Tuesday, March 31, 2009

Pendidikan Akidah

Oleh: Affandi B Mohamad Zaki

Pendahuluan

Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.

Matlamat dan Objektif Pendidikan Akidah

•Mengakui keesaan Allah swt

Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelakan oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya? (al-Ikhlas : 1-4)

Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt. Ayat ini diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan Akidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa manusiatentang keesaan Allah swt.
Pendidikan akidah juga penting untuk mendidik manusia supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keagongan Allah s. w. t. Ini bagi membolehkan lahirnya manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah s. w. t.


•Membentuk keperibadian insan

Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan air kandungannya maka demikianlah akidah dapat membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang tulen dan asli seperti yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan akidah dapat membentuk sifat-sifat nalurinya, akal fikirannya, iradahnya dan perasaannya. Ringkasnya pendidikan akidah bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan suluk amali atau gerak laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini.

Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987), Akidah Islam ialah akidah yang bersumberkan ketuhanan (akidah Rabbaniyyah) yang tetap, syumul, menyeluruh dan fitrah. Tabiat akidah yang demikian ialah akidah yang kukuh dan teguh. Hanya akidah yang teguh sahaja dapat membentuk manusia yang teguh dan kukuh. Kekukuhan dan keteguhan akidah ialah kerana kekukuhan dan keteguhan ciri-ciri yang menjadi kandungan akidah itu, yang merangkumi segala hakikat iaitu hakikat ketuhanan, hakikat alma semesta dan hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan. Kekukuhan akidah inilah yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam. Itulah hakikat kekuatan umat Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi asas kepada kekuatan jasmaninya.

Di dalam sejarah kegemilangan umat Islam yang silam kita mendapati bahawa umat Islam di masa itu telah dibentuk dan dididik oleh akidah yang akhirnya melahirkan kekuatan yang sungguh kental dan luar biasa. Kita lihat sahaja kepada Bilal, bahawa akidah telah memberikan kekuatan kepadanya. Abdul Rahman bin Auf dan Osman bin Affan sanggup membelanjakan hartanya kerana mempertahankan Islam sehingga tiada apa lagi yang dimiliki melainkan Allah swt dan Rasul. Ali bin Abi Talib sanggup mempertaruhkan nyawanya kerana Rasulullah saw dan banyak lagi contoh-contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw hasil dari pendidikan akidah yang mantap.


Definisi Akidah

Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu ?aqada yang bererti ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan.

Sementara dari segi istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai.

Akidah menurut istilah syara? pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara? iaitu beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat.


•Hakikat Iman

Dalam menjelaskan definisi akidah ada disebut perkataan kepercayaan atau keimanan. Ini disebabkan Iman merupakan unsur utama kepada akidah. Iman ialah perkataan Arab yang bererti percaya yang merangkumi ikrar (pengakuan) dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mempraktikkan dengan perbuatan.

Walaupun iman itu merupakan peranan hati yang tidak diketahui oleh orang lain selain dari dirinya sendiri dan Allah swt namun dapat diketahui oleh orang melalui bukti-bukti amalan. Iman tidak pernah berkompromi atau bersekongkol dengan kejahatan dan maksiat. Sebaliknya iman yang mantap di dada merupakan pendorong ke arah kerja-kerja yang sesuai dan secucuk dengan kehendak dan tuntutan iman itu sendiri.


Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam juga dikenali sebagai rukun-rukun Iman iaitu sebanyak enam perkara :

Pertama : Beriman kepada Allah swt.

Kedua : Beriman kepada Malaikat.

Ketiga : Beriman kepada kitab-kitab.

Keempat : Beriman kepada Rasul-Rasul.

Kelima : Beriman kepada Hari Kiamat.

Keenam : Beriman kepada Qada? dan Qadar.


•Hubungan Iman dan Islam


Iman dengan makna tasdiq juga dinamakan akidah di mana rahsianya tidak diketahui sesiapa melainkan orang berkenaan dan Allah swt. Namun demikian manusia mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat dilihat melalui tingkah laku manusia sama ada melalui percakapan atau perbuatan. Inilah yang menjadi ukuran keimanan seseorang. Adapun segala yang tersirat di dalam hatinya terserah kepada Allah swt.

Iman yang melahirkan penyerahan diri kepada Allah itu juga disebut sebagai Islam. Ini bermaksud seseorang yang beriman hendaklah menyerah diri kepada Allah swt dengan menerima segala hukum dan syariat yang diturunkan Ilahi. Penyerahan dan penerimaan ini berlaku dengan dua perkara iaitu (i) dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan Iman (akidah) dan (ii) melalui sifat-sifat lahiriah iaitu melalui perkataan dan perbuatan (amalan) dinamakan Islam.



Kesimpulannya Iman itu melambangkan sesuatu yang batin sementara Islam melambangkan sesuatu yang zahir. Oleh itu iman dan Islam tidak boleh dipisahkan. Islam umpama pokok sementara Iman umpama akar. Ibadat solat merupakan batang kepada pokok itu sementara beriman kepada Allah swt merupakan akar tunjangnya di mana ia menjadi teras keimanan seseorang. Pemisahan Iman dan Islam samalah kita memisahkan pokok dari akarnya.



• Peringkat-peringkat Iman


Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Malah Iman seseorang boleh dihinggapi penyakit. Ada Iman sentiasa bertambah iaitu Iman para Nabi dan Rasul. Ada Iman yang tidak bertambah atau berkurang iaitu Iman para Malaikat. Ada Iman yang kadang-kadang bertambah dan ada ketikanya menurun iaitu Iman kebanyakan orang mukmin. Terdapat juga jenis Iman yang jarang-jarang bertambah tetapi banyak menurun iaitu Iman orang-orang yang fasik lagi jah


 Iman terbahagi kepada lima peringkat:

1) Iman Taqlid iaitu Iman ikutan. Orang yang beriman secara taqlid beramal semata-mata mengikut orang lain. Iman jenis ini merbahaya dan terdedah kepada kesesatan.

2) Iman Ilmu iaitu Iman yang berdasarkan semata-mata kepada ilmu dan fikiran semata-mata dan ia tidak terpahat di dalam hati. Iman pada tahap ini juga terdedah kepada bahaya dan penyelewengan.

3) Iman Ayyan iaitu Iman yang dapat dihayati sehingga ke lubuk hati. Iman pada tahap ini dimiliki oleh orang-orang soleh. Seseorang yang beriman pada tahap ini amalannya bertolak dari hati yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Iman kita juga sekurang-kurangnya berada pada tahap ini.

4) Iman Hak iaitu Iman yang hakiki yang terlepas dari godaan nafsu dan syaitan. Iman pada tahap ini dimiliki oleh golongan muqarrabin.

5) Iman Hakikat iaitu Iman peringkat yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Mereka yang memiliki Iman pada tahap ini hidup semata-mata untuk Allah s. w. t.


Kesan Akidah Islam


1) Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai kepribadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut:

2) Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang maha esa. Lantaran itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allh swt. akidah islam melahirkan insan soleh. insan yang melakukan apa saja yang diperintahkan olej Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran. Akidah islam juga turut melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji.


3) Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhuk, ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, riak, takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosiol dalam masyarakat.

4) Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah swt supaya mendapat kebahagian di akhirat.

5) Akidah Islam melahirkan Insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai perinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengarauh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian Insan dan masyarakat.


6) Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjah mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.

7) Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan.

8) Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.

9) Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah swt walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya. Keluarga Amar bin Yasir demikian juga. Demikianlah para sahabat sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam seluruh dunia.


Aqidah Islamiyah
Aqidah Islamiyah adalah Iman kepada Allah SWT, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Kiamat, Qada dan Qadar (baik buruknya) dari Allah SWT. Makna Iman adalah pembenaran secara pasti (tashdiq al-jazim) sesuai dengan kenyataan berdasarkan dalil. Jika pembenaran saja tanpa disertai dalil tidak digolongkan Iman, kerana tidak termasuk pembenaran yang pasti kecuali apabila bersumber dari dalil. Jika tidak disertai dalil maka tidak ada kepastian.
Jadi, kalau cuma pembenaran saja terhadap suatu berita tidak termasuk Iman. Berdasarkan hal ini pembenaran harus berdasarkan dalil agar menjadi bersifat pasti, atau agar tergolong Iman. Ini bererti adanya dalil terhadap segala sesuatu yang dituntut untuk diimani adalah suatu hal yang pasti agar pembenaran terhadap sesuatu tadi tergolong Iman. Maka adanya dalil merupakan syarat utama adanya keimanan, tanpa melihat lagi apakah hal itu sahih (benar) atau fasid (rosak).


Dalil Aqidah Islamiyah

Dalil Aqidah Islamiyah itu ada dua macam, iaitu :-
1. Dalil Aqli (menggunakan akal).
2. Dalil Naqli (dari Al-Quran dan Hadis).
Yang menentukan apakah dalil itu aqli atau naqli adalah fakta dari permasalahan yang ditunjukkan untuk diimani. Apabila permasalahannya adalah fakta yang boleh diindera maka dipastikan dalilnya aqli bukan naqli. Namun jika permasalahannya tidak dapat diindera maka dalilnya adalah naqli. Dalil naqli itu sendiri diperoleh dari perkara yang boleh diindera. Maksudnya keberadaannya sebagai dalil tercakup didalam perkara yang dapat diindera. Kerana itu dalil naqli digolongkan sebagai dalil yang layak untuk diimani tergantung pada dalil aqli dalam menetapkannya sebagai dalil.
• Allah SWT - Orang yang mendalami perkara yang dituntut akidah Islam untuk diimani akan menjumpai bahawa Iman kepada (wujud) Allah SWT dalilnya adalah aqli. Alasannya perkara tersebut – iaitu adanya al-Khaliq (Maha Pencipta) bagi segala yang ada - dapat dijangkau dengan panca indera.
• Malaikat - Iman terhadap (keberadaan) Malaikat-Malaikat dalilnya adalah naqli. Alasannya keberadaan Malaikat tidak dapat dijangkau indera. Malaikat tidak boleh dijangkau zatnya dan tidak boleh dijangkau dengan apapun yang menunjukkan atas (keberadaan)nya.
• Kitab-Kitab - Iman terhadap Kitab-Kitab Allah SWT dapat dihuraikan sebagai berikut. Jika yang dimaksud adalah Iman terhadap Al-Quran maka dalilnya aqli, kerana Al-Quran dapat diindera dan dijangkau. Demikian pula kemukjizatan Al-Quran dapat diindera sepanjang zaman. Tetapi jika yang dimaksud adalah iman terhadap kitab-kitab selain Al-Quran, seperti Taurat, Injil dan Zabur, maka dalilnya adalah naqli. Alasannya bahawa Kitab-Kitab ini adalah dari sisi Allah SWT tidak dapat dijangkau (keberadaannya) sepanjang zaman. Kitab-Kitab tersebut adalah dari sisi Allah SWT dan dapat dijangkau keberadaanya tatkala ada Rasul yang membawanya sebagai mukjizat. Kemukjizatannya berhenti saat waktunya berakhir. Jadi, mukjizat tersebut tidak boleh dijangkau oleh orang-orang (pada masa) setelahnya. Namun sampai kepada kita berupa berita yang mengatakan bahawa kitab tersebut berasal dari Allah SWT dan diturunkan kepada Rasul. Kerana itu dalilnya naqli bukan aqli, kerana akal - di setiap zaman - tidak mampu menjangkau bahawa kitab itu adalah kalam Allah SWT dan akal tidak mampu mengindera kemukjizatannya.
• Rasul-Rasul - Begitu pula halnya Iman terhadap para Rasul. Iman terhadap Rasul (Nabi Muhammad s. a. w. ) dalilnya aqli, kerana pengetahuan akan Al-Quran sebagai kalam Allah dan ia dibawa oleh Rasul (Nabi Muhammad s. a. w. ) adalah sesuatu yang dapat diindera. Dengan mengindera Al-Quran dapat diketahui bahawa Muhammad itu Rasulullah. Hal itu dapat dijumpai sepanjang zaman dan setiap generasi. Sedangkan Iman terhadap para Nabi dalilnya adalah naqli, kerana dalil (bukti) kenabian para Nabi –iaitu Mukjizat-Mukjizat mereka- tidak dapat diindera kecuali oleh orang-orang yang sezaman dengan mereka. Bagi orang-orang yang datang setelah mereka hingga zaman sekarang bahkan sampai kiamat pun, mereka tidak menjumpai mukjizat tersebut. Bagi seseorang tidak ada bukti yang dapat diindera atas kenabiannya. Kerana itu bukti atas kenabiannya bukan dengan dalil aqli melainkan dengan dalil naqli. Lain lagi bukti atas kenabian (Nabi Muhammad s. a. w. ) yang berupa mukjizat beliau. Mukjizat tersebut (selalu) ada dan dapat diindera, iaitu Al-Quran. Jadi dalilnya adalah aqli.
• Hari Kiamat - Dalil Hari Kiamat adalah naqli, kerana Hari Kiamat tidak dapat diindera, lagi pula tidak ada satu pun perkara yang dapat diindera yang menunjukkan tentang Hari Kiamat. Dengan demikian tidak terdapat (satu) dalil aqli pun untuk hari kiamat. Dalilnya adalah naqli.
• Qada dan Qadar - Qada dan Qadar dalilnya aqli, kerana Qada adalah perbuatan manusia yang dilakukannya atau yang menimpanya (dan tidak dapat ditolak). Ia adalah sesuatu yang dapat diindera maka dalilnya adalah aqli. Qadar adalah khasiat sesuatu yang dimunculkan (dimanfaatkan) oleh manusia, seperti kemampuan membakar yang ada pada api, kemampuan memotong yang ada pada pisau. Khasiat ini adalah sesuatu yang dapat diindera, maka dalil untuk perkara Qadar adalah aqli


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Keunggulan Ekonomi Islam

Oleh: Affandi B Mohamad Zaki

NON-REKONSILIASI
EKONOMI BARAT DAN DUNIA ISLAM

Sekarang manusia di seluruh dunia sedang melewati detik-detik yang sangat mencemaskan di bawah penindasan dua sistem politik yang berbeza, yang saling terjalin dan dilengkapi dengan senjata nuclear serta alat-alat pemusnah yang lain. Dalam keadaan sedemikian, islam merupakan satu-satunya jalan penyelamat bagi umat manusia. Hanya akidah ilahiah ini saja yang telah bertahan hidup melewati perubahan zaman.

DUNIA ISLAM

Barat telah membahagi dunia kepada potensi industri dan ekonomi menjadi Negara ‘developed’ dan ‘undeveloped’ iaitu maju dan terbelakang. Di dunia islam terdiri dari kelompok-kelompok Negara yang terbelakang dalam ekonomi. Oleh sebab demikian Negara barat yang maju secara ekonomi merasakan berhak untuk memimpin bahagian dunia yang lain.

FASA-FASA KETUNDUKKAN

• Ketundukkan secara politik
Negara-negara barat yang maju secara ekonomi membawa bangsa-bangsa yang terbelakang dibawah pimpinan bangsawan mereka.

• Ketundukan secara ekonomi
Bersamaan dengan kemerdekaan politik negara-negara islam, kekuatan-kekuatan Barat membuat rencana-rencana untuk mempertahankan negara-negara di bawah kekuasaan ekonomi mereka dengan maksud mengekploitasi dan mengeruk bahan-bahan bakunya dengan mudah. Dengan dalih mengatasi permasalahan ekonomi mereka, modal asing ditanamkan di Negara-negara miskin ini, dan hal ini mengakibatkan kedudukan-kedudukan yang strategis pun mereka kuasai.

• Ketundukan kepada sistem barat
Setelah memperoleh kemerdekaan politik, Negara-negara islam melakukan usaha-usaha untuk mengamankan kemerdekaan ekonomi dan mandiri, tetapi gagal melakukan diagnosayang tepat atas penyakit-penyakit ekonomi mereka. Mereka tak dapat melepaskan diri dari genggaman gagasan barat yang terus mengurus ekonomi mereka menurut pola barat.

BENTUK-BENTUK SISTEM EKONOMI BARAT YANG TERDAPAT DI DUNIA ISLAM

1. Sistem Usaha Bebas yang di dasarkan pada kapitalisme.
Negara-negara kapitalis adalah yang pertama sekali menyusup ke dunia islam dan membangunkan basis-basis mereka di sana.
2. Ekonomi Terpimpin yang didasarkan pada sosiolisme.
Dalam rangka perjuangan kemerdekaannya melawan kalonialisme, dunia islam percaya bahawasistem sosiolis sahaja yang dapat melawan system kapitalisme.

Pendukung-pendukung sistem Usaha Bebas menyebutkan kemajuan dan perkembangan yang pesat sekali yang telah dibuat oleh dunia kapitalis dengan mengikuti
kebijaksanaan ini mampu memajukan industrinya dan mempertinggi produksi dalam skala yang sangat luas. Mereka memajukan argument bahawa jika Negara-negara yang terbelakang mahu mencapai kemajuan yang cepat dan mendapatkan hasil-hasil yang diinginkan dalm waktu yang singkat, maka mereka harus mengikuti contoh Negara-negara barat.

Para pendukung sosiolis atau Ekonomi Terpimpin menyetujui bahawa Negara-negara barat tertentu yang mengikuti kebijaksanaan Sistem Usaha Bebas telah mencapai kemajuan besar dalam teknik dan industri, tetapi mereka berpendapat bahawa Negara-negara terbelakang sekarang tidak dapat berharap akan mencapai hasil-hasil yang sama dengan mengikuti sistem ini. Mereka berpendapat bahawa di bawah Sistem Usaha Bebas, Negara-negara terbelakang terpaksa bersaing dengan Negara-negara yang jauh lebih maju.

Ketika Negara-negara Eropah Barat memulakan kemajuan ekonomi mereka, tidak ada saingan ekonomi yang menghalang. Pada waktu itulah keadaan dikehendaki menggunakan Sistem Ekonomi Bebas.

Oleh sebab itu, untuk maju dengan lebih pesat, suatu tatan yang berorganisasi diperlukan dan ini dapat mendasar dan penting bagi Negara-negara terbelakang untuk mendapat memobilisasi semua sumber dan sudah tentu dengan mengikuti kebijaksanaan Ekonomi Terpimpin.

SISTEM-SISTEM EKONOMI BARAT DAN PELUANG BERHASILNYA DI DUNIA ISLAM

Dalam mengadakan perbandingan atas perbagai sistem ekonomi dan menilai peluang keberhasilannya di dunia islam, fakta mendasar yang harus diingati adalah penempatan para pejabat pemerintahan saja tidaklah cukup untuk menjamin pembangunan ekonomi. Perjuangan melawan ketidakmajuan hanya berhasil melalui kerjasama secara aktif dan sokongan seluruh rakyat.

Kesedaran danb semangat dalam masyarakat menunjukkan kemajuan batin dan kemahuannya untuk maju. Dan oleh sebab itu, kemajuan material dan spiritual kaum muslim kaum muslimin haruslah selaras. kedua sistem ekonomi itu telah membawa kemajuan material bangsa Eropah yang selaras dengan aspirasi dan sikap mereka.

Banyak ahli ekonomi yang berurusan dengan ekonomi Negara-negara termundur telah melakuakn kesalahan besar dangan menganjurkan sistem barat bagi perkembangan ekonominya, tanpa mempertimbangkan adakah sistem itu selaras dengan karekteristik Negara-negara itu atau tidak.
Kerana pemerintahan kolonial, ianya ingin menjarakkan dari setiap doktrin atau sistem yang berkaitan dengan kolonialisme. Mereka ingi membangunkan kembali kehidupan social mereka atas dasar sistem yang berkaitan dengan kekuatan-kekuatan kolonial.

PERTENTANGAN ANTARA SISTEM BARAT DAN KEIMANAN ISLAM

Sistem islam tidak akan menimbulkan komplikasi-komplikasi dan akan diangkat atas dasar keagamaan kerana ia disasarkan pada ketentuan-ketentuan agama, yang di hormati oleh seluruh kaum muslimin.

Dalam memperkenalkan suatu sistem tertentu di suatu Negara, perlulah dipertimbangkan perwatakan dan sikap setiap rakyat di Negara itu, serta mempertimbangkan sumber-sumber alam yang dimiliki oleh Negara itu.

SATU-SATUNYA SISTEM YANG DAPAT BERHASIL DI DUNIA ISLAM

Sistem ekonomi islam sahaja yang sesuai. Ini adalah kerana sistem selain islam tidak sesuai dengan psikoligi dan sejarah islam.

Beberapa cendiakawan Eropah mengakui bahawa sistem ekonomi barat konsisten dengan kesedaran. Sebagai contoh cendiakawan barat ialah Jacquas Auestervi yang mengakui kenyataan ini dalam bukunya yang bertajuk Economic Development (Perkembangan Ekonomi), meskipun beliau gagal menggambarkan alasan-alasan yang logik dan keadaan-keadaan yang melahirkan sistem moral barat dan sistem moral islam.

DASAR-DASAR MAZHAB EKONOMI
MASALAH UTAMA MANUSIA MODEN

Masalah dunia yang selalu menjadi perhatian utama manusia moden ialah pertanyaan tentang sistem apa yang paling sesuai untuk membangunkan kehidupan sosial umat manusia.

PERBEZAAN EKSPERIMEN FIZIK DAN SOSIAL

Dalam rangka eksperimen fizik, manusia menemui rahsia-rahsia alam dan juga cara untuk memanfaatkannya. Sebagai contoh manusia telah menemui beberapa jenis ubat yang sangat berguna kepada umat manusia, angkutan tercepat, cara terbaik untuk pimintalan, cara yang lebih mudah untuk mengeluarkan minyak, serta cara yang paling baik dalam pemecahan atom.

Tetapi dalam eksperimen dengan berbagai sistem sosial, manusia belum dapat menggunakannya sepertimana ia mempergunakan eksperimen fizik. Dua jenis eksperimen ini berbeza dalam banyak hal. Dalam melakukan eksperimen fizik, dia dapat mencapai tahap terakhir perkembangannya, tetapi dalam sejumlah eksperimen sosial, ia tidak berasa yakin bahawa ia telah mencapai tahap perkembangannya yang terakhir atau yang ia telah menemukan sistem yang terbaik.

Untuk membuktikan bahawa eksperimen-eksperimen fizik seringkali memberikan pengetahuan yang lengkap sehingga orang itu dapat menangkap fenomena alam serta menemukan hokum-hukum yang releven. Tetapi eksperimen sosial tidak menemukan sistem yang paling baik dan untuk mempergunakannya perlu digambarkan perbezaan-perbezaan dasar utama antara dua jenis eksperimen itu.

KAPITALISME DEMOKRAT

Sistem kapitalisme inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan semua bentuk kezaliman dalam kehidupan ekonomi masyarakat sekarang. Sistem itu menghapus bentuk pemerintahan zalim dan mencampakkan gereja. Untuk memberikan suatu bentuk baru bagi situasi sosial yang ada, ia mengangkat suatu kelas baru bagi manusia.

EMPAT BENTUK KEBEBASAN

• Kebebasan politik
Dalam sistem kapitalis, seorang individu memiliki kebebasan politik, dan pendapatnya dihormati. Dia dapat mengungkapkan pandapatnya mengenai kehidupan sosial dan sistem pemerintahan serta dapat mempengaruhi sistem perundangan. Dia memilih pemerintah untuk berkuasa melindungi kebebasannya. Sistem ini percaya bahawa sistem sosial dilaksanakan demi keuntungan bangsa, dan organisasi pemerintahan perhubungan langsung dengan kehidupan setiap individu secara wajarnya memiliki hak bersuara dan berpartisipasi dalam pengaturan dan pembentukan pemerintahan.

• Kebebasan ekonomi
Setiap orang bebas memproduksi dan mengkonsumi barang dengan sesuka hati. Para pendukung ekonomi jenis bebas ini mengatakan bahawa politik ekonomi didasarkan pada prinsip universal dan dilaksanakan dalam satubcara yang alami, adalah jaminan yang terbaik bagi kemakmuran masyarakat. Sistem ini melindungi dari fluktuasi ekonomi. Kepentingan-kepentingan peribadi, yang merupakan rangsangan utamabagi kegiatan ekonomi, memberikan pelindungan yang paling baik bagi kepentingan-kepentingan kolektif. Hanyalah persaingan pada tingkat produsen dan pedagang, berdasarkan kebebasan ekonomi dan persamaan hak, yang dapat menjamin keadilan dalam berbagai bidang transaksi perdagangan. Hokum alamiah sistem ekonomi bebas seara otomatis mempertahankan harga pada tingkatnya yang normal dan meningkat, maka sesuai dengan hukum penawaran dan permintaan, ketika penawaran bertambah, maka sebagai akibatnya harga akan menurun. Kenaikan harga mengurangi permintaan, sementara berkurangnya permintaan akan menurunkan harga. Dengan itu, di pasar bebas, keseimbangan antara harga dapat dipertahankan secara alamiah.



• Kebebasan berfikir
Orng bebas berpendapat atau mempercayai apa saja. Mereka berhak tidak terbatas untuk berfikir dan membentuk pendapat ereka tentang hal apa pun. Mereka membenarkan apa saja yang mereka anut, sebagai akibat nafsu keakuannya. Pemerintah dianggap tidak berhak mengurangi kebebasan seseorang dalam hal ini, dan oleh kerana itu setiap orang dapat mengikuti, bahkan dapat mempropagandakan pendapat-pendapatnya.


• Kebebasan peribadi
Dari sudut pandangan kapitalis, kebebasan religius bukanlah sebahagian daripada kebebasan berfikir. Tetapi selama ia bersangkut dengan perbuatan lahirih, ia termasuklah di dalam urusan kebebasan peribadi. Seorang individu hanya memerhatikan hal-hal yang menyangkut kepentingan-kepentingan eksistensinya sekarang ini dan di masa mendatang, dan oleh itu dia bebas menempuh kehidupan yang sesuai dengan keinginannya.

KAPITALISME DAN KECENDERUNGAN MATERIALIS

Kapitalisme adalah satu sistem yang ultra-materialisme yang mementingkan keuntungan material dan mengasingkan manusia dari agama dan kerohanian. Meskipun sistem ini merupakan suatu manifestasi yang dangkal dari semangat materialisme, tidaklah ia didasarkan pada sesuatu filsafat materialis. Kapitalis tidak mengajukan alasan-alasan yang sihat untuk material. Kecenderungan metarialis tersebar kerana alasan seperti berikut :-

Semenjak permulaan revolusi industri, yang dipercepat oleh revolusi besar prancis, eksperimen ilmiah memperolehi popularities. Eksperimen ini membawa hasil yang sangat berharga. Penemuan yang tak diduga dalam pelbagai bidang, memastikan manusia menggunakan pengatahuan ilmiah dalam kehidupan seharian.

Sebagai akibat, banyak pendapat yang selama ini diaanggap tak dibantah, ternyatalah salah. Sebagai contoh, terdapat kepercayaan yang popular bahawa bumi merupakan pusat alam semesta. Ketika pendapat-pendapat seperti itu terbukti tidak berdasar. Orang menjadi bingung mengenai semua doktrin yang non-fizik. Sebagai hasil kekacauan pemikiran, sofisme yunani kuno dihidupkan kembali. Semua ini akan menyebabkan materialisme

Pandangan-pandangan religius yang sesat mematikan pemikiran. Semua jenis perbuatan zalim dan tirani dilakukan atas nama agama. Gereja mengekploitasi agama dami kepentingan serakahnya sendiri. Pandangan intelektual dan sosial di tindas. Lembaga inquisisi dibentuk dan diizinkan mempermainkan nasib rakyat. Oleh sebab itu, rakyat memberontak melawan agama dan cenderung kepada materialisme, meskipun dampak-dampak yang dilakukan gereja itu sebenarnya bertentangan dengan roh keagamaan yang sebenarnya.


AKIBAT BURUK KAPITALISME

Berkuasanya kaum mayoritas atas kaum minoritas di mana kepentingannya dikuasai oleh kaum mayoritas. Di bawah cahaya kebebasan politik, dilakukan pemilihan para anggota dewan pembuat undang-undang, tetapi selalunya hak mayoritas yang dinilai dan dihormati.

Dalam masyarakat yang sedemikian, kemunculan dan kelangsungan kezaliman dengan sewenang-wenangnya serta penindasan terhadap hak-hak orang lain, sangatlah wajar. Di zaman kuno, seorang penguasa tunggal yang zalim dapat merompak hak-hak setiap anggota masyarakat, tetapi dalam sistem kapitalis, sebagai ganti seorang penguasa zalim, kaum mayoritas yang ‘suci’ menindas kaun minoritas.

Kebebasan ekonomi dimaklumkan dalam masa revolusi industri. Ilmu pengatahuan telah menemukan alat produksi yang baru, dan semua peralatan yang dijalankan menggunakan tangan dan angin telah dilupakan sama sekali. sesetengah orang memanfaatkan kesempatan ini dan mencapai perubahan yang besar dalam kehidupan sosial di samping mengabil keuntungan dari kebebasan ekonomi ini mereka menambah produksinya secara besar-besaran dengan menggunakan alatan yang baru. Oleh itu, mereka akan berhasil memperolehi keuntungan yang amat besar serta mengekploitasi rakyat yang kecil dan lemah.

Ekonomi bebas mengakibatkan perebutan hak golongan mayoritas yang keterampilannya digantikan oleh mesin-mesin yang baru. Beribu-ribu pekerja yang rajin bekerja dengan menggunakan peralatan yang dioperasikan menggunakan tangan. Kaum minoritas inilah yang dapat mempertahankan kebebasannya. Sebagai akibatnya, lapangan sosial menjadi lahang subur bagi permainan beberapa orang yang memiliki industri moden. Kebanyakan besar anggota masyarakat terpaksa mengalami kehidupan yang sengsara.

SOSIOLISME DAN KOMUNISME

Menurut materialisme macam maek sosialisme, yang paling terkenal dari semuanya adalah Marxisme yang didasarkan pada dialektika materialisme. Ia memilih filsafat khusus untuk menjelaskan dialektikanya.

Menurut materialisme, teori dialetika sama berlaku bagi sejarah, masyarakat mahupun ekonomi, dan oleh sebab itu pentafsirannya berdasarkan alam semesta dan pengajian sejarah mencerminkan pendekatan filosofis yang sama. Dialektika adalah satu pahaman ekonomi nahupun strategi politik. Dengan kata lain, materialisme memberikan suatu bentuk khusus kepada pandangan manusia tentang dunia dan pendekatannya terhadap kehidupan.

Tidak boleh diragukan lagi tentang fakta bahawa filsafat materialisme dan langkah-langah dialektika bukanlah hasil penemuan Marxisme, kerana dalam bidang filsafat, kecenderungan materialis, kadangkala secara terbuka dan kadangkala dalam samaran sofisme, telah terdapat pada ribuantahun yang lalu. Seperti itu pula, sebahagian dari argument-argumen dialektika sudah ada dalam pemikiran manusia. Sebahagian lainnya dikembangkan oleh filosof idealis terkenal, Hegel, Karl Marx, yang mencangkokkan logic dialektika pada filsafat materialis serta cuba menerapkan pada semua kehidupan.

PERUBAHAN PRINSIP-PRINSIP KOMUNISME

Prinsip komunisme mengkehendaki penghapusan kekayaan peribadi secara keseluruhan telah dimodifikasikan. Dan jalan perantara telah ditempuh hanya dengan nasionalis fabric-fabrik besar, perusahaan besar serta perdagangan dari luar negeri. Fabrik kecil serta perusahaan besaran dibiarkan dalam tangan para individu.

Berbagai tingkatan upah ditetapkan. Menyusul modifikasi ini, dikemukakan alasan bahawa perubahan-perubahan itu bersifat sementara dan diciptakan dengan maksud untuk memperoleh kemenangan atas bangsa-bangsa kapitalis membangun manusia yang baru. Jadi, kaum komunis terus mengubah teori mereka untuk mengimbangi kegagalan mereka, dengan berbagai cara. Bagaimana pun juga, selama ini mereka tidak mampu melenyapkan semua prinsip ekonomi kapitalisme. Sebagai contoh, mereka tidak mampu menghapus semua pinjaman berbunga, meskipun mereka memegang prinsip bahawa bunga adalah salah satu kejahatan ekonomi kapitalis yang mendasar. Selain itu, ia juga telah merangkumi di dalam aspek ekonomi.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Sejarah al Hadith

Oleh: W Azuhairi B W Ibrahim

Telah pun diriwayatkan bahawa hadith dilakukan oleh mereka yang dikurniai bakat-bakat yang luar biasa oleh Allah s. w. t. Sebelum diakui sebagai periwayat hadith, seseorang muhaddith harus malalui ujian untuk memastikan kekuatan daya ingatan, kejujuran, pengetahuannya yang luas tentang masalah yang dibahas, kesolehannya dan sifat serta perilakunya yang tidak tercela. Hanya para alim yang memenuhi syarat ini yang boleh diakui sebagai perawi(pengumpul atau periwayat hadith)

Ketika pertama kalinya Imam al-bukhari datang ke baghdad mempelari dan menekuni pengumpulan hadith, beliau telah mendapat ujian daripada para ahli hadith di kota itu. Mereka mengumpulkan 100 hadith yang sahih, lalu mengubah urutan peyampaiannya dengan cara menukar urutan perawi hadith tersebut. Imam al-bukhari diminta untuk menjelaskan mata perawi tersebut satu-persatu dan diminta untuk menyebutkan keselahan jika ada.

Imam al-bukhari berjaya menemukan semua pengubahan dalam hadith tersebut. Tanpa ada rasa takut ia menunjukan bagaimana hadith-hadith tersebut dicampur-adukan dan menunjukan bagaimana cara menyusunnya kembali. Para ahli hadith di kota itu, iaitu para pengujinya telah megesan bahawa Imam al-bukhari mempunyai daya ingatan yang kuat dan mempunyai sifat ingin tahu yang besar. Para hadith terkemuka di Baghdad ini memuji akan semangatnya yang telah berjaya menyelesaikan suatu tugas yang besar.

AL-ZUHRI
Pada zaman pemerintahan Khalifah Hisham, muhaddith terkenal iaitu Ibnu Shihab al-Zuhri juga diuji dengan ujian seakan sama dengan ujian terhadap Imam al-Bukhari oleh Khalifah Hisham. Khalifah Hisham memintaanya menulis beberapa hadith untuk puteranya. Al-Zuhri meminta jurutulis dari istana untuk mencatatkan 400 hadith. Sebulan kemudian, Khalifah Hisyam ingin menguji daya ingatan al-Zuhri, Khalifah Hisham memanggilnya kembali ke istana dan menyatakan bahawa keempat-empat ratus hadith itu yang telah diriwayatkan olehnya telah hilang. Khlifah Hisham meminta al-Zuhri untuk meriwayatkan semula 400 ratus hadith yang telah diriwayatkannya kepada jurutulis istana. Al-Zuhri dengan segera meriwayatkannya kembali kepada jurutulis istana. Setelah selesai meriwayatkan semula semua keempat-empat ratus hadith tidak ada satu pun huruf yang tertinggal dalam 400 ratus hadith yang pertama diriwayatkannya.

RAB’I BIN HARITH
RAB’I BIN HARITH adalah muhaddith terkenal. Ketika pertama kalinya diuji kemampuannya untuk menjadi ahli hadith semua orang dalam kaumnya samada kawan mahupun lawan menguji kejujuran dan kesolehannya. Terdapat seorang musuhnya yang mempunyai parasaan iri hati dan ingin menconteng arang ke mukanya sebagai orang yang jujur. Dengan itu, musuhnya ini pergi menghadap Gabenor Hajjaj bin Yusuf lalu ia memberitahu kepada Gabenor bahawa Rab’I bin Hirith yang akan dinobatkan sebagai muhaddith, mempunyai dua orang anak lelaki yang disembunyikannya menghindari perintah wajib tentara. Musuhnya mengandaikan bahawa Rab’I bin Harith ingin menutup kenyataan ini agar terhindar daripada hukuman mati. Dengan cara ini musuhnya itu berharap agar Rab’I bin Harith akan berbohong tentang kenyataan yang telah di beritahu kepada Gabenor Hajjaj bin Yusuf. Gabenor Hajjaj bin Yusuf memanggil Rab’I bin Harith dan menanyakannya mengenai kedua- dua anaknya. Rab’I bin Harith menjawab bahawa memang benar kedua-dua anaknya itu disembunyikan dirumahnya. Gabenor Hajjaj bin Yusuf menyedari bahawa Rab’I bin Harith tidak berbohong tentang kenyataan itu dan gabenor Hajjaj bin Yusuf telah mengumumkan kepada semua penduduk wilayah kekuasaannya bahawa Rab’I bin Harith adalah seorang sangat jujur dan boleh dipercayai. Dengan demikian, Rab’I bin Harith diakui sebagai muhaddith.

ABU HURAIRAH

IMAM AL-BUKHARI menceritakan bahawa Gabenor Marwan pernah ingin menguji daya ingatan sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah r. a. Gabenor Marwan mengundang Abu Hurairah r. a. datang menghadap dan memintanya menyampaikan sejumlah hadith. Setiausaha Gabenor Marwan menyalin setiap hadith, kata demi kata, baris demi baris yang keluar dari mulut Abu Hurairah r. a.
Setahun kamudian, Gabenor Marwan mengundang kembali Abu Hurairah r. a. dan memintanya mengulangi semua hadith yang telah disampaikannya setahun yang lalu. Setiausaha Gabenor Marwan bersembunyi kerana diberi tugas untuk menyamakan bacaan hadith kali kedua yang disampaikan oleh Abu Hurairah yang telah di salinnya setahun yang lalu. Abu Hurairah r. a. membaca semua hadith yang telah di bacanya setahun yang lalu. Abu Hurairah menbacakan semua hadith tersebut, satu demi satu tanpa ada perbezaan satu huruf pun. Setelah kesemua hadith dibaca olah Abu Hurrairah setiausaha Gabenor Marwan mendapati bahawa tiada satu pun kecacatan pada bacaan kedua dan ia mengesahkan kesahihan apa yang tercatat dalam bukunya yang telah dicatatkan setahun yang lalu.

IMAM AT-TIRMIDZI
Imam at-Tirmidzi merupakan muhaddith yang hilang penglihatan pada usia tua. Perkara yang benar diketahui tentang Imam at-Tirmidzi adalah beliau tidak pernah berhenti mengajar hadith kepada murid-muridnya. Bahkan ketika beliau sedang menunggang unta, beliau sentiasa ditemani oleh murid-muridnya. Suatu hari ketika sedang menunggang unta, Imam at-Tirmidzi berhenti di suatu tempat dan menundukkan kepalanya lalu murid-muridnya bertanya akan mengapa beliau melakukan hal itu. Lalu dijawabnya disitu terdapat satu pohon dan penunggang unta akan terluka jika terkena dahan-dahan ynag rendah jika tidak menundukkan kepala. Murid-muridnya hairan dan menjawab bahawa di situ tidak ada satu pohon pun. Imam at-Tirmidzi menjelaskan bahawa dahulu pada saat dimana beliau boleh melihat, di tempat itu ada sebuah pohan. Jika disahkan bahawa di situ tiada pohon oleh penduduk setempat, beliau akan berhenti mengajar hadith. Sehubungan dengan itu, murid-nurid beliau pergi mencari penduduk lama yang bermukim di desa itu untuk mengesahkan apa yang di katakana oleh Imam at-Tirmidzi adalah benar serta untuk mengelakkan daripada Imam at-Tirmidzi berhenti mengajar hadith. Mengikut penduduk lama itu memang benarlah apa yang dikatakan oleh Imam at-Tirmidzi bahawa terdapat sebuah pohon di situ. Dengan itu, Imam at-Tirmidzi lalu mengucapkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s. w. t di atas apa yang berlaku.

ASMA AL-RIJAL
(Mata Rantai Periwayat Hadith)
RANGKAIAN ujian yang harus dilalui oleh seorang perawi hadith sebelun dia diakui sebagai orang dipercayai untuk menyampaikan hadith merupakan hal yang unik dalam sejarah Islam. Setiap perawi hadith harus membuktikan bahawa dia adalah orang boleh dipercayai dan dapat diterima oleh semua kalangan masyarakat. Selain itu, orang yang menyampaikan hadith kepadanya juga harus orang dapat dipercayai dan diakui oleh semua orang dalam masyarakatnya bahawa dia memang orang yang boleh dipercayai. Disamping itu juga, penyampai hadith sebelum penyampai yang kedua juga harus dapat dipercayai.
Imam al-Bukhari telah merantau dan mengembara ke seluruh dunia muslim untuk mencari rujukan dan mencari jalur mata rantai perawi. Imam al-Bukhari pernah merantau menempuh tiga ke empat ratus batu untuk berjumpa perawi kedua atau ketiga. Ketika beliau sampai ke tempat yang di tuju, orang yang dicarinya sedang sibuk mencari mengajar seekor kuda. Orang itu mencuba mengacah-ngacah kuda itu dengan sebuah bekas seolah-olah bekas itu penuh dengan makanan, padahal bekas itu kosong. Imam al-Bukhari tidak mengambil satu hadith pun daripada orang itu kerana Imam al- Bukhari mendapti bahawa orang itu berani menyiksa binatang dan ini menunjukkan bahawa orang itu juga tidak jujur dengan hadithnya.
Dengan ketelitian dan kecermatan seperti inilah pengumpulan hadith diteruskan oleh sejumlah kecil cendikiawan berdedikasi dari seluruh dunia Islam. Hasil pekerjaan mereka kemudian diterima dan dihormati sebagai kemenangan yang tidak dapat dipertikaikan lagi dalam hal pengumpulan hadith. Bersama-sama perawi yang lain iaitu Imam Muslim, Imam at –Tirmidzi, an Nasa’I, Ibnu Majah dan Abu Daud, Imam al-Bukhari dikenali sebagai “sahih sittah” yang bermaksud “Enam Yang Benar”.
Para perawi atau penyampai hadith yang terdaftar dianggarkan berjumlah sekitar 500, 000 orang. Dari 500, 000 ini hanya 85, 000 diantaranya tercatat dalam buku-buku hadith yang paling terkenal. 85, 000 orang ini berkait langsung dengan pemyampaian hal-hal yang dikatakan, dilakukan dan disetujui oleh Nabi s. a. w untuk umatnya.

KUMPULAN HADITH
OLEH PARA SAHABAT
Para periwayat dan pengumpulan hadith rela berkorban tugasnya. Mereka tidak keberatan mengembara ratusan batu untuk mendapat sebuah hadith daripada seseorang yang dapat dipercayai. Suatu ketika seorang sahabat di Madinah mendengar bahawa seorang sahabat yang terkenal iaitu Abu Darda’, yang tinggal di Damsyik mengetahui sebuah hadith. Sahabat itu kemudian pergi menempuh jarak sejauh itu iaitu dari Madinah ke Damsyik untuk menemui Abu Darda’ dan mendengar hadith tersebut.
Selain itu, contoh lain yang disampaikan oleh Imam al-Bukhari ialah Jabir mendengar bahawa sahabat yang lain, Abdullah bin Unais al-Anshari r. a yang di Damsyik mengetahui sebuah hadith yang didengarnya dari Nabi s. a. w. Namun tidak seorang pun tahu mengenainya. Jabir lalu pergi ke Damsyik dari Madinah. Dia membeli seekor unta dan menempuh perjalanan jauh itu selama satu bulan untuk berjumpah dengar Abdullah bin Unias al-Ashari. Ketika samp[ai ke rumah Abdullah, beliau mengirim pesan untuk memberitahu kepada Abdullah
Bahawa beliau ada di pintu gerbang. Apabila Abdullah mengetahui bahawa Jabir dating untuk melawatnya, iapun bergegas menyambutnya dengan gembira. Selepas itu Jabir menceritakan tujuan dia dating dari Madinah hanya untuk mendengar satu hadith yang di ketahuinya dari Nabi s. a. w. tetapi tidak dipastikan kebenarannya oleh sesiapa pun di Madinah. Lantaran itu Abdullah bin Unais r. a menceritakan hadith yang dimaksudkan kepada Jabir. Setelah Jabir mendengar hadith itu ianya dapat menghilang dahaga dengan ilmu.
Hal yang sedemikian merupakan contoh kesungguhan para cendikiawan dan para pengumpul hadith.

RAJANYA KERAJAAN HADITH

Dalam perpustakaan hadith, Imam al-Bukhari dikenali sebagai raja hadith. Nama penuhnya adalah Abu Abdullah Muhammad Ismail. Ayah yang juga muhaddith, ayahnya wafat ketika Imam al-Bukhari masih kecil. Imam al-Bukhari dibesar oleh ibunya. Ketika kecil dia buta, tetapi ibunya yang solehah berdoa kepada Allah untuk mengembali penglihatan anaknya itu. Ibunya telah bermimpi melihat Nabi Ibrahim a. s. dan berkata kepadanya bahawa doanya dikabulkan oleh Allah s. w. t.
Allah s. w. t akan mengembali pengelihatan anaknya. Ketika terjaga dari tidurnya dia mendapati bahawa Imam al-Bukhari sudah dapat melihat.
Imam al-Bukhari sendiri pernah berkata bahawa pada saat dai mulai membaca dan menulis, Allah mempelihat kepadanya bahawa dia harus mengkhususkan diri kepada penghafalan hadith. Pada usia sepuluh tahun dia meninggalkan yang lain dan mula menumpukan perhatian menpelajari hadith. Untuk tujuan ini dia pergi ke Syiria, Mesir, Hijaz(Arabia), al-Jabir, Basrah Kufah dan Baghdad serta tempat-tempat lain di dunia muslim. Pada usia 18 tahun dia mengabdikan diri untuk menyusun sebuah antologi tentang pengumpulan dan periwayat hadith. Pada kemudian harinya dia menyusun bukunya yang terkenal, iaitu “Sahih al-Bukhari”. Bukunya ini dikenali sebagai buku terbaik dan paling shahih setelah al-Qur’anul Karim.
Pada usia 56 tahun, Imam al-Bukhari pergi keNishapur dan tinggal di sana selama beberapa waktu lamanya sambil mengajar hadith kepada ratusan murid. Namun ada bebarapa orang yang iri hati kepadanya dan menentangnya sehingga dia kembali kepada kampung halamannya di Bukhara. Disana dia terus terlibat dalam kajian-kajian hadith. Imam al-Bukhari wafat da dalam perjalanan pada saat sedang mencari ampunan dan redha Allah s. w. t.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Hak dan Kewajiban Perempuan Dalam Islam.

Oleh: Nor Farhana Nabila Bt Yusoff

Dari pembacaan saya, buku ini telah menghuraikan hak-hak wanita. Hak-hak ini yang sering dipandang rendah oleh masyarakat. Wanita juga kadang kala tidak mangetahui hak-hak mereka dalam kehidupan ini kerana sudah terleka dengan cara hidup sedia ada. Ini juga merupakan salah satu faktor akan kemunduran wanita dalam kehidupan. Selain itu, buku ini juga mengingatkan wanita akan kewajiban-kewajiban wanita dengan Pencintanya, sesama manusia, serta sesama makhluk.

Hasil bacaan saya, saya amat tertarik akan tajuk perbezaan status wanita dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam. Sebelum kedatangan Islam, wanita telah diletakkan pada taraf yang paling rendah malah disamakan dengan binatang!.

Disini saya ingin memberi beberapa contoh status wanita di zaman pra-Islam:
Peradaban Cina
Sebelum kedatangan Konfusius, rakyat cina sangat menghormati keluarga terutama kaum ibu kerana menganggap wanita sebagai penyambung keturunan. Namun, ini hanya berlaku seketika.
System feudal yang diamalkan telah meletakkan wanita sepenuhnya di bawah pengawasan kaum lelaki bagi seumur hidup mereka. Perempuan dipandang sebagai petanda wakil syaitan dan tercela. Suami sentiasa berdoa agar dikurniakan anak lelaki dan isteri akan berasa malu jika gagal melahirkan anak lelaki untuk keluarganya. Ini kerana anak perempuan dianggap beban dan keluarga terpaksa membiayai pernikahan mereka apabila dewasa kelak. Pembunuhan bayi perempuan adalah biasa bagi mereka. Bayi perempuan akan ditinggalkan di ladang serta dibiarkan kedinginan atau menjadi santapan binatang buas.

Setelah berkahwin, wanita harus memberi seluruh perhatian terhadap suami dan keluarga sepenuh hati. Para suami tidak memandang kecantikan atau kepandaian tetapi menilai isteri berdasarkan kesuburannya, kesetiaan serta ketekunan mengurus rumahtangga. Apabila suami meninggal dunia, isteri dilarang untuk berkahwin lagi malah diminta untuk membakar diri sebagai tanda penghormatan keatas mendiang suami.
Peradaban India.

Kitab Weda telah menyangkal hak-hak asasi wanita dan menyarahkan wanita menyerahkan seluruh hidup mereka dibawah kekuasaan lelaki sesuai di bawah kanun
No 147 & 148 hukum “Mane”. Ketetapan No 147 menyatakan sebagai seorang gadis. dia seharusnya mematuhi ayahnya dan sebagai seorang isteri, dia harus mematuhi suaminya. Apabila suaminya meninggal dunia, dia harus mematuhi pelindungnya, apabila pelindungnya meninggal dunia, maka dia harus mematuhi pamannya, jika tiada paman, wanita diletakkan di bawah pelindungan penguasa. Menurut ketetapan No 148, dia tidak memiliki hak kebebasan atau kemerdekaan untuk bertindak sesuka hati.
Wanita India menganggap suaminya sebagai wakil tuhan di muka bumi. Oleh yang sedemikian, mereka amat taat kepada suami. Apabila suami meninggal dunia, para isteri juga turut di bakar hidup-hidup. Mereka percaya apabila isteri berbuat sedemikian, isteri akan dikurniakan hidup yang bahagia selama 35 juta tahun di syurga bersama suami.
Para janda akan selamanya diasingkan dan dibuang masyarakat. Bagi kaum India, janda adalah makhluk yang mengjijikkan dan mengerikan. Hak-hak kemanusian wanita ini diketepikan.

Agama Yahudi.
Perempuan harus tunduk kepada otoritas dan kekuasaaan lelaki sepanjang hidupnya. Para bapa yang tidak mampu untuk memelihara anak perempuannya, maka mereka berhak menjual anak gadis mereka. Anak gadis yang telah dijual tidak boleh ditebus atau dibebaskan. Jika para bapa tidak mahu menjual anak gadisnya tetapi tetap tidak mampu memelihara mereka, sebagai alternatif, anak gadis itu boleh disewakan untuk jangka masa yang dipersetujui.
Apabila wanita berkahwin, mereka memanggil suami dengan panggilan “Ba’iku”, yang bermaksud tuan. Apabila suami telah meninggal dunia, isteri tidak layak memperolehi harta suami malah dia perlu menjadi isteri pada waris suami yang mahu mengahwininya. Dika tiada seorang pun dari wakil suami tidak mahu mengahwininya serta mempunyai apa-apa hubungan dengan wanita tersebut, maka waris suami berhak untuk menjual wanita berkenaan.
Wanita dianggap kotor setelah melahirkan anak. Bilangan hari kehinaan mereka bergantung kepada jantina anak yang dilahirkan. Bagi anak lelaki, mereka dianggap kotor selama 7 hari dan tidak dibenarkan mandi selama 40 hari. Jika melahirkan anak perempuan, mereka dianggap kotor selama 14 hari dan tidak dibenarkan mandi selama 80 hari. Wanita yang berada dalam keadaan haid juga dikatakan najis. Barangsesiapa yang menyentuh wanita atau menyentuh tempat yang didudukinya juga dianggap kotor sehinggalah matahari terbenam.

Agama Kristian.
Wanita dipaksa untuk tunduk pada otoritas kaum lelaki dan mentaati mereka secara mutlak. Wanita perlu patuh pada suami seperti patuh kepada tuhan kerana suami pemimpin isteri sebagaimana paderi memimpin gereja.
Agama ini juga mempercayai bahawa wanita adalah symbol kejahatan. Mereka merupakan punca utama pengusiran Adam dari syurga. Kisah Adam dan Hawa merupakan punca utama menindasan wanita dalam agama kristian. Mereka percaya wanita lebih mentaati syaitan dan menentang tuhan. Wanita juga merupakan kejahatan yang tak terhindar, penggoda, rayuan maut dan bayangan syaitan.
Para wanita juga tidak layak untuk bertanya atau berbicara di dalam gereja. Jika mereka ingin belajar, mereka perlu bertanya pada suaminya dirumah kerana adalah sangat memalukan jika seorang perempuan berbicara di dalam gereja.

Wanita Menurut Pandangan Islam.
Islam telah datang untuk menyelamatkan perempuan daripada penindasan dan penghinaan yang menyebabkan penderitaan. Islam juga meluruskan pengertian-pengertian yang salah, melaksanakan hukum dan memulihkan kehormatan kaum wanita.
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan makhluk yang telah kami ciptakan. ” (surah Al-Isra’: ayat 70)

Ayat di atas jelas menunjukkan Allah memuliakan manusia, baik lelaki mahupun perempuan. Manusia dikurniakan akal bagi menguruskan kehidupan di dunia, membuat keputusan dan membezakan kebenaran dan juga kepalsuan.
Islam juga telah mematahkan pandangan-pandangan kaum pagan jahiliah kepada wanita. Salah satunya, menyangkal pandangan agama kristian yang membenci kaum wanita kerana menyebabkan Adam keluar dari syurga. Para paderi berpendapat Hawa telah menggoda Adam untuk melanggar perintah Allah yang melarang memakan buah larangan di dalam syurga. Firman Allah,
Dan Kami berfirman: “ Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurgamu ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang zalim. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula. ” (Surah Al-Baqarah: ayat 35-35)

Mereka berdua tidak mematuhi Allah SWT dan tergoda oleh pujuk rayu syaitan. Syaitan berbisiki mereka berdua, padahal menurut kitab Injil, syaitan membisiki Hawa dan kemudian Hawa menggoda Adam. Allah SWT berfirman:
“ Kemudian syaitan membisikan fikiran jahat kepada kedua-duanya untuk menampakkan kedapa keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: ‘ Tuhan kamu tidak melarangmu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal. ” (Surah Al-Araf; ayat 20)

Namun, beberapa ayat memberikan kesan bahawa syaitan hanya membisiki Adam:
“ Kemudian Syaitan membisiki fikiran jahat kepadanya dengan berkata: “ Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?’ maka keduanya memakan buah dari pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupi dengan daun-daun ( yang ada di ) syurga. ” ( Surah Thaha; ayat 120-121)

Dan Allah SWT mengakhiri ayat ini dengan mengatakan, “ Dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. ”
Maka jelaslah disini bahawa Islam memuliakan perempuan. Islam juga menggalakkan perempuan menuntut ilmu. Namun, kaum perempuan harus dapat mencari ilmu pengetahuan tanpa mengorbankan kesederhanaan dan kesucian mereka.

Nabi saw menunjukkan kebaikan hati dan kasih saying kepada para sahabat perempuannya. Baginda medorong mereka untuk mencari ilmu dan membantu mereka memahaminya.

Abu Badra meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Barangsiapa memiliki seorang anak perempuan, dan dia mendidiknya dengan baik, mengajarkannya akhlak baik, memerdekakan dan mengkahwinkannya, maka ia mendapat pahala dua kali ganda. ”

Kehebatan Saiditina Aisyah dalam bidang ilmu mengetahuan merupakan contoh kebenaran Islam. Ata’ bin Abi Rabah berkata: “ Aisyah merupakan seorang saujana, orang yang sangat banyak pengetahuannya dan memberikan nasihat yang paling baik. ” Juga, Al-Zuhri berkata: “Pengetahuan Aisyah melebihi pengetahuan Ummul Mukmim dan pengetahuan seluruh perempuan. ” Hisyam ibn Arwah berkata: “ Saya tidak pernah mendengar orang yang pengetahuannya di dalam ilmu feqah, perubatan dan puisi lebih banyak di banding Aisyah. ”

Kesimpulannya, jelas membuktikan bahawa Islam telah membawa sinar di dalam kehidupan para wanita. Islam telah mengembalikan hak-hak wanita di dalam kehidupan ini. Saidatina Aisyah merupakan contoh wanita yang terbentuk dari acuan Islam yang mulia dan benar. Beliau memiliki akhlak yang mulia serta ilmu pengetahuan yang meluas.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Ibadat Haji

Oleh: Wan Muhammad Imran Bin Wan Kamarudin

Definisi Haji:
Haji bererti: - pergi menuju tempat yang diagungkan.
- beribadah kepada Allah dengan melaksanakan manasik haji iaitu perbuatan
tertentu yang dilakukan pada masa dan tempat tertentu dengan cara yang
tertentu pula.
- definisi ini disepakati oleh seluruh mazhab.

Hukum Haji:

- fardu bagi lelaki dan wanita sekali seumur hidup.

Fardhu Haji:

- fardu haji adalah semua perbuatan yang harus dilakukan
- sah haji bergantung kepada fardhu haji
- fardhu haji tidak dapat diganti dengan dam
- fardu mencakupi rukun dan syarat.
- terdapat empat fardu Haji iaitu:

1. Ihram
2. Wukuf di Arafah
3. Tawaf Ifadah
4. Sai antara Safa dan Marwa

- seluruh mazhab sepakat tentang fardu dan wajib di dalam haji.

Jenis - Jenis Haji

Haji Tamattu`
- melaksanakan umrah pada bulan-bulan haram, kemudian melaksanakan haji di tahun yang sama

Haji Qiran
- menyatukan ihram untuk umrah dan haji pada satu kali bepergian. Niat ihram untuk umrah dan haji dalam waktu yang sama dari miqat

Haji Ifrad
- melakukan ihram hanya untuk haji dengan niat haji sejak dari rumah di
kampung asalnya. Memulai ihram untuk haji dilakukan dari miqat

Rukun-rukun Haji

-Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
-Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
-Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
-Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
-Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
-Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan.

Syarat Haji:

Syarat-syarat haji menurut Mazhab Hanafi

1. Islam, haji tidak wajib bagi orang kafir, hajinya tidak sah.
2. Akal, tidak wajib bagi orang gila dan hajinya tidak sah.
3. Baligh, tidak wajib bagi bayi tetapi bila sudah mumayyiz (bisa membedakan antara
yang baik dan yang buruk) hajinya diterima. Namun demikian setelah dewasa yang
bersangkutan belum bebas dari fardu haji.
4. Merdeka, tidak wajib haji bagi budak.
5. Sehat jasmani.
6. Memiliki bekal dan sarana perjalanan.
7. Perjalanan aman.

Tambahan bagi wanita:
-Harus didampingi suami atau mahramnya.
-Tidak dalam keadaan iddah, baik karena cerai maupun kematian suami.

Syarat haji menurut Mazhab Maliki

1. Islam, haji tidak wajib bagi orang kafir dan hajinya tidak sah.
2. Akal, tidak wajib bagi orang gila dan hajinya tidak sah.
3. Balig, tidak wajib bagi bayi tetapi bila sudah mumayyiz (bisa membedakan antara
yang baik dengan yang buruk) hajinya diterima. Namun demikian setelah dewasa
yang bersangkutan belum bebas dari fardu haji.
4. Merdeka, tidak wajib haji bagi budak.
5. Kemampuan

Tambahan bagi wanita: tidak disyaratkan adanya suami atau mahram tapi boleh melaksanakan haji bila ada teman yang dianggap aman, baik bagi wanita muda atau tua.

Syarat-syarat haji menurut Mazhab Syafi'i

1. Islam, haji tidak wajib bagi orang kafir, hajinya tidak sah.
2. Merdeka, tidak wajib haji bagi budak.
3. Taklif (sudah mukallaf, yaitu berkewajiban melaksanakan syariat)
4. Kemampuan, dengan syarat sebagai berikut:
a. ada perbekalan, makanan dan lain-lain untuk pergi dan pulang.
b. ada kendaraan
c. perbekalan yang dibawa harus kelebihan dari pembayaran hutang dan biaya
keluarga yang ditinggalkan di rumah.
d. dengan kendaraan yang sudah jelas bahwa tidak akan mengalami kesulitan.
e. perjalanan aman.

- Tambahan untuk wanita:ada pendamping yang aman dengan seorang wanita muslimah yang merdeka dan dipercayai.

Syarat-syarat haji menurut Mazhab Hambali
1. Islam, haji tidak wajib bagi orang kafir dan hajinya tidak sah.
2. Akal, tidak wajib bagi orang gila, hajinya tidak sah.
3. Baligh, tidak wajib bagi bayi tetapi bila sudah mumayyiz (bisa membedakan yang
baik dengan yang buruk) hajinya diterima. Namun demikian setelah dewasa yang
bersangkutan belum bebas dari fardu haji.
4. Merdeka, tidak wajib haji bagi budak.
5. Kemampuan

Tambahan bagi wanita: Harus diikuti oleh mahramnya atau orang yang haram menikahinya selamanya.

Wajib haji:

- semua perbuatan yang harus dilakukan, bila ditinggalkan, maka harus membayar dam.
- terdapat tujuh syarat wajib Haji iaitu:

1. Ihram dari mikat
2. Wukuf di Arafah
3. Bermalam di Mazdalifah
4. Bermalam di Mina
5. Mencukur atau memotong rambut, mencukur lebih afdal
6. Melempar jumrah
7. Tawaf wada'

-seluruh mazhab sepakat tentang fardu dan wajib di dalam haji.

Sunah Haji:

- Sunah menurut mazhab Syafi'i adalah semua perbuatanyang diperintahkan olehAllah tetapi tidak bersifat tegas, diberi pahala kepada orang yang melakukannya, tidak disiksa orang yang meninggalkannya.

-Antara sunah haji:

1. Mandi ketika hendak ihram
2. Membaca talbiah
3. Tawaf qudum buat pelaku haji ifrad atau qiran
4. Bermalam di Mina pada malam Arafah
5. Lari kecil dan membuka bahu kanan ketika tawaf qudum
Dam Haji

- Dam dari segi bahasa ialah darah. Ia merupakan ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa.

Sebab-sebab diwajibkan dam:

- Melanggar pantang larang dalam Ihram
- Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
- Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
- Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
- Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
- Luput Wuquf di Arafah
- Meninggalkan Tawaf Wada'
- Dam yang dikenakan ialah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Jika tidak berkuasa, dikehendaki berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com





Hadith Isra’ Dan Mi’raj

Oleh: Nur Syafiqah Binti Roslee

Hadith 1
Diriwayatkan oleh Muhammad bin Ishaq dalam kitab Maghazi.
Telah bercerita kepadaku Muhammad bin al-Saib al-Kilabi daripada Abu Soleh daripada Umu ‘Hani binti Abu Talib, dia berkata : Baginda Nabi SAW tidak di isra’ kan kecuali pada waktu itu baginda berada di rumahku dan sedang tidur pada malam itu, baginda melakukan solat Isyak setelah itu baginda tidur dan kita pun tertidur, ketika waktu sudah mendekati waktu fajar, maka baginda Rasulullah SAW membangunkan kita. Ketika baginda Nabi melakukan solat Subuh dan kita pun melakukan solat bersama baginda, maka baginda berkata : Wahai Ummu Hani, sesungguhnya aku telah mengerjakan solat Isyak bersama kamu pada malam tadi seperti yang kamu lihat di lembah ini, kemudian aku datang ke Bait al-Maqdis dan solat di sana, setelah itu aku mengerjakan solat Subuh bersama kalian sekarang ini seperti yang kalian lihat.
Hadith 2
Diriwayatkan oleh al-Tabrani
Telah bercerita kepada kita Abdullah bin Sa’id bin Yahya al-Raqi, telah bercerita kepada kita Ahmad bin Abi Syaibah al-Ruhawi, telah bercerita kepada kita Abu Qatadah al-Harani, telah bercerita kepada kita Sufyan al-Thauri daripada Hisyam bin Urwah daripada bapanya daripada Aisyah, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : Pada malam tadi aku di Isra’kan ke langit, aku masuk ke dalam syurga dan aku berhenti pada sebuah pokok yang termasuk di antara pokok syurga, di dalm syurga aku tidak pernah melihat sebuah pokok yang lebih elok dan lebih cantik daripada pokok itu dan aku tidak pernah melihat daun yang lebih putih daripada daun pokok ini, dan aku tidak pernah melihat buah yang lebih bagus dari pada buah pokok ini, aku mengambil satu buah dari beberapa buah pokok tersebut lalu aku memakannya hingga akhirnya ia menjadi nutfah (air mani) yang tersimpan di dalam tulang belakangku. Ketika itu aku turun ke bumi, aku menggauli (menjimak) Khadijah hingga dia hamil yang (akhirnya lahir) berupa Fatimah. Jika aku rindu akan bau syurga, maka aku mencium bau Fatimah.

HAKIKAT ISRA’ DAN MI’RAJ
Sebahagian ulama berpendapat bahawa isra’ berlaku ketika baginda Nabi SAW dalam keadaan terjaga (bangun) sedangkan mi’raj berlaku ketika baginda sedang tidur. Oleh sebab itu ketika baginda Nabi memberikan khabar kepada kaum Quraisy, mereka mendustakan peristiwa isra’ dan tidak percaya akan berlakunya peristiwa tersebut. Sedangkan mereka tidak bertolak atas berlaku peristiwa mi’raj. Selain itu, sesungguhnya isra’ disebutkan dalam Al-quran dalam bentuk fadal (anugerah), jika ia tersambungkan ke langit yang tinggi dalam keadaan terjaga, nescaya ayat Al-Quran hanya terhenti sampai kata “ila al-Masjid Al-Aqsa”. Dan kondisi ini sangat mengagumkan.
Manakala sebahagian ulama pula mengatakan isra’ dan mi’raj berlaku pada waktu malam. Mereka berdalil dengan sebahagian hadith baginda Nabi dengan tanpa menyebutkan kata “isra”. Telah diriwayatkan bahawa hadith tersebut disandarkan pada sebahagian perawi yang yang lain, ia juga berpegang teguh terhadap hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad.
Sesungguhnya baginda Nabi SAW meminta kepada Allah SWT untuk diperlihatkan pada syurga dan neraka. Ketika datang pada waktu malam Sabtu 17hb Ramadan, 18 bulan sebelum hijrah dan waktu itu baginda Rasulullah SAW sedang tidur di rumahnya, maka datang pada baginda Nabi SAW, malaikat Jibril dan Mika’il, mereka berdua berkata : Berangkat dan bertolaklah ke tempat yang telah kamu minta pada Allah SWT. Lalu mereka berdua berangkat dengan membawa baginda Nabi SAW ke tempat yang berada di kawasan antara makam Ibrahim dan Zam-zam, lalu didatangkan sebuah anak tangga kepada Nabi SAW. Dan baginda mengatakan ia merupakan sesuatu pemandangan yang paling indah yang pernah dilihat oleh baginda. Lalu mereka berdua naik dengan anak tangga tersebut untuk menuju ke langit.


WAKTU DAN TEMPAT BERLAKUNYA ISRA’ MI’RAJ
WAKTU
Ia menurut beberapa ulama tentang waktu Isra’ dan Mi’raj :
- Ia berlaku setahun sebelum hijrah (Ibnu Mas’ud)
- Ia berlaku lapan bulan sebelum hijrah (Ibnu al-Jazwi)
- Ia berlaku enam bulan sebelum hijrah (Abu al-Rabi’ bin Salim)
- Ia berlaku sebelas bulan sebelum hijrah (Ibrahim al-Harbi)
- Ia berlaku lima belas bulan sebelum hijrah (Ibnu Faris)
- Ia berlaku tujuh belas bulan sebelum hijrah (al-Saydi)
- Ia berlaku lapan belas bulan sebelum hijrah (Ibnu Abd al-Bar)
- Ia berlaku dua puluh bulan sebelum hijrah
- Ia berlaku tiga tahun sebelum hijrah (Ibnu al-Athir)
- Ia berlaku lima tahun sebelum hijrah (al-Qadi Iyadh)
- Ia berlaku lima tahun setelah baginda menjadi Nabi diutus menjadi Nabi
- Ia berlaku lima belas bulan setelah baginda Nabi SAW diutus menjadi Nabi
- Ia berlaku setahun setengah setelah baginda Nabi SAW diutus menjadi Nabi
- Ia berlaku pada bulan Rejab(ditetapkan oleh al-Nawawi dalam kitab Al-Raudah)
- Ia berlaku pada Sabtu 17 Ramadan
- Ia berlaku pada bulan Syawal

TEMPAT
- Berlaku di masjid
- Berlaku di tempat antara Maqam Ibrahim dan Zam-zam
- Berlaku di Hajar Aswad
- Berlaku di rumah baginda Nabi SAW
- Berlaku di rumah Ummu Hani’
- Berlaku di rumah Khadijah (kitab al-Syifa’)
- Berlaku di perkampungan Abu Talib

HIKMAH ISRA’ DAN MI’RAJ
LAUTAN YANG BERADA DI ANTARA LANGIT DAN BUMI
Ibnu Hubaib menyebutkan bahawa antara langit dan bumi terdapat lautan yang disebut dengan al-Makfuf, ia merupakan laut bumi jika dilihat dari bumi, ia bagaikan setitis lautan lepas. Oleh yang demikian, lautan itu telah dibelah untuk baginda Nabi SAW hingga akhirnya baginda dapat melaluinya. Hal itu berlaku lebih besar daripada pembelahan laut bagi Nabi Musa.
KENAPA LANGIT ITU TERTUTUP DAN TERKUNCI?
Malaikat Jibril selalu meminta untuk dibukakan pintu pintu tujuh langit dunia kerana pintu langit tersebut selalu tertutup, ia tidak disiapkan dengan terbuka sebelum baginda Nabi SAW datang. Hal ini untuk lebih memuliakan baginda Nabi SAW kerana jika ia terlihat terbuka, nescaya baginda mendakwa bahawa ia selalu dalam keadaan terbuka. Allah berbuat demikian untuk memberitahu bahawa hal itu dilakukan untuk memuliakan baginda Nabi. Selain itu, Allah berkeinginan untuk menunjukkan kepada baginda Nabi bahawa kedudukan baginda telah dikenal oleh ahli langit. Hal ini dapat dilihat dari apa yang dikatakan kepada Jibril ketika Jibril menjawab : “Muhammad” : “adakah dia diutus untuk datang kemari?”, tidak dikatakan : “Siapa Muhammad itu?”
BAGAIMANA BAGINDA DI MI’RAJKAN KE LANGIT?
Telah sabit dalam hadith-hadith Sahih bahawa baginda Nabi di mi’rajkan dengan menggunakan anak tangga (al-Mi’raj), bukan menggunakan Buraq. Sebahagian ulama berpegang teguh pada sebahagian riwayat yang terdahulu, dia berkata : Sesungguhnya baginda di mi’rajkan dengan menggunakan Buraq, baginda sampai ke langit ke tujuh dengan tujuh langkah Buraq. Hal ini kerana Buraq meletakkan kaki depan di hujung bahagian hadapannya.


KENAPA BAGINDA DISIFATKAN SEBAGAI ORANG SOLEH
Para Nabi hanya menyebutkan satu sifat pada baginda Nabi SAW, mereka menyebut bahawa baginda Nabi adalah seorang Nabi yang soleh dan mereka selalu menyebut sifat itu untuk baginda Nabi SAW. Hal ini kerana sifat soleh merupakan sifat yang mencakupi segala sikap dan akhlak yang baik. Oleh sebab itu, setiap mereka para Nabi selalu mengulang sifat tersebut.
BURAQ DAN SIFATNYA
Sifat buraq adalah ia meletakkan kaki depan di hujung hadapan (hujung pandangannya). Dalam hadith Ibnu Mas’ud disebutkan : “jika ia naik ke gunung maka ia mengangkat kedua kaki belakangnya, dan ketika turun dari gunung maka ia mangangkat kaki depannya. ” Buraq juga mempunyai dua sayap dan mempunyai pipi sebagaimana pipi manusia, ia mempunyai bulu leher seperti halnya kuda, ia mempunyai bentuk kaki seperti unta, ia mempunyai ekor seperti lembu dan dada bagaikan Yaqut yang berwarna merah.
Berjalannya Buraq tidak disebut dengan terbang kerana sesungguhnya Allah jika memuliakan seseorang hamba maka Allah SWT memudahkan jalan menuju ke jalanNya hingga akhirnya seorang hamba tersebut dapat menyelesaikan perjalanan yang panjang dengan masa yang sangat singkat. Selain itu Buraq juga memiliki bulunya yang putih dan warna hitam yang melintang.
Sifat kuasa Allah SWT dapat menjadikan baginda Nabi SAW naik ke langit dengan sendirinya dengan tanpa menggunakan Buraq, namun menaiki Buraq untuk naik ke atas merupakan kemuliaan yang tersendiri pada diri baginda SAW. Ini kerana jika baginda Nabi SAW naik ke langit dan bersendirian tanpa menggunakan Buraq nescaya ia berb entuk seperti orang yang berjalan sedangkan orang yang menaiki kenderaan lebih mulia daripada orang berjalan.
Orang yang memegangi baginda Nabi untuk untuk menaiki Buraq adalah malaikat Jibril manakala orang yang memegang kendali Buraq adalah malaikat Mika’il. Buraq adalah haiwan yang disediakan untuk kenderaan para Nabi. Kematian dan kehidupan adalah dua jisim, kematian adalah kambing yang tidak mempunyai bahu kecuali mati itu sendiri. Manakala kehidupan adalah kuda jantan yang bertemu betina, kuda itu adalah haiwan yang mana Jibril dan para nabi menaikinya, ia tidak berjalan dan tidak ditemukan bahunya kecuali hidup itu sendiri.
Buraq berasa sangat berat hati dengan naiknya Nabi SAW di atas punggungnya kerana sombong dan takbur. Lalu Jibril pun ingin mengata-ngatainya, oleh sebab itu ia merasa malu dan merendahkan tubuhnya. Selang beberapa waktu setelah kejadian itu, gunung di mana Buraq berada di atasnya bergetar hingga Jibril berkata kepada Buraq : Diam kamu! Sesungguhnya kamu akan dinaiki oleh seorang Nabi, seorang yang benar dan juga seorang yang mati syahid. Getaran tersebut adalah hasil dari kibasan rasa gembira bukan kibasan rasa marah.

PETANDA TUHAN YANG MAHA AGUNG
AL-BAIT AL-MA’MUR
Telah menyebutkan kepada kita Rasulullah SAW, baginda berkata “Bait al-Ma’mur adalah sebuah masjid yang berada di langit, ia terletak tepat dan sejajar dengan posisi Kaabah. Jika ia terjatuh, nescaya akan menimpa di atas Kaabah, masuk ke dalamnya tujuh puluh ribu malaikat dalam setiap hari, jika mereka sudah terkeluar maka mereka tidak akan pernah kembali semula ke tempat itu. ”
Di dalam langit terdapat sebatang sungai yang disebut dengan sungai al-Hayawan, Jibril masuk ke dalam sungai tersebut setiap hari, dia menyelam ke dalamnya lalu keluar lagi dia juga menghisap airnya lalu menyemburkan keluar sebanyak tujuh puluh ribu titis. Allah SWT telah menciptakan malaikat dalam setiap titisan tersebut, mereka itu adalah malaikat yang melakukan solat di sana kemudian mereka tidak akan kembali lagi.
Bait al-Ma’mur adalah Kaabah yang pertama, lebih banyak dan lebih mahsyur. Ia terletak di langit ketujuh. Tetapi ada jugak pendapat yang mengatakan ia terletak di langit keempat. Dikatakan bahawa ia di bangun oleh nabi Adam ketika baginda turun ke Bumi, kemudian ia dinaikkan ketika berlaku angin taufan (puting beliung). Bait al-Ma’mur juga disebut dengan nama Al-Dharrah dan Al-Dharih.

SIDRATUL MUNTAHA
Sidratul Muntaha terletak di langit ke tujuh, hal ini kerana perkataan baginda telah menyebutkan langit ketujuh lalu disebutkan, “Kemudian aku pergi ke Sidratul Muntaha. ”Dalam hadith Ibnu Mas’ud disebutkan bahawa Sidratul Muntaha terlatak di langit keenam. Sifat Sidratul Muntaha bahawa ia adalah batas yang diketahui oleh para Nabi yang diutus dan para malaikat yang dekat. Sidratul Muntaha adalah suatu temapat yang ghaib dan tidak dapat diketahui kecuali hanya Allah SWT atau orang yang diberitahu.
Di Sidratul Muntaha, setiap roh orang yang mati syahid di semayamkan. Baginda Nabi SAW sampai di sana setelah baginda memasuki langit ketujuh. Ini kerana mungkin pokok asal Sidratul Muntaha berada di langit keenam, manakala cabang dan rantingnya berada di langit ketujuh. Yang berada di langit keenam hanya berupa pokok asal sahaja. Lalu pelbagai warna yang tidak aku ketahui menutupi Sidratul Muntaha. Para malaikat telah menutupi Sidratul Muntaha. Di setiap daun di Sidratul Muntaha mempunyai seorang malaikat. Ketika Sidratul Muntaha tertutup dengan penutup yang ditentukan Allah, maka ia menjadi berubah. Tiada seorang makhluk Allah SWT yang mampu menyebutkan sifatnya kerana ia sangat bagus dan cantik.
Sidratul Muntaha dipilih untuk dikunjungi oleh baginda Nabi SAW dan bukan tempat yang lain kerana di dalamnya terdapat tiga sifat khusus iaitu atap yang terhampat dan makanan yang lazat serta bau yang sedap. Ia berkedudukan sebagaimana iman yang menggabungkan antara perkataan, perbuatan, dan niat. Atap bagaikan perbuatan, makanan bagaikan niat, dan bau bagaikan perkataan.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


50 Wasiat Rasulullah

Oleh: Nurhafizah Binti Ghazale

WASIAT 1: MENUNTUT ILMU
Surah Al-Alaq: 1 kata yang pertama kali difirmankan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Membaca adalah salah satu cara untuk memperoleh ilmu yang merupakan sumber pengetahuan, sementara sumber pengetahuan adalah cahaya akal dan hati. Sekiranya akal dan hati tidak diterangi cahaya ilmu, maka ia akan tetap berada dalam kegelapan. Orang yang berilmu akan terasa mudah apabila dihadapkan pada suatu kesulitan dan tanpa ragu-ragu dapat mengatasinya kerana berpijak pada landasan yang kukuh. Namun, barang siapa yang mendapatkan ilmu tetapi tidak menjaganya serta tidak mengamalkannya, maka sia-sialah. Dan bagi mereka yang belum mendapatkan ilmu tetapi tidak berusaha untuk mencari, maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.

WASIAT 2: KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN DAN SOLAT ADALAH PENYUCIAN JIWA DAN RAGA
Iman sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW merupakan suatu yang diikrarkan dalam jiwa manusia dan dilaksanakan dengan perbuatan. Oleh itu, kebersihan dalam konteks ini adalah gambaran tentang wujudnya keimanan dalam jiwa seseorang. Setiap manusia akan melalui kehidupan seharian yang tidak luput dari noda dan dosa. Dengan adanya lima kali ibadah solat, nescaya kehidupannya akan dipenuhi rahmat dan disucikan dari noda dan dosa.

WASIAT 3: SEDEKAH DARI HARTA YANG HALAL
Sedekah tidak terbatas pada orang yang memiliki harta yang banyak. Sendainya kita mengikhlaskan diri dalam hal berbuat kebajikan, kemudian mengisi hari-hari dengan kebaikan, maka kita tergolong dalam golongan yang membantu orang-orang memerlukan. Sedekah dapat membentuk akhlak yang baik, kecintaan sesama manusia, bekalan di akhirat kelak dan juga dapat memadamkan kesalahan dan kealpaan kita. Sabda Nabi Muhammad SAW, “Tidak akan berkurang harta yang dikeluarkan untuk sedekah”.

WASIAT 4: AL-QURAN ADALAH SEBAIK-BAIK TEMAN BAGI MANUSIA
Al-Quran adalah dasar undang-undang yang nyata, dirumuskan dengan jelas. Di dalamnya terdapat semua unsur, baik hal itu baik mahupun buruk dan yang dekat atau jauh. Dengan kewujudan Al-Quran dapat menjadi penyebab pengikat erat dengan Pencipta. Bacalah Al-Quran pada tengah malam dan dipenghujung siang dengan khusyuk dan penuh adab. Janganlah kamu umpamakan ia seperti perhiasan di leher atau papan yang menyangga di dindingmu.

WASIAT 5: REMAJA MUSLIMAH BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PENJAGAAN DIRI DAN AURAT
Sesungguhnya seorang wanita yang telah baligh tidak boleh memperlihatkan tubuhnya dari penglihatan ajnabi kecuali wajah dan telapak tangannya. Wajah yang diperbolehkan untuk diperlihatkan ialah wajah yang bersih dari segala bentuk perhiasan yang menarik perhatian orang lain dan wangian yang menyengat hidung orang sekitarnya. Begitu juga penampilan kedua telapak tangannya. Tidak dibolehkan memanjangkan kuku dan mewarnakannya.

WASIAT 6: JANGAN MENJAUHKAN DIRI DARI RAHMAT ALLAH SWT
IBN ABBAS r. a. berkata: “Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki”. kedua jenis manusia ini memiliki batas-batas dan undang-undang dalam masyarakat serta misinya dalam hidup. Celakalah bagi tiap jenis yang berusaha melanggar batasan yang ada pada diri masing-masing di antara mereka, iaitu ketika salah satunya menyerupai jenis yang lain.

WASIAT 7: PERGUNAKANLAH TANGANMU DENGAN BAIK
Allah SWT telah menetapkan setiap anggota badan memiliki fungsi yang suci untuk apa sebaiknya ia digunakan. Sebaiknya Rasulullah SAW melarang kita menggunakan tangan kiri kerana tangan kiri merupakan simbol pekerjaan haram yang selalu dilakukan oleh syaitan. Namun tangan kiri mempunyai fungsi khusus iaitu untuk membersihkankotoran sewaktu buang air kecil dan besar.

WASIAT 8: MAKANLAH YANG ADA DI HADAPANMU
Tentang tata cara makan agar kebersihan terpelihara, sebaiknya kita mengambil makanan yang terdekat yang ada di hadapan kita. Sesungguhnya Islam adalan ajaran yang menjaga nilai-nilai kemanusiaan, individu dan masyarakat pada setiap sisi fenomena kehidupan. Para ilmuan Barat juga telah memperkenalkan hal yang mereka sebut ‘etika’ iaitu bentuk peraturan atau tatacara makan, minum, berbicara, berkumpul, masuk, keluar, bertamu dan sebagainya dengan menetapkan aturan dan kaedah yang khusus. Namun peraturan yang dibuat masyarakat Barat itu tetap tidak dapat menandingi bentuk aturan dan adab dalam Islam.

WASIAT 9: PERUT ADALAH SUMBER PENYAKIT
Perut merupakan sarang penyakit. Perut adalah tempat makanan dan minuman, juga tempat mengolah makanan sekligus merupakan sumber kesihatan dan penderitaan. betapa banyak rasa bermalas-malasan selepas memakan makanan yang kamu sukai tanpa menghiraukan akibatnya atau minum yang berlebihan saat kamu haus. Sebaiknya kita minum dengan tiga kali nafas, baik dalam keadaan haus mahupun tidak.

WASIAT 10: MENGUCAP HAMDALAH DAN BERSYUKUR SETELAH MAKAN DAN MINUM
ANAS bin Malik r. a. bekata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesunggunhnya Allah akan reda terhadap hambaNya ketika dia makan makanan, kemudian memuji Allah atas nikmat itu dan ketika dia minum, kemudian memuji pula atasnya. ” Namun perkataan Rasulullah di atas tidak terbatas pada persoalan makan dan minum sahaja walaupun hadis tersebut memang hanya menyebutkan kedua hal itu. Setiap nafas kehidupan merupakan gambaran kenikmatan Allah SWT yang akan berlangsung berterusan sehingga setiap jiwa tidak akan dapat melepaskan diri kecuali dia harus memuji Khaliq, reda pada ketetapanNya, kemudian rela pada apa yang didapati.

WASIAT 11: HINDARI SIFAT KERAS HATI DALAM PERGAULAN
Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan beriman seseorang sampai dia memiliki rasa kasih sayang antara sesamanya”. Sifat kasih sayang dan iman merupakan dua cabang yang tidak boleh dipisahkan dan saling berkaitan dalam kehidupan manusia. Apabila umat manusia berada dalam satu kecintaan dan kasih sayang hingga antara mereka timbul rasa saling membantu dan meringankan beban, maka tidak mustahil umat manusia akan terbentuk menjadi sebuah kesatuan besar bagaikan sebuah benteng yang kukuh.

WASIAT 12: TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DALAM MENGUBAH KEMUNGKARAN
Apabila kita tidak mampu mengubah kemungkaran dalam masyarakat dengan tangan, maka kita harus mengubahnya dengan hati. Namun, hindarilah kata-kata yang menyakitkan atau ucapan yang menyimpang kerana boleh mencetuskan permusuhan dan kemarahan dalam hati. Namun jika kita bertemu dengan seorang keras kepala dan hatinya tertutup dalam mendengar kalimat yang baik, jauhilah ia dan ingkarilah dengan hati walaupun itulah selemah-lemah iman.

WASIAT 13: JANGAN BIARKAN ORANG YANG BERBUAT SIA-SIA
Tanggungjawab manusia terdiri dari dua macam: pertama, tanggungjawab terhadap diri sendiri; kedua, tanggungjawab terhadap kepentingan umum bersama. Dan tanggungjawab peribadi tidak akan terlepas dari kepentingan umat manusia di sekitarnya kerana setiap peribadi muslim tidak mampu hidup sendirian. Dia merupakan sebahagian dari masyarakat luas.

WASIAT 14: TOLONG-MENOLONG ADALAH LAMBANG UKHWAH ISLAMIAH
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kemungkaran. ”. Persaudaraan muslim adalah persaudaraan akidah, bukan persaudaraan keturunan dan darah. Bentuk persaudaraan inilah yang seharusnya lebih utama dalam mendapatkan perhatian dan pemeliharaan. Oleh itu kita dilarang bekerjasama dengan orang yang zalim, malah harus berupaya untuk menentangnya.

WASIAT 15: BUNUH DIRI ADALAH SUATU KEJAHATAN
Sesungguhnya orang yang bunuh diri akan terus diseksa tanpa henti dan kekal di Neraka Jahanam. Orang yang menjatuhkan diri dari gunung, di akhirat kelak digambarkan dia menjatuhkan dirinya ke dasar Neraka Jahanam. Tangan yang menuang racun ke dalam dirinya akan merasakan kepedihan itu berulang kali di akhirat kelak. Manakala tangan yang menusuk hatinya dengan besi dan mencabut nyawanya akan dilingkari api yang bergejolak yang bagaikan kepala-kepala syaitan.

WASIAT 16: BERBAKTI KEPADA IBU BAPA SAMA KEDUDUKAN DENGAN JIHAD
Jihad di jalan Allah SWT adalah tujuan agung kerana dengan jihad seseorang akan mendapat salah satu kebaikan, kemenangan atau mati syahid. Sesungguhnya tidak kecil usaha dan perjuangan ibu bapa dalam menentukan sebaik-baik jalan hidup bagi anak-anak. Keduanya merasakan pahitnya perjuangan demi anak-anak hingga tidak ringan bagi kita menggantikan sebahagian daripada hal-hal yang telah mereka usahakan demi kita.

WASIAT 17: KEPERIBADIAN YANG ISLAMI BERPERANAN AKTIF DALAM MEMBANGUN DI SEGALA BIDANG
Hendaklah seorang muslim yakin dengan hal yang ia yakini, iaitu menganggap ringan ejekan yang diterima dari orang-orang bodoh, dan menjaga dirinya serta mengharapkan pahala dari Allah SWT yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi. Dan jika hatimu yang bimbang memaksa kepada kehancuran, maka sesungguhnya iman kepada Islam akan menjadikan kalian orang yang kuat dan kukuh.

WASIAT 18: ALLAH MENYEDIAKAN KEDUDUKAN TERTINGGI BAGI YANG MEMELIHARA ANAK YATIM
Kita perlu memperlakukan anak yatim dengan baik atas dasar kasih sayang dan tidak berlebih-lebihan dan tidak pula membuat mereka merasa terbeban. Dalam sebuah pertemuan misalnya dengan memberikan hadiah kepadanya merupakan penghubung silaturrahim yang baik yang dapat diterima dan diharapkan.

WASIAT 19: ORANG MUKMIN BUKANLAH SUMBER MALAPETAKA BAGI TETANGGANYA
Tiap-tiap tetangga mempunyai hak dan kewajipan antara sesamanya. Abu Hurairah r. a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, dia tidak beriman. Demi Allah, dia tidak beriman. Demi Allah, dia tidak beriman. ” Para sahabat bertanya, “Siapakah dia wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang tetangganya tidak merasa aman terhadap kejahatannya. ”

WASIAT 20: BERCUCUK TANAM PENTING BAGI KEHIDUPAN DI DUNIA DAN AKHIRAT
“Apabila seorang muslim menanam satu tumbuhan, lalu tanaman itu dimakan manusia atau binatang melata atau apa saja, maka baginya pahala dan sedekah. ” Seharusnya kita memelihara kekayaan bumi sesuai dengan pesan Rasulullah SAW dengan menikmati hasilnya tanpa berbuat kerosakan. Perkarangan kota dan jala-jalan yang ditumbuhi kebun-kebun dan pohon-pohon akan menjadikannya lebih indah. Itulah ciri-ciri tingginya suatu peradaban.

WASIAT 21: MALU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
Malu adalah salah satu nilai akhlak seseorang yang diiringi dengan sifat-sifat lemah lembut, murah senyum dan merendah diri. Sifat pemalu juga dapat diketahui dari kata-kata yang diucapkan, cara memandang orang lain dan perilaku sebagaimana telah disebutkan oleh Rasulillah SAW, “Sesungguhnya kata-kata yang baik merupakan sedekah. ” Dan jangan sesekali kita terbawa oleh kemodenan saat ini yang membuat orang tidak malu-malu lagi berbuat dosa.

WASIAT 22: BERAKHLAK MULIA DAN BERLAKU LEMAH LEMBUT KEPADA KELUARGA
“Sebaik-baik kamu adalahorang yang paling berbuat baik kepada keluarganya dan aku adalah orang yang terbaik kepada keluargaku”. Keuarga mencakup keluarga yang dekat dan jauh. Berbuat baik kepada keluarga, orang tuamu, saudara, kerabat terdekat, lebih luas dan umum daripada yang kamu gambarkan. Jadilah orang yang mahu mendengar nasihat dengan baik dan patuh, maka kita akan beruntung dan memperoleh hal yang kita inginkan.

WASIAT 23: ISLAM AGAMA LEMAH LEMBUT
Aisyah r. a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai sifat lemah lembut dan menyukai kelemah lembutan dalam setiap perkara. ” Kita diwajibkan berlaku lemah lembut dalam segala urusan kita. Kerana di dalam sifat lemah lembut terdapat perasaan cinta dan kasih sayang, juga kerana Allah SWT memiliki sifat lemah lembut yang tinggi, sebagaimana yang disampaikan Rasulullah SAW.

WASIAT 24: MENJAWAB SALAM
Tidak hanya menjawab salam, tetapi juga menyebarluaskannya, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya, “Berilah makan orang yang kelaparan, sebarkanlah salam dan solatlah di tengah malam saat manusia tidur, maka nescaya akan masuk syurga dengan selamat. ” Sesungguhnya remaja kini belum menemui kesulitan dalam hidup bermasyarakat. Apabila kita membiasakan diri sejak kecil dengan saling memberi salam, maka tidaklah mustahil akan mengalir perilaku kenabian dalam hati dan jiwa kita ketika kita meningkat dewasa.

WASIAT 25: MENGUNJUNGI ORANG SAKIT
Mengunjungi orang sakit adalah sebahagian dari penyembuhan, menguatkan ikatan sosial antara individu dan menguatkan hubungan antara mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Seorang muslim bagi muslim yang lain laksana sebuah bangunan yang kukuh saling menguatkan satu sama lain. ”

WASIAT 26: MENGIRINGI JENAZAH
Tidaklah membahayakan bagi yang menyaksikan jenazah dan menghantarnya ke liang kubur, lalu menguburkannya. Dengan demikian, kita dapat mengambil iktibar atau pengajaran dari proses hidup dan matinya manusia. Ia juga akan selalu mengadakan pengawasan terhadap dirinya dalam setiap perbuatan hingga perasaan takut akan selalu mengiringi perbuatannya. Perasaan takut itu timbul dari rasa takut kepada Allah SWT tentang hisab dan seksaanNya.

WASIAT 27: MENGHADIRI UNDANGAN
Undangan yang dimaksudkandi dalm hadis ini adalah undangan yang bertujuan untuk kebaikan dan memiliki kemaslahatan. Menghadiri undangan di sini memiliki makna dalam meningkatkan hubungan silaturrahim dan budaya tolong-menolong. Begitu pula undangan majlis pernikahan harus kita hadiri.

WASIAT 28: MENDOAKAN ORANG YANG BERSIN
Bersin adalah mengeluarkan penyakit, Maha suci Allah yang telah mengaturnya dan Maha suci Allah yang telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk. Oleh kerana itu, ia wajib memuji Allah SWT saat bersin dan dalam setiap keadaan. Hendaknya orang yang bersin mengucapkan “Alhamdulillah”, dan hendaklah ia berpaling ke samping sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dan berkatalah orang yang saat itu mendengarnya dengan mendoakan yarhamukumullah.

WASIAT 29: ADAB BERKUNJUNG DALAM ISLAM
Seperti yang telah dipesan Rasulullah SAW dengan mencontohi dan mengikutinya dalam adab berkunjung, iaitu kita tidak boleh langsung menuju pintu tuan rumah. Dikhuatiri kita akan melihat pemandangan yang tidak enak untuk dilihat, baik datang dari penghuni rumah mahupun perabot rumahnya yang berselerakan. Kita juga haruslah meminta izin dengan mengetuk pintu atau dengan membunyikan loceng. apabila kita diizinkan masuk, kita hendaklah masuk. Namun jikat tiada keizinan dari tuan rumah, hendaklah kita kembali pulang.

WASIAT 30: DUSTA ADALAH POKOK KEROSAKAN
“Ciri-ciri orang munafik ada tiga, apabila ia berjanji ia mengingkari dan apabila dipercayai ia berkhianat” tempat orang munafik adalah di dasar neraka, iaitu kedudukan yang paling hina, bentuk yang paling buruk, dan seksa yang amat pedih. Dusta yang dibolehkan adalah dusta untuk suatu kebenaran yang tidak mendatangkan bahaya, tetapi mendatangkan kebaikan.

WASIAT 31, 32, 33, 34: PERBAHARUILAH IMANMU SETIAP HARI DAN ALLAH SEBAIK-BAIK TEMPAT MEMINTA
Kita harus mengikuti hal yang telah ditegaaskan Rasulullah SAW iaitu selalu memperbaharui iman dengan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah, mnenyembahNya serta tidak menyekutukanNya dengan apapun. Oleh sebab itu, kita harus menguatkan iman kita setiap hari, setiap waktu dan tetap berpegang teguh kepada agama kita.

WASIAT 35: IMAN AKAN LURUS BILA HATI DAN LIDAH LURUS
“Tidaklah akan lurus iman seorang hamba sebelum lurus hatinya, dan tidak pula lurus sebelum lurus lidahnya. ” Kita wadib mempergunakan anggota tubuh kita sesuai dengan fungsinya, seperti lidah untuk berbicara. Oleh kerana itu, bukanlah lidah yang menjadi penentu kedudukan seseorang di mata Allah SWT melainkan hatilah yang menjadi ukuran kemuliaan seseorang.

WASIAT 36: JAUHILAH SIFAT DENGKI
“Jauhilah sifat dengki kerana sifat dengki dapat melahap kebaikan sebagaimana api melahap kayu bakar. ” Sesungguhnya dengki itu sarang penyakit. Apabila masuk ke dalam hati manusia, ia akan memakan dengan apinya iaitu bernyala-nyala semua kebaikan, kemuliaan, dan keutamaan. Tidak ada yang tinggal dari sifat kemanusiaan seseorang kecuali jasad yang dibalut kejahatan.

WASIAT 37: JAUHILAH KEMARAHAN
“Apabila ia marah dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk dan apabila sedang duduk hendaklah ia berdiri. ” Bekalilah hatimu dengan kasih sayang kerana sesungguhnya ia adalah akhlak yang paling mulia. Perhatikanlah dengan baik nasihat nabimu yang menjelaskan bagaimana mengubati kemarahan.

WASIAT 38: WUDUK SEBAGAI PEMBERSIH DIRI DAN CAHAYA BAGI MANUSIA
Adapun manusia di hari kiamat kelak terdiri dari berbagai jenis dan warna kulit. Sebahagian mereka ada yang wajahnya hitam disebabkan kekafran mereka dan sebahagian yang lain wajahnya putih disebabkan keimanan, ibadah dan ketaatan mereka yang baik, serta pengakuan mereka atasTuhannya. Tidaklah sulit bagi Rasullullah untuk membezakan saudaranya pada waktu itu.

WASIAT 39: ISLAM MEMPERHATIKAN ASPEK ZAHIR DAN BATIN
Jadilah kalian sebagai orang-orang yang mempunyai kelebihan yang berbeza dengan yang lain, baik secara lahir mahupun batin. ia terletak pada ciri yang baik dalam bentuk dan gaya yang menunjukkan kebenaran maknanya yang mendalam. orang yang teratur gerakannya tentu tidak diragukan lagi bahawa ia juga teratur dalam pola berfikir. Dan orang yang bersih lahirnya maka ia juga tidak diragukan lagi sebagai seorang yang bersih perasaan dan akalnya.

WASIAT 40: PILIHLAH SEBAIK-BAIK TEMAN SEBELUM MELANGKAH
“Seseorang itu berada di bawah agama temannya. Oleh kerana itu, hendaklah ia melihat dengan siapa dia berteman. ” Jauhilah sedapat mungkin bergaul dengan teman, lelaki atau perempuan yang sesat dan membuat kerosakan. Orang-orang pun melihat dalam diri mereka adanya tingkah laku penuh penyimpangan dan menyalahi ajaran syariat Islam. Dan bergaullah sesamaorang yang baik lagi mulia yang tidak akan menyuruhmu kecuali kebaikan dan tidak akan menunjukkanjalankepadamu kecuali jalan yang lurus.

WASIAT 41: CINTA KEPADA ALLAH MENJADIKANMU SEBAGAI WALI-NYA
Apabila hati manusia telah benar-benar mencintai Tuhannya, hal itu akan nampak dalam gerak dan diamnya, bangun dan tidurnya, duduk dan bangunnya, saat melihat, saat mendengar dan berusaha. Kecintaan itu akan mendorongnya untuk mencintai seluruh makhluk ciptaan Allah. Saat mudamu, saat kebebasanmu, saat kalian masih dalam kesucian, kalian punya kemampuan yang besar untuk sampai pada darjat golongan tersebut.

WASIAT 42: JAUHILAH SIFAT SOMBONG
“Barang siapa yang di dalamnya terdapat rasa sombong sebesar biji sawi, maka Allah akan mencampakkan wajahnya ke dalam neraka. ” Merasa bangga terhadap kehebatan diri sendiri merupakan hasil dari perasaan lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Padahal perasaan lebih tinggi tidak boleh dimiliki oleh manusia. Ianya milik Allah dan menyerupai nama-namaNya yang mulia.

WASIAT 43, 44, 45: TANGGUNGJAWAB SETIAP INDIVIDU DALAM MEMANFAATKAN UMUR, MASA MUDA, HARTA DAN ILMU
Hitunglah dirimu sebelum dihitung diakhirat nanti, dan tanyalah dirimu sebelum kalian ditanya nanti. Berjalanlah di atas jalan yang benar dalam kehidupan di dunia sebelum telapak kaki tergelincir di akhirat dan terjerumus ke dalam neraka.

WASIAT 46: KEWAJIPAN MENGUNGKAPKAN RASA SYUKUR KEPADA ALLAH
Nikmat kehidupan yang diberikan Allah kepada manusia tak dapat disangkal merupakan nikmat terbesar. Ini haruslah disyukuri dengan cara bersedekah dari setiap sendi. Maha Suci Dia, yang telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk.

WASIAT 47: ATURAN SAF DALAM SOLAT
Rasulullah mengingatkan kita untuk merapatkan saf yang renggang kerana ia adalah pintu masuk bagi syaitan. Oleh kerana itu, janganlah kita membiarkan adanya celah atau jarak, tetapi hendaklah kita saling dekat dan merapatkan saf. Jagalah aturan dan tata tertib di dalam masjid. Sesungguhnya Allah tidak menghapuskan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

WASIAT 48: AGAMA ISLAM ADALAH SUMBER RAHMAT BAGI SELURUH MAKHLUK
nabiSAW mengarahkan perhatian kita terhadap sebuah perkara yang penting, iaitu hal mengurung binatang. Kita diberi pilihan sama ada memberi makan dan menyayanginya atau melepaskannya dan membiarkannya mencari makan sendiri. Jangan sekali-kali menyakitinya, malah curahkanlah perawatan dan perhatian kepadanya serta perakuan yang lembut.

WASIAT 49: HARTA SEORANG MUSLIM TERPELIHARA SAMA DENGAN JIWA MEREKA
Barangsiap yang berhutang dari sebuah pinjaman yang baik lalu tidak menggunakannya di jalan yang halal atau menyimpan suatu niat yang buruk maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah sentiasa mengintainya dan akan menyeksanya dengan seksaan yang pedih.

WASIAT 50: TUJUAN MENUNTUT ILMU
Janganlah kamu menjadikan ilmu sebagai alat memperdaya dan menguasai orang lain. Jika terjadi demikian, maka ilmu pengetahuan akan kehilangan nilai-nilai dasarnya dan memalingkan pemiliknya ke arah yang tidak ada hubungannya sama sekali dengan etika ilmu pengetahuan

Kita sebagai generasi penerus dan harapan bangsa adalah sasaran utama dalam perbahasan ini. Tiada perbezaan samada lelaki mahupun wanita dalam memikul tanggungjawab dalam mengharungi kehidupan yang sarat dengan pelbagai cabaran ini.
Kita masih memerlukan pembinaan akal yang sihat dan akhlak yang mulia dalam mengharungi kehidupan ini, terlepas dari kejumudan pola fikiran dan kemunduran.
50 wasiat Rasulullah SAW yang telah ditinggalakn ini adalah untuk tatapan dan amalan kita semua agar kehidupan lebih teratur dengan aturan yang telah digariskan dalam Islam.
Sesungguhnya agama Islam amatlah indah isi kandungannya hingga mencakupi segala aspek dalam kehidupan seharian kita.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com