Tuesday, March 31, 2009

Hadith Isra’ Dan Mi’raj

Oleh: Nur Syafiqah Binti Roslee

Hadith 1
Diriwayatkan oleh Muhammad bin Ishaq dalam kitab Maghazi.
Telah bercerita kepadaku Muhammad bin al-Saib al-Kilabi daripada Abu Soleh daripada Umu ‘Hani binti Abu Talib, dia berkata : Baginda Nabi SAW tidak di isra’ kan kecuali pada waktu itu baginda berada di rumahku dan sedang tidur pada malam itu, baginda melakukan solat Isyak setelah itu baginda tidur dan kita pun tertidur, ketika waktu sudah mendekati waktu fajar, maka baginda Rasulullah SAW membangunkan kita. Ketika baginda Nabi melakukan solat Subuh dan kita pun melakukan solat bersama baginda, maka baginda berkata : Wahai Ummu Hani, sesungguhnya aku telah mengerjakan solat Isyak bersama kamu pada malam tadi seperti yang kamu lihat di lembah ini, kemudian aku datang ke Bait al-Maqdis dan solat di sana, setelah itu aku mengerjakan solat Subuh bersama kalian sekarang ini seperti yang kalian lihat.
Hadith 2
Diriwayatkan oleh al-Tabrani
Telah bercerita kepada kita Abdullah bin Sa’id bin Yahya al-Raqi, telah bercerita kepada kita Ahmad bin Abi Syaibah al-Ruhawi, telah bercerita kepada kita Abu Qatadah al-Harani, telah bercerita kepada kita Sufyan al-Thauri daripada Hisyam bin Urwah daripada bapanya daripada Aisyah, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : Pada malam tadi aku di Isra’kan ke langit, aku masuk ke dalam syurga dan aku berhenti pada sebuah pokok yang termasuk di antara pokok syurga, di dalm syurga aku tidak pernah melihat sebuah pokok yang lebih elok dan lebih cantik daripada pokok itu dan aku tidak pernah melihat daun yang lebih putih daripada daun pokok ini, dan aku tidak pernah melihat buah yang lebih bagus dari pada buah pokok ini, aku mengambil satu buah dari beberapa buah pokok tersebut lalu aku memakannya hingga akhirnya ia menjadi nutfah (air mani) yang tersimpan di dalam tulang belakangku. Ketika itu aku turun ke bumi, aku menggauli (menjimak) Khadijah hingga dia hamil yang (akhirnya lahir) berupa Fatimah. Jika aku rindu akan bau syurga, maka aku mencium bau Fatimah.

HAKIKAT ISRA’ DAN MI’RAJ
Sebahagian ulama berpendapat bahawa isra’ berlaku ketika baginda Nabi SAW dalam keadaan terjaga (bangun) sedangkan mi’raj berlaku ketika baginda sedang tidur. Oleh sebab itu ketika baginda Nabi memberikan khabar kepada kaum Quraisy, mereka mendustakan peristiwa isra’ dan tidak percaya akan berlakunya peristiwa tersebut. Sedangkan mereka tidak bertolak atas berlaku peristiwa mi’raj. Selain itu, sesungguhnya isra’ disebutkan dalam Al-quran dalam bentuk fadal (anugerah), jika ia tersambungkan ke langit yang tinggi dalam keadaan terjaga, nescaya ayat Al-Quran hanya terhenti sampai kata “ila al-Masjid Al-Aqsa”. Dan kondisi ini sangat mengagumkan.
Manakala sebahagian ulama pula mengatakan isra’ dan mi’raj berlaku pada waktu malam. Mereka berdalil dengan sebahagian hadith baginda Nabi dengan tanpa menyebutkan kata “isra”. Telah diriwayatkan bahawa hadith tersebut disandarkan pada sebahagian perawi yang yang lain, ia juga berpegang teguh terhadap hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad.
Sesungguhnya baginda Nabi SAW meminta kepada Allah SWT untuk diperlihatkan pada syurga dan neraka. Ketika datang pada waktu malam Sabtu 17hb Ramadan, 18 bulan sebelum hijrah dan waktu itu baginda Rasulullah SAW sedang tidur di rumahnya, maka datang pada baginda Nabi SAW, malaikat Jibril dan Mika’il, mereka berdua berkata : Berangkat dan bertolaklah ke tempat yang telah kamu minta pada Allah SWT. Lalu mereka berdua berangkat dengan membawa baginda Nabi SAW ke tempat yang berada di kawasan antara makam Ibrahim dan Zam-zam, lalu didatangkan sebuah anak tangga kepada Nabi SAW. Dan baginda mengatakan ia merupakan sesuatu pemandangan yang paling indah yang pernah dilihat oleh baginda. Lalu mereka berdua naik dengan anak tangga tersebut untuk menuju ke langit.


WAKTU DAN TEMPAT BERLAKUNYA ISRA’ MI’RAJ
WAKTU
Ia menurut beberapa ulama tentang waktu Isra’ dan Mi’raj :
- Ia berlaku setahun sebelum hijrah (Ibnu Mas’ud)
- Ia berlaku lapan bulan sebelum hijrah (Ibnu al-Jazwi)
- Ia berlaku enam bulan sebelum hijrah (Abu al-Rabi’ bin Salim)
- Ia berlaku sebelas bulan sebelum hijrah (Ibrahim al-Harbi)
- Ia berlaku lima belas bulan sebelum hijrah (Ibnu Faris)
- Ia berlaku tujuh belas bulan sebelum hijrah (al-Saydi)
- Ia berlaku lapan belas bulan sebelum hijrah (Ibnu Abd al-Bar)
- Ia berlaku dua puluh bulan sebelum hijrah
- Ia berlaku tiga tahun sebelum hijrah (Ibnu al-Athir)
- Ia berlaku lima tahun sebelum hijrah (al-Qadi Iyadh)
- Ia berlaku lima tahun setelah baginda menjadi Nabi diutus menjadi Nabi
- Ia berlaku lima belas bulan setelah baginda Nabi SAW diutus menjadi Nabi
- Ia berlaku setahun setengah setelah baginda Nabi SAW diutus menjadi Nabi
- Ia berlaku pada bulan Rejab(ditetapkan oleh al-Nawawi dalam kitab Al-Raudah)
- Ia berlaku pada Sabtu 17 Ramadan
- Ia berlaku pada bulan Syawal

TEMPAT
- Berlaku di masjid
- Berlaku di tempat antara Maqam Ibrahim dan Zam-zam
- Berlaku di Hajar Aswad
- Berlaku di rumah baginda Nabi SAW
- Berlaku di rumah Ummu Hani’
- Berlaku di rumah Khadijah (kitab al-Syifa’)
- Berlaku di perkampungan Abu Talib

HIKMAH ISRA’ DAN MI’RAJ
LAUTAN YANG BERADA DI ANTARA LANGIT DAN BUMI
Ibnu Hubaib menyebutkan bahawa antara langit dan bumi terdapat lautan yang disebut dengan al-Makfuf, ia merupakan laut bumi jika dilihat dari bumi, ia bagaikan setitis lautan lepas. Oleh yang demikian, lautan itu telah dibelah untuk baginda Nabi SAW hingga akhirnya baginda dapat melaluinya. Hal itu berlaku lebih besar daripada pembelahan laut bagi Nabi Musa.
KENAPA LANGIT ITU TERTUTUP DAN TERKUNCI?
Malaikat Jibril selalu meminta untuk dibukakan pintu pintu tujuh langit dunia kerana pintu langit tersebut selalu tertutup, ia tidak disiapkan dengan terbuka sebelum baginda Nabi SAW datang. Hal ini untuk lebih memuliakan baginda Nabi SAW kerana jika ia terlihat terbuka, nescaya baginda mendakwa bahawa ia selalu dalam keadaan terbuka. Allah berbuat demikian untuk memberitahu bahawa hal itu dilakukan untuk memuliakan baginda Nabi. Selain itu, Allah berkeinginan untuk menunjukkan kepada baginda Nabi bahawa kedudukan baginda telah dikenal oleh ahli langit. Hal ini dapat dilihat dari apa yang dikatakan kepada Jibril ketika Jibril menjawab : “Muhammad” : “adakah dia diutus untuk datang kemari?”, tidak dikatakan : “Siapa Muhammad itu?”
BAGAIMANA BAGINDA DI MI’RAJKAN KE LANGIT?
Telah sabit dalam hadith-hadith Sahih bahawa baginda Nabi di mi’rajkan dengan menggunakan anak tangga (al-Mi’raj), bukan menggunakan Buraq. Sebahagian ulama berpegang teguh pada sebahagian riwayat yang terdahulu, dia berkata : Sesungguhnya baginda di mi’rajkan dengan menggunakan Buraq, baginda sampai ke langit ke tujuh dengan tujuh langkah Buraq. Hal ini kerana Buraq meletakkan kaki depan di hujung bahagian hadapannya.


KENAPA BAGINDA DISIFATKAN SEBAGAI ORANG SOLEH
Para Nabi hanya menyebutkan satu sifat pada baginda Nabi SAW, mereka menyebut bahawa baginda Nabi adalah seorang Nabi yang soleh dan mereka selalu menyebut sifat itu untuk baginda Nabi SAW. Hal ini kerana sifat soleh merupakan sifat yang mencakupi segala sikap dan akhlak yang baik. Oleh sebab itu, setiap mereka para Nabi selalu mengulang sifat tersebut.
BURAQ DAN SIFATNYA
Sifat buraq adalah ia meletakkan kaki depan di hujung hadapan (hujung pandangannya). Dalam hadith Ibnu Mas’ud disebutkan : “jika ia naik ke gunung maka ia mengangkat kedua kaki belakangnya, dan ketika turun dari gunung maka ia mangangkat kaki depannya. ” Buraq juga mempunyai dua sayap dan mempunyai pipi sebagaimana pipi manusia, ia mempunyai bulu leher seperti halnya kuda, ia mempunyai bentuk kaki seperti unta, ia mempunyai ekor seperti lembu dan dada bagaikan Yaqut yang berwarna merah.
Berjalannya Buraq tidak disebut dengan terbang kerana sesungguhnya Allah jika memuliakan seseorang hamba maka Allah SWT memudahkan jalan menuju ke jalanNya hingga akhirnya seorang hamba tersebut dapat menyelesaikan perjalanan yang panjang dengan masa yang sangat singkat. Selain itu Buraq juga memiliki bulunya yang putih dan warna hitam yang melintang.
Sifat kuasa Allah SWT dapat menjadikan baginda Nabi SAW naik ke langit dengan sendirinya dengan tanpa menggunakan Buraq, namun menaiki Buraq untuk naik ke atas merupakan kemuliaan yang tersendiri pada diri baginda SAW. Ini kerana jika baginda Nabi SAW naik ke langit dan bersendirian tanpa menggunakan Buraq nescaya ia berb entuk seperti orang yang berjalan sedangkan orang yang menaiki kenderaan lebih mulia daripada orang berjalan.
Orang yang memegangi baginda Nabi untuk untuk menaiki Buraq adalah malaikat Jibril manakala orang yang memegang kendali Buraq adalah malaikat Mika’il. Buraq adalah haiwan yang disediakan untuk kenderaan para Nabi. Kematian dan kehidupan adalah dua jisim, kematian adalah kambing yang tidak mempunyai bahu kecuali mati itu sendiri. Manakala kehidupan adalah kuda jantan yang bertemu betina, kuda itu adalah haiwan yang mana Jibril dan para nabi menaikinya, ia tidak berjalan dan tidak ditemukan bahunya kecuali hidup itu sendiri.
Buraq berasa sangat berat hati dengan naiknya Nabi SAW di atas punggungnya kerana sombong dan takbur. Lalu Jibril pun ingin mengata-ngatainya, oleh sebab itu ia merasa malu dan merendahkan tubuhnya. Selang beberapa waktu setelah kejadian itu, gunung di mana Buraq berada di atasnya bergetar hingga Jibril berkata kepada Buraq : Diam kamu! Sesungguhnya kamu akan dinaiki oleh seorang Nabi, seorang yang benar dan juga seorang yang mati syahid. Getaran tersebut adalah hasil dari kibasan rasa gembira bukan kibasan rasa marah.

PETANDA TUHAN YANG MAHA AGUNG
AL-BAIT AL-MA’MUR
Telah menyebutkan kepada kita Rasulullah SAW, baginda berkata “Bait al-Ma’mur adalah sebuah masjid yang berada di langit, ia terletak tepat dan sejajar dengan posisi Kaabah. Jika ia terjatuh, nescaya akan menimpa di atas Kaabah, masuk ke dalamnya tujuh puluh ribu malaikat dalam setiap hari, jika mereka sudah terkeluar maka mereka tidak akan pernah kembali semula ke tempat itu. ”
Di dalam langit terdapat sebatang sungai yang disebut dengan sungai al-Hayawan, Jibril masuk ke dalam sungai tersebut setiap hari, dia menyelam ke dalamnya lalu keluar lagi dia juga menghisap airnya lalu menyemburkan keluar sebanyak tujuh puluh ribu titis. Allah SWT telah menciptakan malaikat dalam setiap titisan tersebut, mereka itu adalah malaikat yang melakukan solat di sana kemudian mereka tidak akan kembali lagi.
Bait al-Ma’mur adalah Kaabah yang pertama, lebih banyak dan lebih mahsyur. Ia terletak di langit ketujuh. Tetapi ada jugak pendapat yang mengatakan ia terletak di langit keempat. Dikatakan bahawa ia di bangun oleh nabi Adam ketika baginda turun ke Bumi, kemudian ia dinaikkan ketika berlaku angin taufan (puting beliung). Bait al-Ma’mur juga disebut dengan nama Al-Dharrah dan Al-Dharih.

SIDRATUL MUNTAHA
Sidratul Muntaha terletak di langit ke tujuh, hal ini kerana perkataan baginda telah menyebutkan langit ketujuh lalu disebutkan, “Kemudian aku pergi ke Sidratul Muntaha. ”Dalam hadith Ibnu Mas’ud disebutkan bahawa Sidratul Muntaha terlatak di langit keenam. Sifat Sidratul Muntaha bahawa ia adalah batas yang diketahui oleh para Nabi yang diutus dan para malaikat yang dekat. Sidratul Muntaha adalah suatu temapat yang ghaib dan tidak dapat diketahui kecuali hanya Allah SWT atau orang yang diberitahu.
Di Sidratul Muntaha, setiap roh orang yang mati syahid di semayamkan. Baginda Nabi SAW sampai di sana setelah baginda memasuki langit ketujuh. Ini kerana mungkin pokok asal Sidratul Muntaha berada di langit keenam, manakala cabang dan rantingnya berada di langit ketujuh. Yang berada di langit keenam hanya berupa pokok asal sahaja. Lalu pelbagai warna yang tidak aku ketahui menutupi Sidratul Muntaha. Para malaikat telah menutupi Sidratul Muntaha. Di setiap daun di Sidratul Muntaha mempunyai seorang malaikat. Ketika Sidratul Muntaha tertutup dengan penutup yang ditentukan Allah, maka ia menjadi berubah. Tiada seorang makhluk Allah SWT yang mampu menyebutkan sifatnya kerana ia sangat bagus dan cantik.
Sidratul Muntaha dipilih untuk dikunjungi oleh baginda Nabi SAW dan bukan tempat yang lain kerana di dalamnya terdapat tiga sifat khusus iaitu atap yang terhampat dan makanan yang lazat serta bau yang sedap. Ia berkedudukan sebagaimana iman yang menggabungkan antara perkataan, perbuatan, dan niat. Atap bagaikan perbuatan, makanan bagaikan niat, dan bau bagaikan perkataan.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


No comments: