellow fever”, dan nyamuk vektor enkefalitis.

BELALANG

Belalang adalah sejenis serangga pemakan tumbuh-tumbuhan. Ia mempunyai tubuh yang lebih kasar dan besar berbanding dengan nyamuk dan lalat. Serangga dalam kumpulan belalang ini mudah dikenal daripada bentuk kaki belakangnya yang besar dan kukuh. Kaki ini digunakan untuk melompat bagi memulakan suatu penerbangan atau untuk melompat menjauhkan diri daripada musuh. Belalang juga mempunyai dua pasang sayap iaitu sayap hadapan yang agak keras dan berfungsi sebagai pelindung untuk sayap belakang yang bersifat agak nipis. Secara amnya, belalang hanya menggunakan sayap belakang untuk penerbangan. Alat mulut (mandibel) ini pula merupakan struktur yang sangat kuat yang digunakan untuk mengerat atau menggigit makanannya.

Dari firman Allah s.w.t. yang bermasud :“(Allah berfirman) : Kami pun mengutuskan kepada mereka taufan dan belalang dan kutu dan katak dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas dan nyata. Maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang mendurhaka.”
(Surah al-A’raf : 133)

Penyebutan serangga-serangga di dalam firman Allah di atas adalah berbeza daripada penyebutan serangga di dalam firman Allah yang telah dibincangkan sebelum ini. Belalang dan kutu yang dinyatakan disini sebagai bala yang diturunkan oleh Allah kepada kaum Fir’aun yang telah menzalimi Nabi Allah Musa dan pengikut-pengikut Nabi A.S. Belalang telah diperintahkan oleh Allah untuk memusnahkan tanam-tanaman, dan kutu pula bagi menimbulkan pelbagai penyakit. Bala ini telah menyebabkan malapetaka yang amat besar kepada pengikut-pengikut Fir’aun. Tanaman pertanian pula musnah dan mengakibatkan kelaparan dan kematian. Kutu-kutu membawa kesengsaraan kerana pelbagai penyakit. Intisari daripada maksud firman Allah di atas merupakan satu peringatan daripada Allah kepada setiap hamba-hambaNya yang lain supaya mematuhi perintah dan menjauhi segala laranganNya demi kesejahteraan dan menghindari daripada bala yang akan di turunkan.

Belalang dan Pertanian

Penyebutan belalang dalam firman Allah juga adalah merupakan suatu dokumen tentang wabak belalang yang telah memusnahkan tanaman pertanian kira-kira 4000 tahun silam. Adalah diduga bahawa diantara belalang-belalang yang telah disebutkan di dalam Al-Quran itu adalah dari spesies Schistocerca gregaria. Spesies belalang juta ini masih mengancam tanaman pertanian di Afrika dan Asia. Spesies ini merupakan satu spesies yang paling ganas di antara belalang-belalang juta yang lain.

Belalang Sebagai Sumber Makanan

Belalang merupakan sumber makanan kepada haiwan-haiwan lain seperti labah-labah, ikan, burung dan juga kelawar. Belalang yang jatuh ke dalam air akan menjadi makanan ikan manakala belalang yang sedang berterbangan di udara mahupun berada di pohon-pohon tumbuhan pula berkemungkinan akan menjadi makanan burung atau kelawar.

Selain menjadi makanan kepada haiwan-haiwan, belalang juga merupakan satu-satunya serangga yang dihalalkan untuk dimakan oleh manusia. Sehubungan dengan ini pernah ada cadangan bahawa dalam kawalan Afrika mengatasi masalah belalang yang merosakkan tanaman pertanian, maka lebih baik dimanfaatkan belalang sebagai sumber makanan.

Berikut adalah hadith Nabi yang menghalalkan manusia memakan belalang :

Dari Abdullah bin Abi Aufa (r.a.) Katanya : “Kami berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam tujuh peperangan, di mana kami pernah memakan belalang”.

Diriwayatkan oleh Muslim.


KUTU
Istilah kutu (qamla) yang dibincangkan disini adalah dengan takrifan sejenis serangga parasit yang mempunyai bentuk tubuh yang memipih merata dengan permukaan. Alat mulutnya jenis mengigit yang digunakan untuk melukakan kulit. Kutu akan memakan darah yang keluar daripada luka kulit tersebut. Pelbagai jenis kutu yang hidup sebagai parasit kepada manusia dan haiwan ternak. Mengikut pengelasan, kutu termasuk ke dalam kumpulan serangga yang dikenal sebagai order Phthiraptera.

Daripada firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan dan belalang dan kutu dan katak dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka tetap juga berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang mendurhaka.”

(Surah Al-A’raf : 133)

Intisari daripada maksud firman Allah s.w.t di atas adalah membincangkan tentang serangan kutu. Perkataan kutu di sini adalah terjemahan daripada perkataan “qummal”. Istilah bahasa Arab tersebut adalah daripada kata akar “qamla” yang mana maksud dalam bahasa Malaysianya iaitu kutu, yang mempunyai maksud yang sangat meluas.

Para pentafsir Al-Quran menjelaskan bahawa maksud “qamla” meliputi takrifan kepada beberapa jenis serangga kecil yang tidak bersayap, bertubuh pipih yang hidup dengan menghisap darah (parasit), seperti kutu manusia (= qamla); pinjal (= barghut) parasit yang terdapat pada kucing, anjing dan tikus; dan caplak (= quradha), parasit yang terdapat pada haiwan ternak.

Di samping itu, terdapat juga pengertian yang diberikan pleh para pentafsir Al-Quran yang meliputkan maksud “qamla” kepada sejenis serangga yang bertubuh kecil daripada belalang dan hidup dengan memakan tumbuhan – “qamlatun nabati”. Serangga pemakan tumbuhan yang dimaksudkan ini juga mempunyai bentuk tubuh yang memipih, dan ia dikenal dalam bahasa Inggeris sebagai “plant lice” yang padanan istilah bahasa Malaysianya sebagai “kutu tumbuhan”. Jadi, secara teknikalnya nama kutu tumbuhan ini lebih dikenali dengan istilah afid (aphid).

Kesimpulan

Kesimpulannya, penciptaan berbagai-bagai spesies serangga dalam dunia ini banyak mempengaruhi kehidupan setiap penghuni lain di dunia ini. Ini menunjukkan bahawa setiap serangga serta hidupan-hidupan lain mempunyai interaksi ataupun perkaitan yang kuat antara satu sama lain, dimana mereka saling bersaing untuk meneruskan kehidupan, dan dalam persaingan ini mereka juga saling memberi atau menerima manfaat dan juga keburukan.
Kewujudan tumbuhan, haiwan, serangga dan manusia serta semua makhluk di alam ini adalah melalui penciptaan Yang Maha Pencipta, yang mempunyai segala kekuasaan. Penciptaan makhluk oleh Allah s.w.t. adalah fakta yang berdasarkan ilmu menurut Islam. Sumber wahyu Al-Quran dan Sunnah Nabi jelas menyatakan bahawa Allah adalah Pencipta sekalian makhluk.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

ZIKIR ASMA UL HUSNA

Oleh: Mohamad Sukri B Mohd Mabror

PENDAHULUAN
NAMA-NAMA Allah adalah ibarat batu-batu permata yang menghiasi makhkota atau puncak keimanan dalam islam. Tentang ini hadith riwayat Bukhari menyebutkan: Allah Yang Maha Tinggi mempunyai 99 Nama dan sesiapa yang mempelajarinya akan masuk syurga.
Mempelajari nama-nama Allah dan menghafalnya di dalam zikir siang dan malam adalah menjadi satu tugas utama bagi setiap manusia. Setiap satu dari nama Allah ini mengandungi makna yang berlainan. Di dalamnya tersebunyi rahsia yang antaranya diketahui oleh orang-orang yang beriman, ada pula Cuma diketahui oleh para rasul dan ada pula yang menjadi rahsia mutlak Allah S.W.T sahaja. Diriwayatkan bahawa sekurang-kurangnya satu dari nama-nama Allah ini hanya diketahui oleh Rasulullah s.a.w. dan Allah sahaja.
Di dalam Al-Quran Allah berfirman: Katakalah:
Serulah Allah atau serulah Yang Maha Pemurah. Dengan nama apapun engkau memanggilNya, Dia memiliki Nama-nama Yang paling Indah. (Bani Israil:110)
Ayat ini menerangkan bahawa Allah S.W.T mempunyai banyak nama dan orang-orang yang beriman boleh memuji Allah dengan menyebut mana-mana satu daripadanya. Semua nama-nama Allah ini mengadungi sifat-sifat Allah dan jester menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mempelajari dan memahami nama-nama Allah ini.
Asma ul Husna yang pertama ialah Bismillah Hir Rahman Nir Rahim yang bermakna Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.
Kita membaca Bismillah Hir Rahman Nir Rahim untuk memulakan apa-apa jua perbuatan. Bila bangun tidur, sebelum makan, sebelum berjimak, sebelum memulakan pekerjaan, sebelum berucap dan sebagainya hendaklah kita mulaka dengan Bismillah.
Cara yang terbaik untuk memulakan hari kita dengan membaca Auzubillahhi Minasy syaitan Nirrajim, Bismillah Hir Rahman Nir Rahim. Ia akan membantu mensucikan hati kita dan menenangkan jiwa seta Allah akan dekat dengan kita da Dia akan melindungi kita.
Dia mengurniakan keberkatan kepada isteri atau ibu yang berkata Bismillah.sebelum mula masak, sebelum menghidang dan sebelum makan. Kita mestilah membaca Bismillah…agar kita Berjaya di dalam setiap pekerjaan kita.
Orang islam membaca Bismillah…setiap kali mereka memulakan pekerjaan kerana mereka melakukan sesuatu dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

ZIKIR ASMA UL HUSNA

Cahaya Penawar, Pelindung Dan Pencapai Hasrat Keperluan Harian

INI kisah tentang seorang tua. Kampungnya telah dikepung oleh pengganas. Penduduk berasa amat takut dan bimbang. Sambil berdoa dan mengharap pertolongan Allah, mereka terus mengucap “La ilaha illallah”. Sesuatu yang aneh berlaku dan kadaan tiba-tiba berubah.
Orang tua yang telah menjangkau 65 tahun itu mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan dari luar. Malam itu mereka bertolak. Mereka terkejut kerana musuh tidak ada di luar pintu keluar. Namun mereka masih berjaga-jaga mana tahu akan diserang hendap pula, lalu mereka membaca Ya Khaliq sambil memohon bantuan Allah.
Dengan Kuasa Allah S.W.T, mereka melihat beberapa orang lelaki yang berpakaian serba putih dan menunggang kuda putih tebang kearah mereka.”Malaikat datang membantu kita, ” kata lelaki tua itu. Ketika itu juga mereka melihat pasukan musuh dimusnahkan oleh ‘farishta’ itu.
Dalam pada itu, ketua penjahat telah menemui orang tua dan kumpulannya. Bila hampir sahaja, dia menghunus pedang kepada si tua itu, tetapi tindakannya membuatkan orang tua itu lebih kuat darinya. Sambil membaca Ya Qahhar dia menusuk pedang sepenuh tenaga sehingga darah keluar dari tangan ketua penjahat itu.
Kisah benar ini berlaku 60 tahun yang lalu dan yang menceritakan kisah ini ada bersama kumpulan itu. Dari pengalaman ini, beliau yakin nama-nama Allah mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit, memenuhi keperluan dan melindungi muslim dari bahaya, insya Allah.

ALLAH
(TIDAK ADA YANG LAIN MELAINKAN DIA)
NAMA Allah adalah nama yang teragung bagi Pencipta segala makhluk dan tuan alam semesta ini. Nama ini adalah nama umum bagi ALLAH S.W.T dan dengan nama inilah ALLAH memperkenalkan diriNya kepada manusia.
Allah S.W.T telah memberi ilmu kepada manusia bahawa Dia adalah Esa dan segala pujian hanya layak untukNya. Perkataan ‘Allah’ adalah keterangan secara kasar tentang zarah/zat Allah S.W.T. Roh manusia dan jasad manusia semuanya adalah zat. Jiwa atau roh megembara dari bumi ke punca kejadian selepas matinya anak adam itu dalam bentuk zat ‘tenaga’. Dengan cara yang sama perkataan Allah menerangkan kandungan zat pencipta kita.
Mulakan dengan Bismillah
Bila menyebut atau membaca nama-nama Allah, hendaklah seseorang itu memulakan dengan menyebut Asma ul Husna yang pertama iaitu Bismillah hir rahman nir rahim.
Setelah menyebut nama-nama Asma ul Husna, bacalah selawat keatas Nabi sekali lagi dan selawat seharusnya dibaca sekurang-kurangnya sekali sebelum dan selepas membaca Asma ul Husna.
Para wali mengatakan apabila kita membaca selawat, malaikat mendatangi kita untuk menyampaikan pesanan kita tetapi apabila kita terlupa untuk berselawat, pesanan itu tertinggal di dunia. Selawat ini hendaklah dibaca sekali atau 10 kali atau 100 kali sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah yang terbaik ini.
Doa dimakbulkan
Sesiapa yang membaca Ya Allah 5000 kali setiap malam dengan penuh khusyuk, insyaAllah apa sahaja yang diinginkan atau dipinta akan dimakbulkan.
Nama Allah S.W.T boleh dibaca 5000 kali untuk mendapat rezeki atau kekuatan jiwa dan mental. Malah dikatakan siapa yang menyebut Ya Allah setiap hari dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah S.W.T, kekayaan akan datang mencurah-curah dari setiap penjuru.
Namun pastikan perbuatan anda selari dengan doa anda kepadaNya.

AR RAHIM
(MAHA PENYAYANG)
AR-RAHIM, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah Yang Pengasih penuh dengan kasih saying kepada makhlukNya. Di akhirat kelak sifat Ar-RahimNya akan dinikmati oleh orang-orang mukmin dengan cara yang tidak dapat mereka gambarkan sekarang.
Melembutkan hati
Bacalah Ya Rahim 100 kali sehari jika mampu, 100 kali selepas setiap solat fardu. Insya Allah, hati anda akan menjadi lembut dan anda akan menyayangi orang lain.
Menjauhi bahaya
Sesiapa yang takut sesuatu menimpa yang buruk akan menimpanya, baca Ya Rahman Ya Rahim 100 kali, insya Allah ia akan dilindungi dari perkara yang tidak diingini.
Ketika memerlukan pertolongan
Selepas solat Asar pada hari Jumaat, baca Ya Rahman Ya Rahim secara berterusan di tempat yang sama dimana anda megerjakan solat Asar tadi. Bacaan hendaklah diteruskan sehingga 10 atau 5 minit sebelum masuk waktu Maghrib dan kemudian mintalah doa untuk menyelesaikan kesusahan yang anda sedang hadapi atau pertolongan yang sangat-sangat anda kehendaki, insya Allah akan dimakbulkan.
Nota:
Selagi anda sedang membaca kalimah Ya Rahman YaRahim ini secara berterusan, anda tidak boleh bercakap dengan sesiapa dan pandangan anda hendaklah tertumpu ke tempat sujud sahaja
Sakit yang tidak sembuh
Baca Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dari Asar ke Maghrib selama 41 hari, kemudian hembus kepada orang yang sakit atau sendiri jika anda mengidap sakit yang tidak boleh sembuh Insya Allah sakit itu akan sembuh.

AL-MUHAIMIN
(MAHA PELINDUNG/PENJAGA)
AL MUHAIMIN, Yang Maha Mengambil Berat atau Menjaga atau melindungi. Ertinya Allah S.W.T mentadbir dan menjaga segala sesuatu.
Membersihkan perwatakan
Sesiapa yang mengamalkan solat sunat 2 rakaat atau sunat nafil (terutama di tengah malam) kemudian membaca Ya Muhaimin 100 kali, jiwa dan jasadnya akan dibersihkan. Hatinya akan menjadi suci dengan cahaya keimanan bersinar di wajahnya. Ertinya cahaya yang bersinar di hatinya akan terpancar dari wajahnya.
Kuat ingatan
Baca Ya Muhaimin 145 kali selepas solat Isyak, insya Allah anda akan memperolehi daya ingatan yang kuat. Mereka yang lemah daya ingatannya hendaklah sentiasa membaca kalimah ini145 kali supaya daya ingatan dan hafalannya bertambah baik, insya Allah.
Pelindung diri
Selepas berwuduk atau mandi sunat untuk solat jumaat, kerjakan solat sunat 2 rakaat dan baca Ya Muhaimin 115 kali, insya Allah anda akan dijauhi perasaan bimbang sehingga jumaat yang berikutnya.
Mempelajari rahsia illahi
Allah S.W.T mengajar kita rahsiaNya jika kita membaca Ya Muhaimin di sebarang waktu atau hari, insya Allah dan jika anda membacanya 101 kali bila-bila masa ketika anda inginkan sesuatu, insya Allah keinginan anda tercapai.

AL-JABBAR
(MAHA PERKASA)
AL-JABBAR, Penguasa Yang Mutlak, Penguasa Yang Agung, Yang Maha Mempunyai Kuasa. Yang Maha Perkasa tidak mempunyai sebarang kekurangan dan melakukan sesuatu mengikut janjiNya. Al-Jabbar juga membaikkan keadaan khalifahNya di muka bumi. Al-Jabbar yang Maha Berupaya dan Berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya memulihkan sesuatu yang telah rosak dan mengembalikannya kepada rupa asal mereka.
Menahan dari melakukan perkara-perkara terlarang
Bila Ya Jabbar dibaca, ia menghalang anak adam itu melakukan sesuatu yang haram atau telarang.Baca kalimah ini bila rasa ingin melakukan sesuatu yang ditegah syariah.
Bila keinginan itu menjadi kuat, bacalah Al-Jabbar berkali-kali dengan penuh keyakinan dan khusyuk, insya Allah ia akan membantu apabila iman kita lemah.
Bacalah kalimah ini juga membantu anda menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak anda sukai, dan anda tidak akan terdedah kepada keganasan, kesukaran dan keburukan.
Menghukum pesalah
Siapa yang membaca Ya-Jabbar 206 atau 226 kali di waktu pagi dan petang setiap hari, insya Allah orang jahat tidak akan mempengapakannya dan Allah S.W.T akan menghukum mereka yang berniat jahat.
Pelindungan dari musuh
Murid tuan-tuan guru biasanya membaca Al-Jabbar 100 kali selepas solat asar untuk melindungi diri dari musuh dan kuncu-kuncunya. Pembacanya juga akan disayangi orang.
Menghindari sumpahan
Jika takut orang melakukan sumpahan tanpa sebab terhadap anda, baca Ya-Jabbar 206 kali dan insya Allah anda akan terlindung darinya. Jika membaca kalimah ini 216 kali, anda akan terselamat dari orang jahat didalam urusan perniagaan atau kehidupan harian.
Menghendaki kemuliaan
Tulis Ya-Jabbar di atas sekeping kertas dan pegangnya di tangan kanan. Bila bertemu orang untuk urusan penting, anda akan dimuliakan. Boleh ditulis di atas jam ataupun cincin anda.

AL-KHALIQ
(MAHA MENCIPTA)
AL-KHALIQ, Pencipta Yang Maha Kuasa. Yang mencipta dari tiada kepada ada. Yang tidak wujud tiba-tiba saja menjadi wujud. Dialah yang mencipta segala sesuatu di ala mini tanpa bantuan atau tanpa rujukan.
Bantuan malaikat
Bila membaca Ya-Khaliq di tengah malam, Allah S.W.T akan menghantar malaikat untuk membantu anda memilih jalan yang benar di dunia ini sehingga ke hari kiamat. Anda juga akan mendapat ganjaran yang tinggi bagi amalan yang dilakukan malaikat itu. Tegasnya, Allah S.W.T menciptakan malaikat untuk membantu anda, allamdulillah.
Mendapat barang yang hilang
Baca Ya Khaliq 5000 kali jika kehilangan harta atau orang yang disayangi, insya Allah barang itu akan dijumpai atau orang yang disayangi itu akan kembali.
Menahan marah
Jika anda mempunyai rakan sepejabat yang khianat kepada anda dan membuat anda marah kepadanya, baca Ya Khaliq untuk menamatkan persengketaan ini. Baca sebanyak mana yang anda suka antara solat sunat Subuh dengan solat fardhu Subuh, insya Allah kebenaran akan tiba dan adalah yang memperoleh kemenangan.
Mendapat makanan dan zuriat
Bagi mereka yang tidak mempunyai makanan atau anak, bacalah Ya Khaliq 125 kali selama yang perlu (sebanyak mana hari yang perlu) insya Allah anda akan mendapat apa saja yang dihajatkan. Bacalah di waktu antara solat sunat Subuh dengan solat fardhu Subuh.
Terselamat dari bahaya
Untuk dilindungi dari sebarang bahaya, baca Ya Khaliq 100 kali bila anda rasa terancam. Insya Allah, anda akan selamat. Ini juga akan membantu membersihkan diri anda.
Membersihkan jiwa
Di tengah malam ketika semua orang tidur, bangunlah dan sebutlah Ya Khaliq 731 kali, insya Allah jiwa dan jasad anda akan dibersihkan dan cahaya kebenaran akan memancar di wajah anda.

AL-QAHHAR
(MAHA MENUNDUKKAN)
AL-QAHHAR, Yang Maha Agung memiliki segalanya di dalam kekuasanNya. Memerintahkan khalifahNya. Menakluki seluruh alam. Tidak semua orang dapat menggunakan nama Allah ini kerana mereka yang berniat jahat tidak akan mendapat manfaat bagi dirinya sendiri.
Al-Qahhar ermaksud penguasa yang menguasai segala-galanya.
Menghapuskan keinginan dunia
Baca Ya-Qahhar 306 kali dan Allah S.W.T akan membunuh kecintaan anda terhadap perkara-perkara keduniaan. Malah anda akan memuja dan mengagungkan Allah S.W.T sahaja setiap masa. Anda juga akan dilindungi dari musuh.
Dukurnikan hajat
Jika berhajat sesuatu, baca Ya-Qahhar 100 kali kemudian angkat tangan ke langit dan mintalah apa-apa yang dihajatkan, insya Allah doa anda akan dimakbulkan.
Menghentikan perbuatan buruk
Orang yang mempunyai niat jahat atau sentiasa mengerjakan amalan jahat hendaklah sentiasa membaca Ya-Qahhar sepanjang siang atau malam, insya Allah ini akan menyekatnya dari meneruskan perbuatan jahatnya.
Kecintaan untuk mengerjakan solat
Mereka yang tidak menunaikan solat fardhu lima waktu kerana ikatan mereka kepada urusan dunia boleh menyembuhkan diri dengan membaca Ya-Qahhar 100 kali setiap hari. Insya Allah ia akan mempunyai masa dan keinginan untuk beribadah dan akhirnya dapat menyelesaikan masalah ini.

AL-FATTAH
(MAHA PEMBUKA)
AL-FATTAH, membuka rahmatNya kepada semua hamba-hambaNya. Membuat kejayaan dan kemenangan mudah dengan rahmatNya. Dia Maha Membuka jalan.
Menghindari cinta dunia
Selepas solat Subuh, letakkan tangan di dada dan baca Al-Fattah 71 kali setiap hari. Insya Allah, hati akan dibersihkan dari perkataan-perkataan jahat. Kecintaan kepada dunia akan berkurangan dan ini menjadikan urusan anda sangat mudah.
Supaya terbuka hati
Untuk membuka hati (tidak bersikap terbuka atau meyembunyikan sesuatu yang patut diketahui dan untuk merasa yakin dan tetap iman) bacalah Ya-Fattah.
Berjaya di mahkhamah atau dalam peperiksaan
Selepas solat fardhu Isyak, lakukan solat sunat hajat 2 rakaat dan kemudian baca Al- Fattah 489 kali. Insya Allah anda akan berjaya.

AL- HAQ
(MAHA BENAR)
AL-HAQ, Yang Maha Benar. Kebenaran Allah adalah yang abadi dan tidak akan berubah hingga bila-bila.
Bertambah keimanan
Bacalah Ya-Haq setiap hari dan iman anda akan bertambah. Innsya Allah.
Mencari barang hilang
Baca Ya-Haq beberapa kali dan baca 21 kali di dalam doa, insya Allah anda akan menjumpai semula barang yang hilang.
Menghindari penjahatSiapa yang takut orang akan berbuat jahat kepadanya, bacalah Ya Haq 21 kali setiap hari dan insya Allah anda akan dilindungi.

AL-HAYYU
(MAHA HIDUP)
AL-HAYYU, Yang Maha Hidup. Kehidupan Allah S.W.T adalah abadi, tiada mula dan akhir. Dia tidak bergantung kepada sesuatu pun untuk hidup. Sebagaimana makhluk yang bergantung kepada makanan, minuman, udara dan sebagainya.
Agar umur panjang
Baca Ya Hayyu 3000 kali sehari setiap hari dan anda akan diberkati dengan umur panjang. Insya Allah.
Berlindung dari kemurkaan Allah S.W.T
Ertinya:
Ya Allah! Bila semua telah mati, Engkau tetap hidup! Bila yang mati dibangkitkan, Engkau masih tetap hidup! Aku bermohon hanya kepadaMu Ya Allah!
Apabila Allah S.W.T sedang menurunkan kemarahanNya, bacalah doa diatas. Nabi Yunus a.s dan pengikutnya membaca doa di atas tatkala awan hitam menurunkan api ke atas mereka, lalu Allah S.W.T memerintahkan awan menurunkan hujan lalu hujan pun turun.
Melakukan pekerjaan merbahaya
Baca Ya Hayyu 11 kali di tempat kerja dan insya Allah anda akan dilindungi dari kemalangan dan sebagainya.
Menghindari sifat munafik
Agar tidak terjurumus kepada kesesatan, munafik, berperasaan hasad dengki, tamak dan bongkak, bacalah Ya Hayyu sebanyak yang termampu setiap hari. Insya Allah anda akan mendapat cahaya kebenaran illahi dan iman akan menjadi semakin kukuh.
Ya Hayyun Ya Qayyum
Baca Ya Hayyun Ya Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara
I. Orang akan mendengar kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda
II. Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan
III. Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.
Ketika sangat memerlukan atau dalam kesusahan

Sentisa baca Ya Hayyun Ya Qayyum Birahmatika Astikhizu.
Ertinya:
Wahai Yang Maha Hidup, Yang Kekal dan Yang Tidak bergantung. Dengan limpah rahmatMu, berilah aku pertolonganMu.

AL-QAYYUM
(MAHA BERDIRI SENDIRI)

AL-QAYYUM, wujud dengan sendirinya. Nabi Isa a.s membaca Ya Qayyum dan menghidupkn Lazarus yang mati.

Meningkatkan martabat
Baca Ya Qayyum di sekitar tiga per empat malam, insya Allah anda akan menjadi orang yang sangat dihormati.

Memperolehi kemenangan
Baca Ya Qayyum banyak kali ketika sujud, Allah S.W.T akan memberi anda kemenangan, insya Allah.
Nabi Muhammad s.a.w. membaca Asma ul Husna ini banyak kali dalam sujud ketiks Perang Badar.

Menghilangkan rasa malas
Baca Ya Qayyum 17 kali dan anda akan mendapat tenaga dan semangat untuk bekerja disamping semua kerisauan akan hilang, insya Allah.

Diberi kebahagiaan
Bila duduk bersendirian, bacalah Ya Qayyum beberapa kali, insya Allah anda akan beroleh kebahagiaan hidup. Boleh dibaca ketika sedang melakukan pekerjaan atau seumpamanya.

Dihormati orang
Baca Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari, anda akan dihormati orang, rezeki dan nasib anda akan bertambah baik, orang akan mendengar kata anda dan anda akan disukai dan dilindungi dari bahaya, insya Allah.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Etika Islam

Oleh: Nurul Najihah bt Mad Rosni

Assalamualaikum.
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan `inayahNya, saya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan ini. Selawat dan salan ruat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga dan semua sehabatnya yang mulia.
Buku yang saya pilih untuk membuat tugasan yang diberikan adalah etiket islam: panduan sopan santun. Tajuk ini dipilih kerana ia mengandungi pelbagai adab-adab islam yang harus dijadikan renungan dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Islam mendidik kita dengan adab sopan dan akhlak mulia.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan tugasan kali ini termasuk keluarga, rakan serta kenalan yang sentiasa memberi peransang dan buah fikiran yang baik.

Sekian.

PENDAHULUAN
Apa itu Etiket?
“sesungguhnya engkau Muhammad memiliki budi yang pekerti yang agung.”
Perkataan etiket bermaksud adab sopan. Istilah etiket berasal daripada bahasa yunani iaitu Ethos yang bererti adab kebiasaan. Pengertian akhlak atau etika berbeza daripada etiket, kerana orang beradab belum tentu dia berakhlak. Seseorang yang bersopan santun, senyum ketika bertemu dan berjabat tangan, dikatakan beradab, tetapi belum tentu dia berakhlak daripada sudut pakaiannya.
Keperluan beretiket dalam keperluan.
1.Menjadi petunjuk ke arah kebaikan dan kebenaran.
Ilmu etiket islam bukan sekadar menjadi petunjuk kepada sesuatu perlakuan. Tetapi ia memberi menfaat kepada kehidupan manusia. Nabi Muhammad S.W.T ialah contoh terbaik, kerana baginda memiliki etiket islam yang unggul. Firman Allah dalam surah al-Quran ayat 4 bermaksud, “sesungguhnya engkau Muhammad S.W.T memiliki budi pekerti yang agung.”
2.Untuk kesempurnaan iman.
Dengan mengamalkan etiket islam, ia menunjukkan kesempurnaan iman seseorang muslim. Apabila iman sempurna, baiklah adabnya. At-Tarmizi meriwayatkan hadis Nabi Muhammad S.W.T yang bermaksud, “ orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya. Dan sebaik-baik antara kamu ialah yang paling terbaik terhadap keluarga ataupun isterinya.”
3.Untuk kemajuan rohani.
Ilmu pengetahuan bertujuan meningkatkan kemajuan rohaniah, mental ataupun spiritual manusia. Darjat orang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu. Orang lebih utama dan dipandang mulia. Orang yang memiliki etiket islam lebih beradab sopan dalam tingkah lakunya. Firman Allah S.W.T dalam surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud, “katakanlah lagi kepadanya, adakah sama orang-orang yang mengetahui atau berilmu dengan orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
4.Mendapat keutamaan pada hari kiamat.
Orang beretiket mendapat kehormatan dan kemuliaan pada hari kiamat. At-Turmizi meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku pada majlisnya pada hari kiamat ialah orang yang baik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara, sombong dalam perbicaraannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya.”

MENJAGA TINGKAH LAKU DI MASJID.
“Orang yang memakmurkan masjid adalah tanda orang tersebut beriman kepada Allah dan hari Akhirat”
1. Pergi ke masjid dalam keadaan tenang. Nabi Muhammad s.a.w. mengajar sepotong doa yang selalu baginda amalkan ketika dalam perjalanan menuju ke masjid yang bermaksud, “Ya Allah! Jadikanlah pada pendengaranku cahaya, penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya, di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah! Berikanlah kepadaku cahaya.
2. Menanggalkan kasut dan melangkah masuk dengan mendahulukan kaki kanan.
3. Ucapkanlah salam kepada sesiapa yang berada di dalam masjid iaitu kepada orang-orang yang tidak bersembahyang.Sekiranya tiada sesiapa di dalam masjid tersebut, maka ucapkanlah “Selamat ke atas kami daripada Tuhan Kami dan atas hamba Allah yang soleh.”
4. Lakukan solat sunat Tahiyyatul masjid iaitu sembahyang kerana menghormati masjid sebanyak dua rakaat sebelum duduk sekiranya sembahyang fardhu berjemaah belum ataupun tidak didirikan.
5. Apabila azan berkumandang sewaktu memasuki masjid, maka berdiri dan jawab ungkapan- ungkapan azan tersebut. Apabila selesai azan, lakukan sembahyang sunat.
6. Apabila memasuki masjid pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, lakukan solat sunat sebelum Jumaat atau qobliah Jumaat secara ringan.
7. Niat iktikaf setiap kali memasuki masjid supaya kita memperoleh pahala.
8. Semasa di dalam masjid, duduk dengan tertib dan menghadap kiblat. Ambil kesempatan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berselawat, berzikir, menyebut nama Allah dan banyakkan berdoa agar Allah S.W.T membuka pintu rahmatNya.
9. Rendahkan suara ketika di dalam masjid untuk menghormati orang yang sedang bersolat.
10. Elakkan daripada melintas di hadapan orang yang sedang bersolat kerana perbuatan sedemikian dilarang.
11. Lakukan urusniaga di luar masjid.
12. Tidak boleh menghunus pedang atau mencabut senjata sewaktu di dalam masjid.
13. Bentukkan saf dengan tertib dan jangan berebut-rebut. Apabila saf dihadapan sudah penuh, bentukkan saf-saf yang baru di belakang. Rapat dan luruskan barisan mengikut tumit.
14. Jangan menghisap rokok di dalam masjid dan jangan membunyikan jari-jemari tangan dan kaki.
15. Bersihkan najis, sampah ataupun kotoran di dalam masjid kerana besar pahalanya.
16. Apabila memasuku masjid, pakai-pakaian yang sopan bagi lelaki ataupun perempuan.
17. Ketika hendak keluar dari masjid, pohon keampunan dan bimbingan Allah S.W.T supaya dipelihara semasa di luar. Berazam untuk kembali.
18. Ucapkan salam kepada orang yang masih berada di dalam masjid.
19. Keluar dari masjid dengan mendahulukan kaki kiri sambil berdoa, “ Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang Qadim daripada syaitan yang terkutuk, ” Dan baca doa berikut, ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kedapaMu daripada kelebihanMu.

4
BERJANJI.
Tunaikanlah janji yang dibuat sama ada dengan orang islam ataupun orang bukan islam.
Ramai orang suka berjanji. Islam membenarkan berjanji berkenaan perkara-perkara baik sahaja. Islam melarang umatnya memungkiri janji. Salah satu ciri orang munafik ialah tidak menepati janji. Sebagai seorang muslim, kita mesti tunaikan janji yang dibuat sama ada dengan orang islam ataupun bukan islam. Contohnya ahli perniagaan yang berjanji dengan pelanggannya mesti menunaikan janji tersebut supaya dia dipercayai, menambah keuntungan syarikat dan pelanggan berpuas hati. Itu adalah kepentingan berjanji. Adab-adab berikut mesti di tunaikan apabila berjanji.
1. Sebarang janji yang dibuat mesti ditunaikan, karana janji ibarat hutang yang perlu dijelaskan. Jangan menyalahi janji tanpa alasan yang munasabah. Apabila kita sering memungkiri janji, orang lain tidak lagi mempercayai kita.
2. Perjanjian tersebut mesti bertujuan baik. Elakkan berjanji berkenaan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T seperti melakukan kejahatan dan menganiaya oranag lain kerana haram hukumnya dan haram juga menunaikan janji itu.
3. Pertimbangkan dahulu janji yang hendak dibuat. Sekiranya merasa janji tersebut dapat dipenuhi, maka boleh berjanji. Sebaliknya, apabila merasa tidak mampu ditunaikan, janganlah berjanji kerana dikuatiri kita akan dituduh mengkianati janji sehingga menimbulkan perasaan tidak percaya kepada kita.
4. Pilih masa dan keadaan yang tenang dan selesa semasa berjanji, supaya jelas perjanjian tersebut dan sempat berfikir berkenaan kemampuan untuk menunaikan janji tersebut. Elakkan berjanji dalam keadaan tergesa-gesa, kerana perjanjian tersebut menjadi tidak serius dan tidak jelas.
5. Berjanjilah dalam keadaan baik dan mesra supaya masing-masing reda dengan janji yang dibuat serta ikhlas untuk menunaikannya dengan sempurna.
6. Apabila seseorang berjanji memberikan sesuatu kepada orang lain walaupun dengan kanak-kanak, mesti dipenuhi dan menghormati janji tersebut.


Diriwayatkan semasa kecil Abdullah Ibnu Amir pernah dipanggil oleh ibunya dan berkata, ibunya akan memberikan sesuatu kepadanya. Rasulullah s.a.w. berada di situ dan bertanya, “ Apa yang kamu niatkan untuk diberikan kepadanya?” Ibu Amir menjelaskan, “saya berniat memberikannya sedikit buah tamar.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “ seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka dosa berjanji ataupun berkata dusta akan dicacatkan buatmu.”

PAKAIAN SOPAN IMEJ MUSLIM.
Pakai pakaian putih.
Manusia memerlukan pakaian bagi menutup tubuhnya. Dalam al-Quran Allah S.W.T menyuruh manusia, khususnya umat islam supaya memakai pakaian. Firman Allah S.W.T dalam surah al-A`raaf ayat 23 yang bermaksud, “ wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadat seperti mengerjakan sembahyang ataupun memasuki masjid, makanlah dan minumlah, jangan melampau-lampaui, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”
Islam tidak mementingkan bentuk pakaian, tetapi pakaian tersebut mesti menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang muslim. Antara adab berpakaian ialah:
1. Berpakaian menutup aurat. Aurat lelaki menurut ahli hukum islam ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita ialah seluruh anggota badannya kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.
2. Pakaian tersebut tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh. Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat-syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan sahaja menampakkan warna kulit, tetapi merangsang nafsu orang yang melihatnya.
3. Pakai pakaian yang tidak ketat supaya tidak menampakkan bentuk tubuh. Pakaian yang ketat menyulitkan pergerakan pemakainya.
4. Tidak menyerupai pakaian golongan bukan islam kerana dikuatiri orang Islam akan meninggalkan keperibadian muslim sendiri. Abu Daud meriwayatkan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “ sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka.”
5. Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya.
6. Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana pakaian sutera haram dipakai.
7. Wanita muslimah perlu melabuhkan pakaian sehingga menutupi kaki. Pakai tudung yang sesuai bagi menutup kepala, tengkuk, leher dan dada.
8. Lelaki tidak boleh memakai cincin emas.
9. Apabila memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan. Apabila meninggalkannya mulakan di sebelah kiri.


SALAM YANG BERKAT
“Apabila dua orang muslim bertemu dan mereka berjabat tangan, Allah akan mengampunkan dosa mereka sebelum mereka berpisah.”
Ucapan salam adalah ucapan khas agama islam. Ucapan salam adalah ungkapan penghuni syurga dan menjadi pengerat hubungan ukhuwwah antara sesama muslim. Allah S.W.T memberkati sesuatu pertemuan yang dimulai dengan ucapan salam. Salam juga dapat membezakan antara pertemuan sesama islam daripada pertemuan orang bukan islam.
Umat islam dituntut memberi salam kepada saudara seagama tanpa mengira kedudukan atau status sosial seseorang. Memberi salam memiliki adab-adab tertentu yang perlu diamalkan, antaranya
1. Ucapkan salam kepada saudara seagama dengan wajah yang manis dan gembira sambil berjabat tangan supaya lebih mesra.
2. Sunnah memberi salam seperti cara yang diajarkan oleh Nabi SAW. Muttafaq`alaih meriwayatkan, daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “ Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit kepada orang yang ramai jumlahnya, dan orang yang lebih muda memberi salam kepada otang yang lebih tua.”
3. Apabila memasuki sesebuah rumah walaupun rumah berkenaan tidak berpenghuni, disunatkan mengucap salam.
4. Apabila memasuki sesuatu majis ataupun meninggalkannya, disunatkan memberi salam kepada tetamu majlis berkenaan.
5. Ucapkan salam kepada ahli keluarga terutama kepada kedua ibubapa setiap kali memasuki rumah, semoga Allah menambah keberkatan kepada seisi keluarga.
6. Disunatkan memberi dan menjawab salam dengan suara yang jelas dan keras, tetapi tidak sampai menggangu orang lain.
7. Seseorang muslin digalakkan memberi salam sebelum memulakan sebarang ucapan atau percakapan.
8. Apabila seseorang muslim memberi salam kepada kita, jawab salam tersebut dengan segera.
9. Mengulangi ucapan salam tiga kali apabila diucapkan di khalayak ramai.
10. Tidak boleh memberi salam kepada orang kafir, ahli kitab ataupun ahli bid`ah.


SOPAN SANTUN KETIKA BERJALAN
“Terdapat lima perkara yang menjadi kewajipan bagi seseorang muslim kepada saudaranya, antaranya ialah menjawab salam.”
Manusia sibuk dengan pelbagai aktiviti kehidupan sama ada di rumah ataupun di luar. Islam mengajar kita etiket yang perlu diamalkan semasa di jalanan. Antaranya adab-adab ialah:
1. Berjalan dengn perasaan rendah diri dan sederhana. Tidak sombong sewaktu berjalan dengan mengangkatkan kepala dan tidak memalingkan muka daripada orang lain dengan rasa takbur.
2. Semas berjalan mesti menjaga pandangan mata sama ada lelaki mahupun kaum wanita.Dalam Islam, sesetengah benda boleh dilihat dan ada yang haram dilihat.
3. Jangan menggangu orang-orang yang sedang menggunakan jalan seperti sengaja bersiul, mengusik, menyapa atau seumpamanya sehingga mereka rasa tidak selesa melalui jalan tersebut.
4. Jangan buang sampah di jalan. Contohnya kotoran dan lebihan makanan supaya tidak menyusahkan orang yang menggunakannya. Jangan membuang air besar atau air kecil di tempat persinggahan manusia termasuk di bawah pokok yang menjadi tempat bernaung dan sebagainya.
5. Apabila seseorang memberi salam kepada kita sama ada kita kenal ataupun tidak, jawab ucapan salam tersebut kerana hukum menjawab salam tersebut adalah wajib. Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “ Terdapat lima perkara yang menjadi kewajipan bagi seseorang muslim kepada saudaranya, antaranya ialah menjawab salam.”
6. Semasa di jalan, berbuat baik sesama manusia dan mengajak mereka membuat kebajikan. Cegah segala kemungkaran yang berlaku mengikut kemampuan kita. Hal ini adalah wajib dilaksanakan oleh setiap muslim.
7. Membuang sesuatu yang menggangu lalu lintas seperti duri, batu, pokok yang tumbang, dahan-dahan pokok yang jatuh dan sebagainya. Ini merupakan sifat mulia dan bernilai sedekah serta membolehkan seseorang muslim masuk syurga.
8. Meberi pertolongan seperti membantu orang buta, orang yang sesat, menegur orang yang berbuat salah dan memberi pembelaan sekadar kemampuan kita kepada orang yang teraniaya.

ADAB BERHIAS

Wanita wajib berhias apabila diminta oleh suaminya.
Dalam kehidupan hari ini, ramai di kalangan umat islam terutamanya wanita, menghiaskan diri secara berlebih lebihan untuk pergi ketempat kerja, ke majlis-majlis keramaian, perkahwinan, dan sebagainya. Wanita lebih suka berhias berbading lelaki. Antara perhiasan yang disukai ialah pakaian, alat solek, barang kemas dan wangi-wangian.
Islam menyuruh umatnya berhias supaya sentiasa dipandang indah danbersih kerana islam adalah agama yang suci. Dalam islam, keindahan berhias diamalkan secara sederhana supaya pemakainya tidak berasa megah atau riak.ketika beribadat, kita digalakkan berhias di samping memelihara kebersihan dan kesucian tempat dan pakaian. Firman Allah S.W.T dalam surah al-A`raaf ayat 31 yang bermaksud, “.. Pakailah pakaian yang indah setiap kali memasuki masjid.”
Etiket- etiket berhias adalah seperti berikut:
1. Umat islam mesti sentiasa kema. Islam lebih memberikan perhatian dan kelonggaran kepada wanita seperti, wanita dibenarkan memakai sutera dan emas, tetapi kedua-dua perhiasan tersebut tidak dibenarkan kepada kaum lelaki. Wanita yang mentaati Allah S.W.T dan berpegang teguh dengan agama, hanya berhias di rumah supaya dinikmati oleh orang lain kerana cara itu adalah perilaku golongan Yahudi yang sukakan kehidupan moden.
2. Wanita wajib berhias sekiranya diminta oleh suaminya.
3. Pakaian dan perhiasan wanita muslimah berbeza daripada wanita jahiliah. Dalam Al-Quran, cara wanita jahiliah berpakaian dan berhias disebut sebagai tabarruj jahiliah. Mereka mendedahkan aurat, perhiasan dan kecantikan kepada lelaki bukan mahram. Mereka mempamirkan gaya lenggang lenggok tubuh sehingga menggairahkan lelaki yang memandangnya. Mereka memakai pakaian yang nipis dan ketat dengan gelang di tangan dan kaki mereka.
4. Kebanyakan muslimah suka bersolek dan memakai wangi-wangian secara berlebih-lebihan terutama apabila keluar bekerja. Ada pula wanita yang memakai gincu bibir sehingga bewarna merah menyala. Rasulullah s.a.w. melarang kaum wanita wangi-wangian sewaktu mereka keluar dari rumah.

ETIKET DI RESTORAN
Suami mengambil makanan untuk isteri sebagai lambang suami penberi nafkah kepada isteri
Restauran adalah tempat yang dikunjungi oleh orang ramai bagi menikmati makanan dan minuman. Kesibukkan kerja dan kesuntukkan masa menyebabkan mereka makan dan minum di restaurant. Kite mesti mengamalkan adat atau sopan santun di tempat makan. Antara sopan santun di restaurant adalah:
1. Masuk kedalam restauran dengan tenang, tidak tergesa-gesa atau tergopoh-gapah supaya tidak menarik perhatian orang yang berada disitu. Tergopoh-gapah adalah salah satu amalan syaitan.
2. Sapalah orang-orang islam yang berada didalam restaurant dengan mesra. Ucapkanlah salam kerana rasulullah s.a.w. menganjurkan kita memberi salam kepada orang islam yang kita kenal ataupu tidak.
3. Duduklah dengan tertib dan sopan diatas kerusi dan meja yang disediakan. Hendaklah bertenang dan jangan merungut ataupun marah kepada pelanggan.
4. Apabila restauran tersebut mengamalkan sistem layan diri, beratur dengan tertip dan janganlah berebut-rebut.
5. Apadila suami membawa isteri ke restauran layan diri, suami digalakkan mengambil makanan untuk isteri yang melambangkan suami sebagai ketua dalam keluarga.
6. Jangan berbuat bising sehingga mengganggu orang lain. Islam menegakkan supaya jangan menyusahkan orang lain sebaliknya menyenangkan hati semua orang.
7. Jaga pandangan mata semasa makan. Jangan membuatkan orang lain curiga dengan pandangan kita. Mereka tidak akan merasa selesa semasa makan.
8. Makan dengan tertip dan jang gelojoh. Jaga adap makan kerana Nabi Muhammad s.a.w. mengajar kita supaya beradap dalam semua perkara.
9. Apabila kita menggunakan sudu atau garpu, makanlah dengan baik supaya bunyi sudu atau garpu tidak terlalu kuat hingga mengganggu orang lain.
10. Akhir sekali, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat menikmati rezeki kurniyaannya.

KEWAJIPAN KEPADA JIRAN
“orang yang beriman kepada Allah berbaib-baik dengan jirannya.”

Sesungguhnya jiran tetangga adalah orang yang terdekat dengan kita. Oleh itu, kita perlu berbaik-baik dan saling tolong-menolong untuk faedah bersama. Menghormati jiran adalah tanda kesempurnaan imam. Imam bukhari meriwayatkan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “ demi Allah! Tidak beriman.’ Lalu baginda ditanya, ‘ siapakah mereka itu wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘mereka yang menggangu jiran tetangga.”
Agama islam mengambil berat soal berjiran, supaya menjadi perhatian semua kaum Muslimin. Rasulullah s.a.w. menjelaskan, malaikat Jibrail selalu mengunjunginya serta berpesan supaya baginda sentiasa berbuat baik kepada jiran.
Rasulullah s.a.w. pernah mengungkapkan tatacara, adab dan kewajipan yang mesti dilaksanakan sesama jiran tetangga. Ibnu Majah meriwayatkan hadis yang bermaksud, “ tahukah kamu hak berjiran? Hak-hak berjiran adalah:
1. Apabila jiran memohon pertolongan daripadamu, maka beri pertolongan sekadar yang kamu mampu.
2. Pinjamkan wang apabila dia memerlukannya.
3. Beri pertolongan kepada jiran yang miskin.
4. Ziarah jiran yang sakin dan gembirakan hatinya.
5. Apabila jiran mendapat kesenangan seperti dinaikkan pangkat ataupun baru pulang dari tanah suci, ucapkan tahniah kepadanya.
6. Apabila jiran ditimpa musibah, kesusahan, kemalangan dan sebagainya, ucapkan takziah. Ungkapkan kata-kata yang menghiburkan hatinya dan memimta dia bersabar dengan musibah yang menimpa. Jangan menambahkan kesusahannya.
7. Apabila jiran ataupun keluarganya meninggal dunia, hantar dan uruskan jenazahnya sehingga ke tanah perkuburan. Jangan bezakan antara kaya ataupun miskin, pegawaibesar ataupun rakyat biasa.
8. Jangan mendirikan rumah lebih tinggi daripada rumah jiranmu sehigga menghalang angin memasuki rumahnya kecuali dengan keizinan atau persetujuannya.
9. Jangan menyusahkan jiran dengan bau masakan enak. Berikan kepadanya sebahagian daripada masakan itu.

MENZIARAHI KUBUR
Ziarahi pusara ibu bapa pada hari Jumaat.
Sesungguhnya kubur adalah tempat istirehat terakhir setiap manusia. Semua manusia akan menjadi penghuninya. Masa sahaja yang amenentukannya. Usia muda tidak menjanim kita dapat hidup lama kerana kematian hadir pada bila-bila masa. Oleh itu, kita perlu ingat kepada kematian walaupun sibuk dengan urusan kehidupan dunia. Hari ini kita menyaksikan orang dikebumikan tetapi esok ataupun lusa mungkin kita pula dikebumikan orang.
Terdapat adab-adab menziarahi kubur yang ditetapkan dalam islam. Antaranya ialah:
1. Menziarahi perkuburan dalam keadaan baik dan sesuai.
2. Digalakkan menziarahi kubur pada hari Jumaat dan seelok-eloknya pada setiap Jumaat.
3. Semasa memasuki kawasan perkuburan, ucapkan salam dan berdoa untuk keselamatan penghuni kubur.
4. Pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat dan disunatkan berwuduk.
5. Selepas berdoa, berdiri seketika sambil bertafakur dengan mengingati kita juga akan menjadin penghuni kubur ini.
6. Tanah perkuburan adalah tempat untuk menginsafi diri, mengambil iktibar dan mengenang kematian. Elakkan daripada bersenda gurau, menghisap rokok, bersuka ria, membuat bising dan meninggikan suara dengan berbual-bual kosong.
7. Tidak dibenarkan mencium-cium, mengusap-usap kubur dan batu-batu nisan, kerana perbuatan itu adalah adab atau amalan nasrani.
8. Jangan menyebut berkenaan diri mayat kecuali perkara-perkara yang menyentuh kebaikannya sahaja.
9. Disunatkan pada orang yang menziarahi kubur supaya membaca ayat-ayat suci Al-Quran seperti surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan Yassin.
10. Untuk wanita yang ingin menziarahi kubur, selain disunatkan berwuduk dan berpakaian menutup aurat, tidak digalakkan berhias dan memakai perhiasan secara berlebih-lebihan.
11. Tidak boleh duduk di atas batu nisan dan memijak kubur.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com